Wednesday, January 22, 2014

Salah siapa? Kedua ibu dan bapa atau anak?




Assalamualaikum,

 Ni nak mencecer sikit lah pada pagi ini. Pasal anak-anak zaman sekarang yang suka menyusahkan kedua ibu dan bapa. Sepatutnya setelah dewasa, walaupun kedua ibu bapa tak mengharap jasanya dibalas sekurang-kurangnya kenanglah jasa mereka yang telah bersusah payah menyekolahkan dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya besar nanti menjadi orang yang berguna. Tapi adakah anak-anak terfikir tentang jasa kedua ibu dan bapa. Kalau mereka ingat jasa mak dan ayah, alhamdulillah sejuk ibu yang mengandung dan bangga ayah mempunyai anak yang mengenang jasa. Kalau nan ado.... sian mak bapa merintih sedih melihat gelagat anak-anak mereka.

 Ok kenapa aku timbulkan isu pasal anak zaman sekarang. Begini ceritanya, setiap pagi pukul 6.30pagi aku dah keluar rumah untuk bertugas di Putrajaya. Dan ada seorang amoi yang akan menumpang kereta dan akan turun di Puteri Park. Semasa menunggu aku, amoi tu terjumpa satu Aso yang dah berumur 60 lebeh, yang sempat bercerita tentang hal anak-anaknya yang macam tak ada semangat nak sambut Tahun Baru Cina. Aso tu ada 4 orang anak, tapi seorang pun tidak seperti yang diharapkan. Dah lah laki Aso tu dah berumur 62 tahun masih lagi bekerja. Ini kerana walaupun dah tua kalau tak bekerja mereka berdua nak makan apa. Anak yang ada bukannya nak memberi duit malahan minta duit lagi. Kesiannya aku dengar.

 Yang dah kahwin hanya seorang anak perempuannya. Yang lagi seorang perempuan tak mahu kahwin tapi berboyfriend dengan perempuan tomboy. Yang anak lelaki malas mahu kerja. Seorang pinjam duit dengan Along, manakala seorang lagi malas mahu kerja minta duit kat mak dan bapa sahaja. Pening Aso tu memikirkan anaknya yang pinjam duit dengan Along. Kalau tak bayar nanti rumah mereka pulak yang Along cari. Patutnya nak raya Cina ni bagi duit nak sambut raya ke apa ke ni tak minta duit lagi. Yang dah kahwin kata halau je adik dia yang malas. Patut ke adik beradik kata macam tu. Pening Aso tu memikirkan hal keluarganya.


 Aku yang mendengar pun rasa kesian. Bayangkan ada anak pun hidup tak senang hati, apa lagi lah kalau tak ada anak, siapa nak jaga bila dah tua nanti. Rupanya bukan sahaja keluarga Melayu macam tu malahan keluarga Cina dan India pun sama.

 Yang India pula ceritanya aku selalu kalau balik petang pukul 5 lebeh terserempak dengan Achi ni yang kerja nurse di hospital swasta kat jalan Ampang. Dia dah pencen lama dari hospital kerajaan malahan masa aku baru duduk Ampang tahun 1999 pun dia dah pencen dan mula kerja di hospital swasta. Kena tinggal suami sebab suami asyik nak pukul dan peras duit. Punya seorang anak lelaki. Anak lelakinya di jaga bagai minyak yang penuh. Nak sekolah swasta disekolahkan. Sanggup bayar berapa pun yang penting anak belajar tinggi. Tapi akhirnya anak lelakinya hanya kerja kat kedai biasa ja kat shopping kompleks tu. Nak motor, mak dia belikan tapi mak dia balik dan pergi kerja terpaksa berjalan kaki dari Bukit Saga nun ke bawah bukit di Puteri Park tu untuk naik bas ke Ampang. La ni baru-baru ni aku jumpa dia dah pencen dah dari hospital swasta tu dan setiap minggu pergi treatment kakinya yang sakit. Masih lagi berjalan kaki ke sana ke sini. Laaa ni jalan dah bertongkat pula.Yang aku kesian tu ada sekali tu dia kata siap berdoa kalau aku dan akak lalu, terserempak dengan dia semasa kita orang nak balik rumah. Sebab kalau kami terserempak memang kami akan tumpangkan dia. Nak naik bukit dari Taman Melur ke Taman Saga memang menongek juga kalau berjalan kaki sebab dulu kami dah rasa bagaimana penatnya nak mendaki bukit balik rumah. Tu pun aku dengar dari mulutnya, anak lelaki dia kadang tak peduli kat dia, dah makan ke apa ke, kalau susah nak duit minta kat dia hah baru nampak muka. Bayangkan lah ibu tunggal, harapkan duit pencen seberapa lah yang ada. Lepas tu kena pergi hospital pula setiap minggu untuk rawatan kaki. Sian kan.

