Thursday, April 10, 2014

Setahun pemergian Aruah Mak

                                                          Aruah Bapa dan Aruah Mak


Assalamualaikum,

 Diam tak diam hari ini 10 April 2014 genap setahun pemergian Aruah Mak. Aruah Bapa pula 20hb Julai 1995.  Walaupun dah lama, aku tetap ingat kenangan bersama mereka berdua. Kerana mereka berdua aku lahir ke dunia. Al Fatihah buat kedua orang tua ku.

 Kalau dulu masa Aruah bapa masih ada, ingat lagi makanan kesukaannya Sup Ayam bersama mee bercecahkan dengan tahu dan sambal kicap. Aruah mak pula bila masak sambal tumis cili api dilayan dengan ubi rebus. Ya Allah sedapnya air tangan Aruah mak. Kenangan buat kuih raya semasa zaman kecil-kecil dulu tetap tersemat dalam ingatan. Kesedapan air tangan mak sehingga kini tiada galang gantinya.

 Mak, orang rindu. Sunyi  rumah kat Bakri sejak pemergian Mak. Hilang seri di rumah sejak mak dah tak ada. Terdengar-dengar perbualan mak tentang kisah tanah di belakang tu yang masih tak selesai lagi sehingga sekarang. Kalau aruah mak masih ada segala susur galur cerita tersebut boleh dijadikan bukti. Anak-anak mak bukannya tak ingat tapi tidak memahami keadaannya yang sebenar. Mak orang rindu masakan mak. Orang rindu cerita-cerita mak. Orang memang teramat rindu kat Mak.

 Ya Allah Kau ampunilah Kedua Ibu Bapa ku. Masukanlah mereka bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga roh mereka tenang di sana. Masukkan mereka dalam syurga dan dijauhikan mereka dari neraka. Al Fatihah.

5 comments:

  1. amin..semoga roh ibubapamu sentiasa dalam rahmat ALLAH....

    anak2 yg masih ada ibubapa tu kenala selalu jenguk mak ayah..kalau jaga ibu bapa yg uzur pulak kenala banyak bersabar, kalau agak2 tak sabr sentiasa beristigfar..minta ampun kat ALLAH mohon ALLAH beri kekuatan dan kesabaran....

    ReplyDelete
  2. alfatihah utk allahyarham ibubapa notie...kedua2nya pasti berada di bawah lindungan rahmat Allah...insya Allah sabar ya notie.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..sedihnya baca entry ni..ibubapa tiada galang gantinya..rasa rindu itu, tak tau mcmana nak diungkap..bersabarlah...

    ReplyDelete
  4. Samalah arwah mak bunda 21 jan 2014 aritu cukup setahun...Rumah kampung tu sunyi...raya lepas raya pertama tanpa mak...nasib baik ada bapa lagi..
    Apa2 pun sama2 kita sebagai anak doakan untuk arwah2 mereka agar dicucuri rahmat ..

    ReplyDelete
  5. Aini,
    Thanks

    Sis faridah,
    Terimakasih doanya. Kena redho dengan ketentuannya. Apa pun kadang2 kerinduan itu mengebu-gebu dalam kalbu.

    Nohas,
    Kerinduan yang mendatang hanya doa setiap hari di buat buat mereka.Thanks

    BUnda,
    Rumah kampung yang dulunya meriah akan sunyi bila mereka tiada.
    Apa pun kita kena terima hakikat kehidupan sampai masanya nanti kita juga akan di jemput Allah.

    ReplyDelete