Subject: KISAH LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang
ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika
dia pernah berkata, ayahku menceritakan
bahwa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi
dan ada yang hanya mendengar
suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima
wahyu melalui mimpi itu, pada suatu
malam bermimpi diperintahkan yang
berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar
dari rumah pada waktu pagi menghala
ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,
pertama; apa yang negkau lihat (hadapi)
maka makanlah, kedua; engkau
sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat;
jangan engkau putuskan
harapan, yang kelima; larilah engkau
daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya
menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit
besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan
memakan pertama aku
hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat
dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit
itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu
pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh
manis bagaikan madu. Dia
pun mengucapkan syukur
'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu
pula dengan sebuah
mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan, lantas
Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan
mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi
itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia
ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor
burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah
burung kecil itu
berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu
dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang
itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku
sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah
engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan
arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak
boleh putuskan harapan. Dia
menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara
itu. Akhirnya dia membuat
keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong
sedikit daging pehanya dan
diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat
daging itu, helang pun terbang
dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam
bajunya.
Selepas kejadian itu,
Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia
bertemu dengan satu
bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas
lari dari situ kerana
tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui
kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu,
Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku
telah pun
melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam
mimpiku, maka
jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah
diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama
engkau makan itu ialah
marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi
pada akhirnya jika
bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah
itu pun akan menjadi
lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun
disembunyikan, maka ia tetap
akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima
amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang
meminta kepadamu, maka
usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun
kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan
hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul
membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita
semaikan dalam diri
kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku
dalam kehidupan
kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan
setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka
mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang
itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di
akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak
pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala
yang
Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka
berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang
dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita
kata itu
memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh
kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia
benar.
peringatan yg baik...jgnlh menmbah dosa ya...
ReplyDeletelima perkara yg selalu hadir dlm hidup..
ReplyDelete#tak pernah baca cerita ni..best..
Sis Paridah buat peringatan pada diri sendiri juga supaya sentiasa beringat.
ReplyDeleteNohas.. tq