 Yang keluarga melayu pula lagi best, siap jual rumah lagi hanya kerana nak kahwinkan anak perempuan bungsunya. Yang ini aku tak salahkan anak-anak sebab mak dan bapanya memang memanjakan anak sampaikan nak kawin pun sanggup berhabis harta janji dapat kahwinkan anak dengan meriahnya sebab anak yang last.Dahlah Bapa dia dah pencen dan rumah tu satu-satunya harta yang tinggal tup-tup bila nak kahwinkan anak yang bungsu habis majlis kahwin je dah nak pindah sebab dah jual rumah tersebut dan sekarang dengarnya menumpang di rumah anak yang kedua. Tapi yang aku heran tu pasal apa lah bapa dia asyik dengar kata isterinya biar berhabis sampai jual rumah lepas tu mengharap belas ihsan anak-anak membela mereka. Kalau anak kedua tu suaminya tak bagi duduk bersama, kan ke naya je kena sewa rumah lain lah pulak padahal rumah sendiri ada sebelum ni. Tu pun sebab boleh tolong jagakan anaknya tak payah hantar kat rumah orang lain. Hah ya lah tu sementara mak dia masih sihat kalau dah sakit nanti hah macamana agaknya ya.          

 Entah lah ya. Nasib masing-masing kita tak tahu di kemudian hari nanti. Adakah mak dan bapa salah mendidik anak ataupun anak-anak sekarang tak pandai hidup susah hanya tahu nak senang je. Zaman sekarang semuanya nak duit, serba-serbi bergerak semuanya duit tapi kadang duit tidak dapat membeli kebahagiaan, tidak dapat membeli ketenangan, tidak dapat membeli kasih dan sayang sesama insan.  

  Apa pun yang terjadi kemudian hari aku hanya dapat berdoa semuga Allah limpahkan kurnia, eratkan silaturahim aku dan adik beradik aku serta keluarga, semuga apa jua rintangan di masa hadapan ikatan tersebut tetap tersimpul mati. Ikatan kasih sayang sesama keluarga tetap utuh sampai bila-bila walau badai melanda. Walaupun kami hidup sederhana dan tidak kaya namun biarlah kami sekeluarga kaya dengan kasih sayang, saling menyayangi sesama keluarga, bersusah senang bersama-sama. Amin. Yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing.

  Al fatihah buat kedua Bapa dan mak atas didikan mereka kepada kami selama ini yang telah menjadikan kami seperti hari ini. Biar miskin harta namun kaya dengan kasih dan sayang.

8 comments:

  1. benar sekali apa yg ditulis notie...anak2 perlu ada rasa kasih sayang yang tebal di hati terhadap kedua ibubapa mrk. ibubapa sgt sayangkan anak2nya n jikalau boleh langsung xmau menyusahkan anak2 mrk tp takdir hidup masing2 xsiapa tahu sbb ada yg berusia panjang dgn keuzuran diri terpaksa juga mngharapkan belas ehsan anak2...

    ReplyDelete
  2. hmmmm...dah byk cerita yg kita lalui, dngar dan baca ttg masalah anak2 dan ibubapa ni...kdg2 kita pun keliru siapa betul siapa yg salah....kdg2 kedua2nya salah juga..mak bpk terlalu manjakan anak, apa yg diminta semua nak diberi...sianak pulak mcm kacang lupakan kulit..dah terbiasa kehendak diturut, sekali tak dpt mcm2 kerenah dibuat, bila mak bpk mntk tolong, mcm2 alasan yg dicipta.....anak2 yg dah berkahwin pulak kdg2 ikut sgt ckp atau pun kerenah isteri atau suami sampai lupakan jasa ibubapa sendiri....dah banyak dah kisah si tanggang moden zaman ni....aku pun ada juga kwn2 yg dikenakan anak2 ni..nk cerita pjg...nantilah aku masukkan dlm blog aku lak ye...

    ReplyDelete
  3. macam-macam ragam hidup ni, berbagai kisah kehidupan..betul tu, biar tak kaya harta benda, tapi kaya dgn kasih sayang..

    ReplyDelete
  4. Sis Paridah, begitulah nasib mak bapa kan. Sanggup bergalang ganti nyawa asalkan anaknya sihat tapi adakah anak fikir tentang kesihatan mak dan ayah? Kalau ada belas ehsan dalam diri anak Insha Allah ingatlah dia pada mak dan ayah dia.

    Aini, ko lagilah banyak cerita kat sekolah tu. Macam-macam ragam anak-anak dengan mak dan ayahnya. Boleh buat cerita samarinda lah pulak.

    Nohas, begitulah ragam kehidupan.

    ReplyDelete
  5. macam2 ragam hidup manusia sekarang ni...
    Kadang anak2 ni tak faham dan tak insaf selagi mereka tak jadi ibu dan bapa...

    ReplyDelete
  6. assalam notie moga harini hepi n ceria.

    ReplyDelete
  7. Salam sis Faridah.... amboiiii selalu menjenguk. Sis Bunda ya betul diorang tak cuba menyelami hati kedua ibu dan ayah jadi mereka tak akan faham selagi belum menjadi ibu dan ayah. Bila dah jadi ibu dan ayah hah baru rasa menyesal buat macam tu kat ibu dan ayah bila anak pulak buat balik seperti mana mereka buat sebelumnya.

    ReplyDelete