Depan Villa Mas Eko, yang sedang mencangkung dan pakai seluar hijau tu Aatian.
Assalamualaikum,
Dapat tidur sepicing je tiba-tiba kaknoor kejutkan. Aku rasa macam baru terlelap eh dah nak kena bangun ke? Huhuhu sejuk le, rasa nak tarik selimut lagi. Tapi sebab nak tenguk sunrise gigih le juga pi bilik air. Kasi buang semua bahan2 toksik tapi mandi ala-ala P.Ramlee je gitu. Boleh? hehehehe. Sejuk beb. Air kat bilik air tu macam air batu je sejuk ketung. Jadi aci dak kalau main cecah jari je basuh muka. hahahaha
Ok kali ni kami naik jeep Mas Eko. Kiranya ke Bromo ni Mas Eko yang bawa. Aatian dan anak buahnya dok kat villa je. Yang si Davit dari kami keluar villa pukul 4 pagi sampai kami dah balik villa, tidur sedap betul, tak bangun-bangun. Cuaca sejuk kan tentu sedap je layan tidur dengan selimut tebal.
Nak naik jeep huh seksa sungguh, tapi bila dah berasak-asak kat belakang ramai-ramai, bestlah juga sebab rasa panas sikit. Kak nam dok depan dengan Mas Eko.
Ok dah sampai. Hah pintu jeep belakang tu yang kami gunakan. Memang sempitlah tapi dek kerana Bromo gigih sungguh.
Kat tepi mana entah tak nampak. Depan tu sebenarnya boleh nampak Bromo tapi sebab gelap sangat. Gelap sungguh padahal di depan kami ni ada gerai-gerai. Tak pasti dimana kami di turunkan. Rupanya katanya Bukit Cinta. Sampai je kat sini kami pun solat di tepi jeep. Lepas tu terpinga-pinga nak buat apa. Tak ada orang yang bagitau apa kita orang nak buat. Mas Eko tu main tinggal je kitaorang kat tepi jalan ni. Nampak ada orang dah naik ke atas bukit tapi gelapnya. Aku pun keluarkan lampu picit kecil tapi cahayanya tak jelas. Kami pun cuba berjalan ke atas bukit tapi Kak noor mula gelabah bila melihat di depan begitu gelap. Dia tak nak naik sebab tak nampak jalan. Dia takut nanti terpelesok mane-mane lubang kang sakit pulak kaki dia. Aduh macamana ni. Sekali datang seseorang kepada kami. Dia boleh tunjukan jalan tapi kena bayarlah perkhidmatan dia. Kita orang berlima pun kata ok. Aku lupa dah berapa kena bayar kat dia. Bila kata setuju je dia keluarkan lagi satu lampu. Wah barulah terang benderang kawasan sekeliling. Aku ambil lampu yang terang untuk suluh belakang kaknoor dan yang lain-lain. Supaya mereka nampak jalan di hadapan mereka. Tapi dek kerana semput huh memang mencabar sungguh nak daki bukit ni. Rasa tak dapat bernafas je.
Yang serkup hitam berselimpang kain belah kanan tu penunjuk jalan kami. Dia yang assist Kak noor dan yang lain-lain mana jalan yang nak di lalu. Yang terang ni sebab aku yang pegang lampu lagi satu. Baru yang depan boleh nampak jalan. Aku yang pegang sebab aku nak jalan slow-slow. Tak boleh laju sebab semput. Nasib baik lah tak jauh sangat kalau naik macam Penanjakan 1 dan 2 yang aku baca, kena daki jauh huhuhu aku tak tahu boleh lepas ke tidak sebab nak naik ni pun aku dah rasa macam nak putus nyawa. Tapi bila dah kat atas Ya Allah mengucap syukur aku dapat memandang depan mata. Rasa nak menitis airmata melihat keindahan yang Allah ciptakan. Subhanallah begitu indahnya ciptaan Mu Ya Allah. Jea, Akak dah nampak Bromo. Dah tak jeles lagi dengan Jea. Mana taknya 2 kali dia pergi tu. hehehehe
Matahari sedikit demi sedikit memancarkan cahayanya
Dalam gelap rupanya ramai juga orang.
Hah nampak tu ramai juga orang walaupun rasanya tidak le seramai di Penanjakan 1 dan 2 yang aku tenguk penuh rimbun sampaikan tak boleh nak selit.
Sarangheyo Bromo
Kabus begitu tebal yang menutupi kawasan savanah.
