Tuesday, October 20, 2015

Surabaya Day 3 - Agro Kesuma (Pink Guava)

Assalamualaikum,
Ok kita sambung lagi cerita. Malam semalam sepatutnya keluar pergi cari Bakso tapi sebab dah terkejut bilik tak boleh check in, terus dah malas nak keluar. Cadangan pi carik Bakso ni sebenarnya idea Kak nam. Dia yang cadangkan semasa kita orang sarapan di Vila Mas Eko.. Tapi aku dan kaknoor tak setuju sebenarnya sebab kita orang tak minat bakso. Bakso yang ada kat malaysia pun tak doyan (suka) walaupun orang kata sedap lah apa lah. Tapi kalau fishball doyan pulak. hehehehe. Entah tekak aku tak suka walaupun sebenarnya aku suka sup. Oleh kerana tak keluar dinner jadi kita orang makan dalam bilik je. Maggi cup banyak,  ada tomyam lah kari lah, jadi layan maggi lagi sodap. Lepas tu ada juga aku bawa serunding dan kerepek kentang pedas. Biskut pun banyak juga. Lepas tu kesian lah pulak pada Davit yang tiada bilik untuk menginap. Entah apa dah jadi kat dia. Makanan yang di bawa dari malaysia sebenarnya aku, kaknoor dan kak uda yang pakat bawa dan masing-masing ada bahagian tertentu. Kalau bawa maggi hah orang tu yang bawa dengan pelbagai perisa. Yang bawa minuman paket 3 in 1 dan juga biskut rasanya Kak uda. Aku bawa kerepek kentang pedas, serunding. Nana pula tak ingat dia bawa apa. Bila dikumpulkan makanan yang kami bawa ni, boleh jadi 2 bungkusan tau. Itu yang kami kumpulkan dan bahagi pada Pak Herman dan Davit buat balik rumah pada hari akhir.  



Setelah tidur dengan nyenyak, pagi ini suka sebab nak pergi ke ladang buah-buahan. Siap semua kita orang pun turun sarapan. 

Sarapan yang simple, nasi goreng dan mee hoon goreng . Masa sarapan ni dengar bunyi keretapi lalu. rupanya hotel tu dekat dengan laluan keretapi. tut tut tut.  

Jom Sarap.

Selepas sarapan, tak lama kemudian Davit pun sampai dengan Pak Herman. Yang Kak nam pula oleh kerana kerusi roda susah nak bawa ke dining hall, dia makan di kawasan luar dari dining hall tu.  
Hotel yang kami tinggal adalah di dalam  bandar Malang, dan tempat yang kami nak pergi tu terletak di Batu. Iaitu Agrowisata Kesuma.

Kami melalui Batu Night Spectacular (BNS) , salah satu theme park yang havoc bila malam. Sepatutnya malam semalam ikut jadual akan dibawa ke situ tapi memandangkan keadaan tidak sesuai jadi kami menolak. Macam pergi kat genting tapi pada waktu malam meriah dengan lampu dan pertunjukan. Bayangkan le bawa orang sakit lepas tu malam lepas tu ramai orang emm memang tidakle nak pergi. Tapi kalau tenguk kat internet macam best je. Dan sepatutnya juga semasa perjalanan pulang dari Bromo menuju ke Malang, kami sepatutnya singgah di Air terjun Cuban Rondo tetapi kerana nak sampai ke tempat air terjun tu jauh masuk ke dalam walaupun jalannya ok untuk kerusi roda digunakan tapi mengenangkan kak nam yang mungkin sukar nak bawa jadi kena skip. Rasanya ada 2 air terjun yang femes di Bromo, satu yang aku baca dalam blog John air terjun madakaripura,.meredah denai yang jauh ke dalam dan jalan tidak begitu elok. Dan 1 lagi air terjun Cuban Rondo, jalan elok sampai ke air terjun cuma ada tangga dan sebagainya yang mungkin rumit nak bawa orang berkerusi roda. Dan akhirnya tidak lah kami pergi ke mana-mana, air terjun tersebut.   


 Selesai sarapan , agenda pagi ini ialah ke Ladang Buah-buahan.

Bayar tiket dulu baru boleh lepas Pintu ini untuk masuk ke Agrowisata Kesuma.

