Thursday, March 13, 2014

MH 370 oh MH 370





 Assalamualaikum,

Nampaknya sudah 7 hari berlalu , misi mencari MH 370 semakin bertambah, negara yang nak membantu juga bertambah , kawasan pencarian juga semakin luas, samada laut dan udara semuanya telah dikerah namun sehingga kini ianya masih mengalami jalan buntu. Malahan solat hajat dan doa sentiasa sahaja diadakan pada setiap hari memohon supaya Allah memberi petunjuk dimana kapal terbang tersebut berada. Walaupun masih hampa, namun begitu rakyat Malaysia terus berharap semuga MH370 dapat di pertemukan.

 Setiap hari bila balik dan pergi kerja, bila mendengar doa yang dimainkan di KLFM rasa sebak je sambil mulut tak henti mengaminkan doa tersebut. Malahan tanpa sedar air matakan mengalir membasahi pipi. Ya Allah semuga semua kakitangan dan penumpang MH 370 selamat di pertemukan. Apa pun juga pengakhirannya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Walaupun begitu dugaan ini telah memperkuatkan dan memperteguhkan rakyat Malaysia dan bersatu hati agar turut bersama-sama berdoa supaya dapat mempertemukan mereka. Amin..


6 comments:

  1. Hari demi hari, mcm2 spekulasi yg tercipta, mcm2 cerita yg kita baca, mcm2 sangkaan yg org dok kata.......tak pasal2 buat dosa percuma..kan lebih baik kalau kita yakin pada yg Esa, tunggu cerita sebenar dari pihak berkuasa, bukan main percaya saja2...........................ish, ish, ish, rupanya ini yg dinamakn manusia.....aku pun heran Notie, kdg2 diorang ni mcm tak de perasaan...cuba kalau terkena kat diri sendir....baru nak menangis air mata darah...........

    ReplyDelete
  2. seluruh negara bersedia dan berdoa utk MH 370..

    Saya pun dah pening + letih...mula2 nafikan, kemudian cakap betullah pulak fakta..

    M'sia mati2 nafikan laporan WSJ yg MH 370 terbang selama 4/5 jam selepas komunikasi terputus pkl 1 pagi, tapi dlm PC PM hari Sabtu lepas, ada pengakuan kali terakhir dikesan satelit pd 8.00 pagi, maknanya 6 1/2 jam terbang...dh seminggu hilang baru dapat info ni..

    ReplyDelete
  3. semoga cepatlah penyelesaiannya di temui supaya tenteram org yg menunggu di sini

    ReplyDelete
  4. semoga cepatlah penyelesaiannya di temui supaya tenteram org yg menunggu di sini

    ReplyDelete
  5. Aini biasalah manusia, tahu cakap je tak fikir peasaan orang lain. Bila kena pada diri sendiri tahu marah pulak padahal yang dia kata sebelum tu dia tak fikirke kut orang tu marah ke. Dah kena baru tahu macamana perasaan orang lain. Hanya fikir diri sendiri je.

    ReplyDelete
  6. Nohas tu lah banyak sungguh misteri yang hanya Allah SWT sahaja yang dapat merungkai disebaliknya. Apa pun kita doa mudah-mudahan semua penumpang dan kakitangan MAS MH 370 selamat.

    Nieda, kena banyak doa semuga Allah mempermudahkan.

    ReplyDelete