Wednesday, October 2, 2013

Jemari Seni 7 tahun dan Hari Sahabat



Assalamualaikum,

Pada hari ahad 29hb September 2013 baru ni pergilah menghadiri Hari Sahabat anjuran Jemari Seni di Bangi. Seperti biasa pickup nacha dan kaknoor barulah merempit ke Bangi Tapi sebelum tu terjah lah dulu SR kat Bangi. Kata nacha anak buah dia kata kedai SR tu berdepan dengan kedai makan Wadi hanan tapi masa aku pergi Bangi hari JUmaat jenuh lah aku cari tak jumpa juga rupanya kedai SR tu kecil je dan tersorok berhampiran dengan kedai Fareeda tersohor.  


Meja pendaftaran

Masa sampai kiranya kitaorang yang terawal  jadi tumpang solat kat Ofis JS. Jumpalah Yah dan kaksu pengasas JS sehingga JS menjadi berkembang dan bertambah staffnya sehinggakan tertubuhlah pula JS Adiwarna. Bila dah selesai semua turun bawah nampak lah Pingu salah seorang penulis JS.
Penulis Pingu dan Kak su


Oleh kerana aku belum jadi Sahabat JS jadi teruslah isi borang. Oleh kerana majlis Sahabat jadi pendaftaran ahli ada diskaun Rm 10 untuk 2 tahun. Harga biasa Rm 20. Isi juga borang kaji selidik serta dapat nombor cabutan bertuah.

                       

Diskaun sehingga 30 persen beb. Mana nak dapat ni...Anak buah Yah jadi promoter 30persen. hehehe


  Oleh kerana masih awal lagi kitaorang terus je rembat buku yang belum ada lagi dan novel terbaharu terbitan JS. Tenguk diskaun banyak ni huh mata jadi rambang maka kocek jadi rabak ler. hehehehe tapi novel punya pasal sanggup berhabis. JS ni novel dia islamik sikit walaupun tetap ada cerita cintan cintun tapi masih dalam kategori berhemahlah. Editor dia memang jaga bab cerita dia serta bahasa yang dikarang oleh penulisnya. Cuma sekarang dah terlalu ramai penulis baharu yang muda-muda emm aku kena tenguk dulu jalan ceritanya sebab ada sekali tu beli dah baca tapi tak kena dengan taste aku... jadi rasa frust jugalah. Entah tajuk apa dah lupa dan memang tak habis baca pun novel tersebut. Jadi sekarang kena baca dulu sinopsis yang JS letak dalam Web dia bila dia keluarkan novel baru. Buat masa ni yang aku dah review ialah cerita si mangkuk tingkat tulisan Faziela. Ada banyak novel JS sebelum ni yang bagus hasil tulisan Hlovate juga kaksu seperti Jaja dan Din, Ruby Kopi susu sepatu biru dan sebagainya.


  Penulis Syud datang bersama penulis Nazurah Aishah. Ni syud dengan kawannya mendaftar. Seronok sebab dapat berjumpa dengan geng Ulat Buku dan geng Kicap serta penulis-penulis JS yang dah lama kami kenal. Jadi meja kitaorang memang tak muat nak sumbat semuanya.
          Kaksu dan syud tak mahu ke meja penulis yang telah disediakan tetapi duduk dengan kita orang juga duduk beramai-ramai sebab boleh bergebang sampai tak ingat orang lain. Seronok sangat sebab bukannya selalu dapat berkumpul beramai-ramai seperti hari tersebut. Maklumlah perkenalan melalui alam maya bersambung ke realiti hanya disebabkan minat kepada membaca novel malahan hampir seusia dengan penubuhan JS maknanya persahabatan kami dah menjangkau usia 7 tahun lebeh lah walaupun sebelum tu hanya kenal di blog kaksu semasa kak su menulis cerita SUUN dan NTS.    

 Ni hasil rembatan aku, tak banyak sebab banyak lagi yang belum baca. Nacha beli sampai 9 buku. Lepas tu kak uda up lagi jadi 12 buku. Huh tak mahu kalah kak uda. kalau boleh paling banyak rembat novel.

    Lama sungguh tak jumpa amie bila dia sampai ja macam retis pulak semua mengerumuni dan bersalam dengannya sampaikan kawan dia terpegun dengan sambutan yang amie terima bila sampai. hahahaha Amie ni sempoi ja seorang pegawai Penyelidik di HUKM yang selalu jenjalan over sea. Tapi dia memang sempoi lah dan tak sombong. Kata-kata dia tu kadang mengelikan hati kami semua. Sampai-sampai je hah berapa banyak external drive cerita korea syud downloadkan malahan siap bawa komputer nak download cerita korea. Aduhai fanatik kdrama depa semua ni.



Setelah baca doa, acara makan berlangsung sebelum happy hour di jalankan. Happy hour dapat diskaun 45 persen beb. Tapi aku tak tenguk pun sebab rasanya semua yang di diskaun tu novel lama yang dah tentu aku dah ada. Jadi semua makan dengan gembira sambil bergosip bagai. hehehehe

                                                 Sessi memulai makan, macam-macam ada.

                                                    Sedang menikmati makanan

                                      Amboi Rin geng kicap borong sampai 2 beg ko.

                                                                    Aturcara majlis
Penulis Nazurah Aishah lambat entah mana dia merewang padahal Syud dah sampai awal. Hehehe

  Selepas tu acara memotong kek sempena 7 tahun Jemari Seni ditubuhkan. Rasanya yang aku ingat buku pertama keluaran JS adalah buku Ruby Percayalah yang keluar pada 7 oktober 2006.Diam tak diam dah 7 tahun JS beroperasi. Semakin bertambah staff dan bertambah penulisnya. Dari hanya mula dari rumah Yah lepas tu menyewa sebuah rumah akhirnya  mempunyai pejabat sendiri. Semuga Jemari Seni berkembang dengan jayanya. Amin.


 Setelah itu diadakan trivia dimana soalan yang dikemukakan adalah dari novel yang diterbitkan. Aku dapat jawab soalan dari novel Singaraning hasil tulisan Imaen. Dan selepas tu cabutan bertuah. Kira seronok juga sebab ramai geng ulat buku dapat jawab soalan trivia. Lepas tu bila cabutan nombor bertuah anim dapat baucer Rm 10, Kak Noor dapat baucer Rm 20 dan syud dapat cabutan hadiah juga. Dan akhirnya aku yang dapat yang terakhir sekali baucer berharga Rm 50. Wah bestnya. Seronok sangat tak sangka bertuah. Alhamdulillah.
                                  Ni hadiah yang aku dapat.. boleh beli novel lagi lah

Bergambar beramai-ramai sebelum balik. Seronok berkumpul mengeratkan silaturahim. 

Tahniah Jemari Seni. semuga semakin berjaya di kemudian hari.

2 comments:

  1. selalunya begitulah..dari kecil-kecilan, jadi syarikat besar..

    suka juga baca novel, tapi tak suka beli..hehe, pinjam kakak punya, dia pun tension je, nak kenakan bayaran katanya..

    ReplyDelete
  2. hahahaha tension sebab kena beli orang lain sedap baca ek... hahahaha

    Saya dan akak saya pula bertukar2 novel penerbitan yang berbeza. Saya collect JS, Alaf dia beli karyaseni dan kakinovel. Jadi takdelah terbeli sama.

    Dulu2 sanggup kalau hari minggu dapat novel yang best sampai tak tidur tapi laa ni dah tak larat nak buat camtu lagi... tenguk tulisan pun makin hari makin kecik je ataupn mata aku dah nak rabun aduhaiiiiiiii

    ReplyDelete