Wednesday, June 11, 2014

Surabaya - Day 1 - Tresna Art di Madura


Assalamualaikum,

  Setelah keluar dari Hotel 3V, kami di bawa mengelilingi bandar Surabaya. Nampaklah Jambatan Merah. Nasib baik juga dia bawa keliling bandar Surabaya melihat keadaan bandar tersebut di waktu siang. Rupanya hari last yang sepatutnya kita orang dok lagi di Bandar Surabaya shopping kat China Town tidak jadi disebabkan menginap lagi semalam di Malang. Jadi turun je dari Malang terus je ke airport sebab flight balik pukul 6petang.
  

  Berhenti di traffik light, ternampak penduduk Surabaya mencari rezeki dengan menjual pelbagai barangan. Kak noor buat dek je. Kat seat belakang aku, nana dan kaknoor, manakala seat depan, kaknam dan anaknya serta kak uda kat tepi pintu. Davit kat depan, tukang standby kerusi roda bila dah sampai atau pun bila dah masuk dalam kenderaan, dia tolong lipatkan dan letak kat belakang. Kenderaan memang Aatian bagi yang besar sebab tu kosnya naik, katanya untuk keselesaan kakak yang sedang sakit. Setiap kali nak berjalan, aku, nana dan kaknoor akan masuk dulu sebab seat kita orang kat belakang. Nanti kak uda akan tolong papah kaknam naik atas kenderaan. Kat atas dia akan mengesot slow-slow.  Bila sampai kat tempat yang di tuju, Kak uda yang akan sambut badan kaknam tu dari bawah dan slow-slow letak atas kerusi roda yang Davit dah sediakan. Lepas diaorang didepan turun, barulah kami kat belakang turun. 

 Kita orang kesian juga tapi masalahnya nak tolong, masing-masing ada masalah sendiri. Macam kaknoor, dia rendah sikit manakala kak nam tu tinggi jugalah dari kaknoor jadi memang le kalau nak paut boleh jadi jatuh kaknoor dibuatnya, apalagi kaki kaknoor pun dah tak kuat juga. Manakala nana pula yang merupakan anak saudaranya pun kecil dan rendah. Tu pun aku tenguk, dia buat saje je tak menolong pun mak saudaranya. Manakala aku pula, boleh kalau nak tolong tapi sebab kaki kiri pernah terseliuh dulu dan lutut pula sakit, jadi tak berani nak ambil risiko, kalau time aku tolong kaki aku terpeleot, dah tu kebetulan masa tu batuk dan semput lagi jadi takdelah nak menolong. Nanti nak menolong orang, diri sendiri pulak yang sakit. Minta maaflah ya. Walaupun kadang, kena jeling oleh kaknam sebab kami bertiga buat dek je tak nak tolong papah dia, kami bertiga ada alasan tersendiri. Nampak sangat macam kami ni jahat kan, sebab tak perihatin pada kawan. Tapi sebenarnya bukan kami tak perihatin tapi kadang kaknam tu jenis tak sabar. Kalau lambat sikit dia dah bising. Tu pun kadang kami tahan sabar je tau tapi dah penghujung-penghujung kita orang dah tak terlayan dah, buat tak tau je bila dia hangin. Dah tak kuasa nak layan.

  Ni yang dikatakan jambatan Merah... tapi bila aku belek gambar dalam blog John lain je. Plaza Jambatan Merah pun aku tak nampak padahal kata John berhampiran je. Ke Pak Herman ni tak tau kut. hehehehe Davit pekerja Aatian yang jadi pemandu pelancong kami, senyap je sebab dia tak tahu pun susur galur bandar Surabaya sebab dia datang dari Bandung. Kak uda request Davit sebab mudah berurusan dengannya. Tapi bila bab sejarah di Surabaya huh hampeh, kami dok berkicau sesama kami je.  


Dah berkeliling bandar surabaya, kami dibawa ke Jambatan Suramadu yang merupakan jambatan merintangi kepulauan Madura dan Surabaya. Lama juga nak sampai ke Pulau tersebut. Dengan cuaca panas di luarnya dan langit terang benderang memang cantik. 

                                              Ni sedang melalui jambatan Suramadu



Ni lah jambatan Suramadu tu. macam jambatan pulau Pinang je. 

Ni gambar aku cilok dari pakcik google.

Jambatan Nasional Suramadu adalah jambatan yang melintasi Selat Madura, menghubungkan Pulau Jawa (diSurabaya) dengan Pulau Madura (di Bangkalan), IndonesiaPanjangnya 5.438 m, merupakan jambatan terpanjang di Indonesia . Jambatan Suramadu terdiri dari tiga iaitu jalan layang (causeway), jambatan penghubung (approach bridge), dan jambatan utama (main bridge). Surabaya dan Madura jadilah nama Suramadu.
Kerja pembangunan tanah dirasmikan oleh Presiden Megawati Soekarnoputri pada 20 Ogos 2003 . Apabila siap dan boleh digunakan, ia dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 10 Jun 2009
Pembangunan jambatan ini bagi mempercepat pembangunan di Pulau Madura, meliputi bidang infrastruktur dan ekonomi di Madura, yang relatif tertinggal dibandingkan kawasan lain di Jawa Timur. (cilok dari wikipedia)


Sawah padi yang saujana mata memandang. Cantik je kepulan awan 



Ni dah nak masuk bandar 

Banyak kedai-kedai yang menjual Batik Tulis Madura di sepanjang jalan di kiri dan kanan.

