Paman Yasir dan Bik Samilah
Assalamualaikum,
Raya kali ini nampaknya tak ramai saudara-mara yang datang ke rumah almaklumlah Aruah mak kiranya yang tua dan selalunya makcik dan pakcik akan datang berkunjung tapi kali ini kami hanya tinggal adik beradik je jadi terpaksalah raya ke 2 mengunjungi paman Yasir pulak iaitu adik Aruah mak yang tinggal. Paman Yasir tinggal di Kampung Tiong, Gerisek. Jadi masa raya 1 dok pakat dengan adik beradik kali ni kena pergi gersik menjenguk Paman pula. So rancangannya pi Parit Sulong dulu berkunjung ke rumah Akak yang sulong dan kemudian baru ke Gerisek. Oleh kerana hari Jumaat orang lelaki solat kat Masjid Parit Sulong sebelum petangnya ke gersik.
Sampai rumah kak Ijah dah siap sediakan masakan. Apa lagi orang perempuan yang tinggal makan dahulu lah sementara menunggu orang lelaki balik dari Solat Jumaat. Sementara tu tunggu juga kak Nong dan Kak jal yang nak datang beraya. Lepas makan sementara menunggu depa sampai apa lagi lah lepak kat depan tenguk cerita Cun dimana Remy Ishak dan Maya Karin jadi hero dan heroinnya. Tapi tu lah sedap2 tenguk dengan dah kenyang perut apa lagi tiba-tiba keluar zzzzzzzz hahahahaha terlena lah pulak.
Yang aku bengang tu dari pukul 2 sampai nak pukul 4 depa tak gerak lagi, ni nak sampai gerisek pukul berapa ni? Aduhaiiiiiii akak-akak tersayang ku oiiiii. Dok ngok ngek ngok ngek tak habis-habis. Sampai cerita cun tu habis baru nak gerak berjalan. Lalu jalan ke Pagoh nak masuk jalan panchor jem lah pulak rupanya TPM buat majlis beraya bersama penduduk Pagoh dan Johor. Tu pun sebenornya dah habis tapi kata Pit polis blok jalan nak bagi TPM lalu ke Tol Pagoh nak balik KL tu yang jem. huhuhu sabor jelah.
Kita orang cuma sempat beraya rumah Paman yasir je, rumah zawawi iaitu sepupu yang dok rumah pusaka Aruah Paman Likin tak sempat singgah sebab dah petang sangat. Tu pun lalu jalan Sungai Mati kalau masuk Jalan Panchor kata Pit jalannya jem juga. Paman Yasir sempat masak dan bagi makan kitaorang semua. Walaupun lauknya simple je ayam goreng dengan sambal goreng sohon serta ikan masak sweet sour tapi sedap sangat terutamanya sambal goreng sohon yang menjadi trademark orang gerisek. Sebelum balik sempat lagi planning beraya kemana pulak ke esokannya. Kali ni raya ke 4 pula beraya ke rumah kak limah dan seterusnya ke melaka pula. Emmmm camno ek penulis Nazurah Aishah dan syud dari Jemari Seni nak datang beraya ke rumah aku. Adik beradik aku pula nak beraya rumah adik beradik yang lain. Emm ajak je lah mereka berdua tentu seronok.
No comments:
Post a Comment