Masa ni lah kami berjumpa dengan Aatian, apa lagi lah memang macam-macam pertanyaan yang timbul. Rupanya Aatian tidur hotel di Batu dengan familynya. Tapi kita orang bengang juga dengan kak nam sebab sebelum tu kat hotel bukan main marahnya pada Aatian tapi bila dah di tegur dengan Aatian je pagi tu terus senyum dan tak banyak tanya. Wah kita orang bertiga dah rasa keliru... apa Aatian dah sembur dengan kak nam ni sampaikan bila berdepan senyum je Kak nam dan cakap lembut je. Hish hish hish. Malas nak pandang muka Aatian tu cepat-cepat lah masuk ladang... jom jom



Harga tiket masuk dan buah apa  yang boleh di petik. Kalau tenguk jadual hari ini hanya boleh petik buah epal dan jambu batu yang berbiji pink atau pink guava. Kita orang ambil pakage yang ke 2 iaitu petik epal dan jambu sebanyak 2 biji je. Huh kedekut sungguh. Lepas tu ada Nasi goreng epal dan jus buah set lengkap setelah penat memetik buah boleh rehat makan tengahari. 


 Ni buah markisa, belum masak lagi masih hijau gitu. Jus markisa sedap apa. Buah markisa ni bila dah masak selalunya diletak dalam kek Phavlova emmm memang sedap. Jus Markisa jenama cosway pun sodap.


Mula-mula kita masuk ladang buah Pink Guava ya. Kena jalan kaki sikit. Kami telah di beri seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dan mengajar kami bagaimana nak memetik buah-buahan yang dah masak. Tapi cuma 2 butir je ya. hish tak puas hati sungguh aku kalau datang jauh-jauh hanya 2 butir je boleh petik.... huhuhuhu haru sungguh.  


                                                                 Buah-buahan yang telah di petik
                                                                 Buah Pink Guava
                            Pemandu pelancung tu menunjukkan buah mana yang boleh di petik.
                   Masa ni Kak Nam tunggu di tempat beli tiket tadi sebab kawasan ladang buah Jambu ni memang susah sikit nak jalan. Kawasan yang tidak sesuai bagi Kak Nam nak memetik buah. Dia tunggu bila sampai ke ladang epal nanti baru dia nak join. Rupanya kawasan yang luas ni di tentukan hari-hari tertentu kawasan mana yang boleh di petik supaya menjaga buah-buahan yang ada. Ialah kalau di buka semua nanti takde buah nak di tunjukkan pada pelancung. Kawasan dia luas jadi di buat pagar untuk dijadikan bahagian tertentu. Misal kata ada kawasan di tanda sebagai a, b dan c. Itu contoh lah. Misal kata Hari isnin buka kawasan a, Hari Selasa buka kawasan b dan Hari Rabu buka kawasan c.  


Acah je nak gigit padahal belum masak lagi tu.

     Hah yang  tu dah elok warna kuningnya boleh di petik dah. Tu Kak uda nak petik agaknya.

Pink Guava ni banyak lagi buahnya yang belum masak sangat. 

                      Jus buah-buahan yang ada di jual. Cuaca panas-panas ni memang sedap lah minum jus buah.


Akhirnya selesai sessi memetik 2 biji buah Pink Guava. hahahaha 2 biji je adeh.

9 comments:

  1. wah fresh buah-buahan petik terus makan..

    ReplyDelete
  2. JAMBU BATU YG BANYAK KHASIAT N SEDAPTU..TAPI KALAU KITA TANAM BILA MSK BERULAT PULA...

    ReplyDelete
  3. sedap jus pink guava..nikmat2..minum di hari panas..

    ReplyDelete
  4. zie.. memang fresh dari ladang

    SI PI.. bila dibuat jus sedap.. kena sembur racun perosak kut kak sebab ada ulat yang menyerang semasa belum masak.

    Nohas... memang nikmat sekali di musim jerebu ini menikmati jus sejuk pink guava.

    ReplyDelete
  5. menarik nya di ladang ni. jarang nak jumpa org tanam jambu batu secara besar-besaran kan? Sedap nya kalau dapt makan jambu batu fresh dari ladang...

    ReplyDelete
  6. saya pun x pernah mkn bakso lagi sampai la ni ... guavanya montel - montel

    ReplyDelete
  7. Atie... adalah ladang di malaysia yang tanam buah jambu batu tapi tak pasti pulak versi yang pink. Sebab ada orang jual air jambu batu. huh panas-pans ni sedapnya air jambu batu letak dengan asam kecut. huhuhu walah


    Qaseh... hehehe kan entah le apa yang sedapnya bakso kita pun tak tahu. Jambu montel-montel...le baru banyak isinya. hehehe

    ReplyDelete
  8. Ya atie... meh le masuk. Jangan segan dan malu

    ReplyDelete