Yea Bromo saya sudah sampai
Macam-macam gaya orang posing
Matahari terbit yang begitu indah
Dah terang, bergambar bersama rakan-rakan. Yang hujung tudung coklat tu anak kak Nam, Yasmin.
Tu nampak tak Gunung Batok, kawah Bromo tu sebelah belakangnya.
Awan-awan puteh tu bagaikan kapas je
Penuh kabus melatari sekeliling Gunung ganang.
5 kaki telah menjejak Bukit Cinta, Bromo
Rasa macam kat atas awanan je.
Ni ada group lain bergambar beramai-ramai
Masih tak puas memandang.
Ni entah bila lah si nana ambil gambar aku. Ni aku turun ke depan sikit kunun nak ambil gambar lebeh dekat. Lama juga kita orang kat atas ni sampaikan orang lain dah ramai turun tapi kami masih lagi kelik-kelik ambil gambar. Kak uda pulak kecoh dah ajak turun, kesian kat Kak Nam yang tinggal sorang kat Jeep. Nanti Kak Nam tu mesti bosan. Tapi kak noor kata biarlah kita kat sini sampai puas. Bukan senang nak sampai ke atas nun hah. Jadi kak uda ikutlah cakap Kak noor sehingga dah nampak awan kabus di savana tu mulai memudar dan cuaca dah panas.
Kabus mula menghilang kan diri
Gambar dari phone kaknoor rasanya.
Selfie bersama-sama dengan latar yang begitu cantik.
Bila dah puas bergambar semua, dan cuaca dah mula panas, barulah kami turun dari Bukit Cinta
Jalannya landai je dan sampai ke hujung belok ke kanan tapi sebab sejuk dan aku semput tu yang termengah-mengah juga masa nak naik.
Hah tu Kak uda dah sampai jalan yang ke bawah manakala aku kat belah atas lagi
Jalan selekuh ke sebelah kanan.
Nun di atas Bukit Cinta
Tak lama je jalan dah sampai pun ke bawah tak sampai beberapa minit pun cuma 2 pusingan je
Tu Jeep yang biru belah kanan tu Mas Eko punya
Minah Saleh ambil jalan yang dekat je. Kat atas ni pun nampak juga
Hah tu yang Kak noor cuak je dengan lubang yang ada takut terpeleok je kaki
Ni lah juru pandu kami. Dia ada tunjukan frige magnet dan macam-macam lagi. Tapi entah kenapa masa ni aku tak sempat nak belek pun sebab Mas Eko dah suruh naik Jeep cepat. Kelam-kabut le. Baru nak membelek dan menimbang harga dah di suruh cepat jadi takde lah kami sempat nak membelinya. Katanya nanti ada lagi jual sovenir tu. Bila tenguk gambar ni rasa menyesal lah kenapa tak beli sebab satu hapah pun aku tak dapat beli kecuali tshirt Bromo je. Huh frust sungguh. Malahan kedai yang kat tepi jalan tu tak sempat pun kami nak jenguk apa ada di situ. Sebab nak kejarkan Savana dan pasir berbisik, takut nanti cuaca semakin panas.
Hah nampak tu nun di sana Bukit cinta le katanya... kut orang bercinta tak boleh mendaki tinggi-tinggi ke?
Ni ambil dari tepi pagar dekat Jeep.
Lepas tu kita orang ke Pasir Berbisik lah pula. Jom jom jom
First time dgr nama Bukit Cinta ni..suwiitt sgt.
ReplyDeleteDari gaya Batok & Bromo dlm gambar ni jauh sket dari Penanjakan 1&2.
Dah malas repeat dah Bromo ni, asyik semua nak naik harga je..
subhanallah cantiknya alam Allah..
ReplyDeletebestnya kak.. teringin nak pi
ReplyDeleteJea, tulah pasal kita orang pun mula2 tu tercengang juga sebab tak nampak mcm kat penanjakan je rupanya tempat lain. Apa pun memang best juga tmpt tu.
ReplyDeleteSis Paridah Memang indah sungguh ciptaan Allah. Alhamdulillah dapat melihatnya.
Lily nak pergi... meh jom jom jom. Insha allah tahun depan akak n eng nak pergi lagi sebab banyak tempt yang kita orang miss. maybe bulan 5 juga kut. Nak ikut jom lah memang kita orang tengah nak cari geng. Lagi ramai lagi murah pakagenya.