Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, April 16, 2013
Pemergian Bonda tersayang
Assalamualaikum,
Lama sungguh tidak mencoret, bagaikan sudah hilang skil untuk menulis dalam blog lagi. Apa pun dah seminggu aku kehilangan Bonda tersayang yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 10hb April 2013 pada waktu 2.40 pagi. Semuga roh arwah mak termasuk didalam golongan orang yang beriman. Al fatihah.
Mengimbas kembali kenangan terakhir bersama Arwah mak ialah pada raya cina dimana sebelum tu Aruah mak sakit disebabkan penangan memakan Bee Young yang di jual oleh Mak Itam. Setelah di bawa ke rumah Kak limah masa tu aruah mak beransur pulih walaupun berjalan dah bertongkat. Kak Ambah ambil dari rumah kak Limah bawa balik Bakri. Dan pada raya Cina tu ramai adik beradik aku yang balik menjenguk Aruah mak. Kiranya masa tu Aruah mak masih boleh bercakap dan masih mengenali kami semua.
Selepas tu selang beberapa minggu kak limah call Aruah mak demam. Kebetulan aku je yang free sebab kak Ambah ada hal lain terpaksa aku balik Bakri, sebelum balik macam-macam makanan kesukaan aruah mak aku belikan. Sampai rumah kak Limah di Tanjung Agas, aruah mak dah terbaring di bilik belakang. Masa tu dia dah tak ada selera nak makan. Hanya sesekali kak limah suapkan bubur dan bagi minum air itupun kadang Aruah mak dah tak nak makan. Malam tu Adik sekeluarga datang menjenguk. Besoknya hari Ahad Jol adik aku kat Batu Pahat dan juga Ijan datang menjenguk. Kami dah risau sebab Aruah mak dah tak nak makan. Kalau tak makan mana nak datang tenaga. Petang Ahad tu sebelum aku balik, Aruah mak sempat tanya dah belikan lampin untuk dia tak. Oleh kerana banyak lagi dan memang aku ada belikan walaupun jenama lain aku jawab banyak lagi mak. Itulah kali akhir Aruah mak bercakap dengan aku. Sebab selepas tu hari Sabtunya sakit mak bertambah teruk sehingga tak buka mata dan Kak Jal terus masukkan ke hospital Tangkak. Rupanya demam aruah mak berlarutan dan ada jangkitan kuman pula. Masa tu bila Kak Jal call je pagi Ahad tu juga aku dan Kak Ambah terus balik Tangkak, terus ke Hospital Tangkak. Kak Jal terpaksa bawa ke Hospital Tangkak sebab mengenangkan ianya berhampiran dengan rumah dan memudahkan dia untuk menjaga mak. Start dari situ Aruah mak memang dah tak kenal kami adik beradik. Bila di panggil hanya membuka mata. Namun tiada kata-kata membalas percakapan kami. Seminggu juga aruah mak kat hospital. Keluar ja hospital Kak jal pula mengambil alih menjaga Aruah mak.
Kali ini memang Aruah mak dah terbaring ja. Hanya bunyi suara nafas dia sahaja yang kami dengar. Malam sabtu tu selepas seminggu dah keluar wad kak Jal talipon, Aruah mak dah tak buka mata. Aku dan kak Ambah terus je balik malam sabtu tu juga. Sampai je kat rumah Kak Jal, selepas Kak lela datang menjenguk, Kak nong dan abang Ibrahim sampai bersama Ijan. Dan tak lama kemudian Kak Oyek yang kat rawang sampai. Kami terus bacakan yasin beramai-ramai. Alhamdulillah masa tu nampak Aruah mak ok sikit. Aku terus ambil El hari Isninnya. Dan hari Ahad tu semua adik beradik aku datang menjenguk. Malahan keluarga sepupu aku belah Aruah Paman Likin semua datang menjenguk. Yang dari Pasir Gudang bila dibagi tahu terus je datang. Masa tu aruah mak hanya melelapkan mata ja. Makan pun hanya bagi susu sahaja. Yang lain semuanya dah tak masuk dah.
