Friday, May 15, 2015

Masjid Sultan Mizan




Assalamualaikum,

   Hari tu aku cerita pertama kali menjejaki Masjid Sultan Mizan kan. Ok ni ada gambar-gambar didalamnya. Memang cantik dan luas serta binaan yang memang mengkagumkan lah. Masa sampai kat parking je rupanya dia ada beberapa tingkat. Lif kalau tak salah ada 4 tingkat. Kita orang tanya Mat Guard (sebab muda sangat) macamana nak ke masjid. Rupanya naik lif ke tingkat 2. Ketingkat 3 tempat perempuan. Dan tingkat 4 emm pejabat kut emm lupa aku. Tapi yang kelakornya dengan kaknoorbila masuk lif dah kena buka kasut serta jalan lah berkaki ayam. hahahaha  Memang bersih tempatnya. Cuma tempat wuduk agak jauh lah sikit dari tempat solat.

  Pintu depan. Nun di sanun tu terus menuju ke Mahkamah persekutuan rasanya. Rupanya bila kita sampai di tempat parking depan pintu kena naik setingkat. Tingkat 2 pula ada jambatan yang menyambung dengan kawasan sebelahnya. Jadi kalau kita terus je jalan boleh sampai ke jalan besar Putrajaya. Aku nak cerita pun tak tahu macamana nak huraikan keadaan masjid tersebut. 


Tempat wuduk


Sebelah tempat wuduk ada bilik air


Tingkat 2 terdapat juga kelas mengaji, kelas pelbagai aktiviti yang diadakan di Masjid. Sebelah kanan tempat solat perempuan 


Ni dari tingkat ats tempat solat perempuan ke tingkat 2

Ni dari tingkat solat perempuan di sebelah atas







Pintu gerbang masuk ke Masjid


Jambatan penghubung dengan bangunan sebelahnya


Kawasan sekeliling



Nun Masjid Putra tersergam indah dengan kubah yang cantik


Cantik kan? 

3 comments:

  1. saya masa sampai masjid ni bulan puasa . masa tu decide nak solat dulu baru berbuka . park keta , masuk , naik eskeletor, buka kasut ... erkk tpt solat lelaki . pastu buat selamba je pi sebelah kiri ambil wuduk , naik tangga baru jumpa tempat solat perempuan . usai solat dok fikir balik , dr mana masuk tadi ? ... heheheheee . pas tu sebelum turun tu , pi la tgk kaw sekitar , pergh ... ada air pancut , ada keta . masa tu dok fikir dr arah mana keta tu naik . tapi sbb dah lapar aka blm berbuka x dapat lah jelajah byk ... mesjidnya memang besar ... arkiteknya mmg hebat ... org biasa panggil mesjid besi .

    ReplyDelete
  2. Qaseh... akak ingatkan akak je yang makan sesat rupanya ramai juga ek. hehehe tapi memang kagum melihat rupabentuk binaannya.

    ReplyDelete
  3. subhanallah memang cantik masjid ni sis.. belum berkesempatan ke sana..:)

    ReplyDelete