Monday, August 26, 2013

Adegan sebabak sepetang di Putrajaya



Lokasi: Pada suatu petang di Putrajaya, 2 hari sebelum Bulan Ramadan 2013 menjengah.

  Suasana di putrajaya mulai sibuk di waktu pekerja kerajaan waktu anjal 1 mulai menohtahkan kad punchkad pada pukul 4.30 petang diringi dengan berduyun-duyunnya  kenderaan mulai keluar dari Parcel Jabatan kerajaan untuk pulang ke rumah. Roundabout utama mulai sibuk dengan kenderaaan yang begitu laju untuk pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga empunya macho bluesawwy mulai melangkahkan kaki dengan derasnya ke parking di belakang E2. Tanpa melengahkan masa terus sahaja menghidupkan engin dan mulai perjalanan mengelilingi roundabout utama untuk pulang ke Ampang. 2 hari lagi nak puasa jadi jalan menghala ke Alamanda sudah tentu jem sebab ramai yang dah bertukar ke waktu anjal 1 pukul 4.30 petang kerana nak balik awal untuk berbuka nanti. Jadi kena tukar plan perjalanan untuk mengelakkan kelewatan sampai ke rumah.

 Baru sahaja melalui Parcel E dan D, tiba-tiba mata toing-toing ternampak icon di dashboard meter menunjukkan meter tempreture naik? Ayoyo ama...... apasal ni.. Mula-mula setengah lepas tu alololo nak sampai habis....adeh adeh camno ni... Kecemasan kecemasan..... Red kod.... danger-danger .. kena cari port berhenti ni... hati dug dag dug dag cemas,  kepala otak ligat berfikir apasal-apasal, mata melingas mencari port berhenti yang strategik tiba-tiba terpandang tempat menunggu bas bersebelahan Taman Botani. Tangan kiri dengan pantas membuat signal ke kiri, dengan berhati-hati mula menyusur ke sebelah kiri sambil mata mengawasi perjalanan kereta lain yang zup zap zup zap memotong dengan derasnya. Akhirnya tersadai di perhentian bas. Alahai camno ni 2 hari lagi nak puasa, aduh aduh janganlah macho sawwy aku sakit... huhuhu macam-macam yang timbul dalam kepala otak. Tangan terus gigih mencari handphone dan contact person yang selalu aku call bila emergency iaitu anak buah aku julie.

Anjang:    " Assalamualaikum julie? Ko masih kat opis ke?"
    
Julie:       " Waalaikumusalam, haah ada lagi ni, jab lagi nak balik awal. Napa?"

Anjang:   " Eh orang punya kereta tempreture naik lah.Terus tahap paling tinggi. Huhu camno ni? Tapi sempat berhenti ni kat bas stand berhampiran Taman Botani ni hah. Apasal ek?"

Julie:     " Anjang tak isi air ke kut tangki air kering?"

Anjang: " Hish pagi tadi orang baru je penuhkan tangki air tu takkan lah dah kering kontang pulak da! Ni orang tak  berani nak buka bonet ni sebab panas lagi tu, tu pun nasib baik tak kuar asap. Hish risau ni napa plak jadi camtu?"

Julie: " Hah ok anjang tunggu dulu, jap lagi julie datang. Kat Roundabout kan?"

Anjang: " Haah... ala depan hotel shangrila tu kan ada bas stand. Orang tunggu kat tepi tu."



45 minit berlalu dengan lambatnya manakala tuan sawwy sudah risau tahap gaban. Dok fikir balik tadi pagi check air baru suku je kurang. Rasanya orang dah tambah dah airnya takkan le terus kontang. Hish janganlah bocor. Aduh nak puasa lagi, nak raya lagi aduh masak ni. Bila nampak kereta Myvi silver beri signal ke tepi dan berhenti dibelakang baru rasa leganya.

Julie: " hah Anjang cuba buka bonet ni"

Anjang: " hah ok jap orang buka"

Bila buka je bonet......... toing -toing Julie pandang aku, aku pandang julie, lepas tu kami terbahak-bahak ketawa dengan senyum simpulnya di tepi jalan. Aduhaiiiii memang menggelikan hati je bila teringat.

Julie: " Lah patut pun tempreture naik, tangki kosong ni hah, hahahaha"

Anjang: " lorrrr patutlah... ko tenguk penutupnya steady je kat port yang anjang letak pagi tadi. Tak bergerak-gerak pun. Nasib baik tak hilang kalau tak huhuhu nangis ni"

Julie: " hahaha apa lah makcik aku ni... Ni mesti terlupa nak tutup balik ni!"

Anjang:" haah la kut mungkin nak cepat agaknya. hish apasal lah boleh terlupa ni adeh"

Rupanya pagi tu selepas aku penuhkan tangki air tersebut, aku lupa nak tutup penutupnya, sebab dek kerana nak cepat pergi kerja dan penutupnya dok relaks je kat tepi tangki air tersebut. Dan sepanjang jalan pagi tadi air melimpah keluar lah bila kenderaan bergerak dan petangnya dah tentu lah kepanasan sebab air dah kontang. Memang kering kontang sungguh tangki air tersebut, Nasib tak keluar asap. huhuhu  

Julie terus topup air dan kebetulan ada botol air dalam kereta. Tak cukup Julie tambah gunakan botol air yang dia ambil dalam keretanya. Penuh ja terus penutup air di tutupnya. Tapi sambil tu kami berdua sempat lagi bergelak ketawa mengenangkan aku yang dah jadi pelupa di pagi hari.

Begitulah ceritanya. hehehehe


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik penutup tak jatuh..

    Kalau dah lupa, memang takleh nak buat apa..redho je lah..

    ReplyDelete
  3. Nohas, tu lah kalau hilang kena beli baru...masakle kena kuar duit lagi... adehaiiiii

    ReplyDelete