Isnin petang aku pun balik KL dengan hati yang gundah gulana mengenangkan Aruah mak. Kak Ambah bercadang nak cuti hari Rabu sampai Jumaat. Hari Selasa kerja tengaharinya Kak Jal call lagi memberitahu kesihatan Aruah mak semakin susut. Dia pinjam monitor BP kak Kiah dan BP aruah mak semakin menyusut. Aku dah mula risau samada nak ambil cuti ke macamana sebab ada kerja yang masih tertangguh yang terpaksa di submit hari Jumaatnya. Aduh pening kepala.
Malamnya, Kak ijah akak aku yang sulong dah talipon sambil menangis. Aduhai aku dah mula fikir yang bukan-bukan. Kak ijah suruh aku balik cepat. Apa lagi pukul 9 tu kelam-kabut kami mengemas, kali ni Kak ambah yang drive pula. Bawa kereta malam-malam balik muor sungguh tension bila lori banyak dan laju-laju. Dalam perjalanan, Kak Ijah talipon lagi supaya terus ke Bakri sebab Kak jal dah panggil ambulan bawa Aruah mak balik ke Bakri.
Akhirnya kami sampai dalam pukul 1 pagi, masuk je rumah, tenguk Aruah mak dah terbaring namun hembusan nafasnya sahaja yang kedengaran. Kami beramai-ramai membaca yasin. Tapi sebab malam semakin larut akak-akak aku dah kepenatan, ada yang dah terlelap. Pukul 2 lebeh, Adik aku Jol dengar nafas Aruah mak semakin perlahan, dia cepat-cepat memanggil akak-akaknya yang dah terlelap. Apa lagi terus akak-akak aku suruh Aruah mak mengucap, manakala masa tu aku tengah membaca yasin sambil airmata berjuraian. Semasa kelam-kabut akak-akak aku suruh aruah mak mengucap, dengar Aruah mak menyebut Allah selepas tu hembusan nafas kali terakhir dan akhirnya Aruah mak menghembus nafas terakhirnya tepat pada pukul 2.40 pagi pada 10 April 2013. Al Fatihah semuga Aruah MAk diampunkan dosanya dan termasuk bersama golongan orang yang mukmin. Kami semua adik beradik redha dengan pemergiaannya setelah 1 bulan lebeh Aruah mak sakit.
Pagi Rabu yang mendung bagaikan menangisi pemergian Aruah mak, dan pengebumian Aruah mak selesai di tanah Perkuburan Bakri pada pukul 11 lebeh. Tapi yang aku terkilan sangat dengan orang opis aku bila Maizan sms bagitahu yang ada beberapa staf nak datang melawat tapi Big bos aku tak beri. Rasanya Putrajaya ke Muar baru berapa jam sampai kalau nak datang. Macamlah muor ni jauh ulu kat ceruk kampung nun. Ya Allah sedihnya rasa hati almaklumlah aku bukan staf kesayangan jadi aku tak harap apa-apa pun dari warga pejabat aku. Tapi dalam hati aku hanya berdoa tak apa lah ni masa aku, kalau masa big boss aku hanya Allah jua yang membalasnya.
Pemergian Aruah mak membuatkan aku dah jadi anak yatim piatu. Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran menghadapi hari-hari mendatang, semuga aku tetap tabah menghadapi ujian mu Ya Allah.
Al fatihah, semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aruah mak dan semuga aruah mak termasuk didalam golongan orang yang mukmin. Al fatihah.
salam takziah dari aku...maafkan aku tak dtg pun ziarah...am tk bg aku drive sorang2 ke muo...seumur hidup aku ada sekali je aku drive balik kg..itupun dia bising kata aku bwk laju sbb tu cepat sampai...ish, hari tu mmg aku nak dtg tapi dia balik dah kol lima ptg.. dah penat katanya..terkilan gak aku not..
ReplyDeletesemoga rohnya dihimpunkan bersama orang2 beriman
ReplyDelete:'(
Terima kasih semua
ReplyDelete