Akhirnya kami sampai di Tresna Art yang menjual batik tulis tangan Madura. Jalan nak masuk ke dalam ni sempit, rasa cuak je bila kiri kanan MPV merupakan dinding rumah orang. Muat ke? 

Suka je tenguk taman di depan, rasa sejuk mata memandang.


Ni oleh-oleh yang ada. Kipas tu Harga 17,000RP lebeh kurang dlm RM5. Yang bulat belakang tu baru 10,000 Rp iaitu dalam 2.90. Masa ni tukaran Rp dalam 1000Rp bersamaan dengan 29sen. Murah sikit duit dia, dulu dalam 35sen. 

Batik pelbagai corak.

Bersusun-susun batik pelbagai corak.

  Hah kaknoor mula lah menebar kain. Bagusnya batik ni sebab patern dia tu special. Sebab ianya tulis tangan jadi  coraknya satu jelah. Nak cari pasang yang lain bukan macam batik canting yang boleh buat sama corak. Sebab tu ianya mahal sikit. Sepasang ni harganya dalam 150,000 Rp bersamaan dengan Rm43.50. Mula-mula tu ingat macam nak belikan untuk akak-akak aku tapi bila katanya hanya terhad 3 pasang kalau beli kain batik Indonesia, terus aku tak jadi beli. Almaklum akukan ramai akak, mana boleh bagi 3 orang je habis tu yang lain kang jeles pulak. Jadi aku beli kipas yang bertulis tangan yang kat atas tu. Kain batik tu beli satu untuk diri sendiri ja. Corak yang kaknoor pegang tu aku pun berkenan tapi sebab kaknoor dah pegang dulu aku ambil corak lain.

Yang tukang ambil gambar ni merupakan tuan kedai tapi pandai tau ambil gambar kitaorang. Siap bagi pose cam ni camtu. Belakang tu adalah Davit. 

Siap ada kolam kecil dan jambatan merintangi jalan masuk ke kedai.

Dalam kedai 

Tempatnya memang nampak kecil. Hah tu dinding sebelah tu dah rumah orang lain.

Ada juga sangkar burung kiranya klasik je deko hiasan Tresna Art ni 

Kolam ikan yang jernih, ikan berlari-larian.

  Masa ni cuaca panas sungguh, kat depan pintu tu adalah terhidang bekas berisi air yang dari luar je dah nampak titisan air maksudnya air batulah. Manakala yang satu lagi bekas air kopi panas. Dek kerana tak tahan haus dan panas aku pun apa lagi laju ambil gelas terus le tadah air tu aku ingatkan air teh biasa sebab dia kata air teh ais. Sekali erkk napa aku minum rasa lain je. Huwaaaaa rupanya air teh dia air teh jahe ataupun teh berempah. Ko ingat kat malaysia kalau air teh tu air teh lipton. hahahaha Dah le tamak sikit punya penuh gelas aku tuang sekali seteguk je dah rasa nak termuntah. Nak minum kopi sebab panas jadi tak pandang le. Aduhaiiii gue udah tertipu. Walaupun aku batuk tapi dek kerana panas, memang aku tak tahan sungguh melihat air batu. Akhirnya korek-korek botol air mineral dalam beg. hehehe

 Masa kat sini kak nam tak membeli pun. Ya lah dia lebeh minat ke FO je manakala kami lebeh suka nak membeli kain batik, telekong ke yang ala-ala tradisional le katakan.hah lagi satu tshirt. Lagi pun Surabaya bukan macam Bandung atau Bukit Tinggi tempat untuk shopping. Jadi kat sini kami cuma set dalam kepala nak beli kain batik, telekung, kain batik pasang. Jubah ke apa ke yang murah-murah tak terfikir pun nak beli. Lagi satu sovenir. Tu kami ingatkan nak beli di Bromo bila sampai lepas ni. Tapi kali ni sovenir seperti keychain dan FM kami tak dapat beli buat oleh-oleh disebabkan salah komunikasi. emm Bengang sungguh tak penah nya pergi travel keychain 1 hapa pun takde. Ok selesai semuanya terus menuju ke Masjid Sunan Ampel.       

Belakang tu adalah kenderaan yang kami naiki. Si Davit sedang tutunkan kerusi roda 







6 comments:

  1. Ooo..mcm tu cara Kak Nam naik/turun MPV..MPV ni kira tinggi juga..

    Surabaya..best juga..

    ReplyDelete
  2. Bestnya pegi madura. Penah jugak terpikir nak pegi sana tapi katanya org sana kurang friendly sket jd takut...huhu

    ReplyDelete
  3. Nohas.. surabaya banyak juga yang best apa lagi kalau kita jenis yang suka melihat keindahan mukabumi Indonesia. Melihat sesuatu yang tiada di malaysia.


    Jea, kita orang tak bercampur pun dengan orang madura sebab terus tuju kedai batik tu je. Jadi tak tau le kalau orang dia tak mesra alam. hehehehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas kunjungannya..
    kunjungi juga website kami di www.tresnaartcom :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terima kasih juga kunjungannya ke blog saya

      Delete
    2. wah terima kasih juga kunjungannya ke blog saya

      Delete