Tuesday, November 17, 2015

Surabaya - Day 3 Pasar Baru dan Piza Hut



Assalamualaikum,

Selesai membeli cookies di kedai Amanda, Davit bawa kita orang ke Pasar Baru. Pasar Baru ni macam pasar biasa gitu. Jadi tempatnya memang lah sempit. Kitaorang bising dalam van sebab tak dapat lagi  kain batik dengan telekung. Besok dah nak balik malaysia.  Jadi Pak Herman cadangkan ke Pasar Baru. 



Dibawahnya ada menjual kain telekung dan diatas juga ada kedai batik. Oleh kerana dah petang dan pasar dah nak tutup jadi memang rushinglah time membeli. Oleh kerana tempatnya sempit, kita orang macam tak bagilah Kak nam tu nak ikut kitaorang masuk ke pasar. Tapi dia nak juga masuk. Aduhaiiii poning kepala layan. Dah lah sempit dengan orang ramai lalu lalang, lepas tu kita kesian kat kak nam tu dah lah sakit lepas tu  jalan slow lagi dengan di pimpin oleh orang lain...bayangkanlah kalau kat pasar Malaysia macamana rupa hah macam tu lah keadaannya, dah lah  tempat yang tak selesa janganlah harap ada red carpet bagai. Tapi dia nak juga turun dan ikut kitaorang ..... aduhaiiiiii sabor je lah kita orang. Kita orang bengang sebab kak nam tu rasa dia berupaya jalan, semangat dia nak berjalan tu memang kuat tapi dia tak fikir yang sebenarnya diri dia masih belum berupaya berjalan sendiri. Kena di pimpin orang lain untuk berjalan. Kalau lah jalan tu sebesar highway hah takpe kita orang tak kisah pun ko nak jalan boleh saje tapi bila jalan tu hanya boleh dilalui oleh 2 orang sahaja dan kawasannya sempit bila 2 orang dah lalu jalan yang sama jadi orang di hadapan kenalah menunggu sehingga 2 orang ni jalan sampai ke tempat yang di tuju. Sudah tentulah jadi traffic jem. Jadi tumpuan le kita orang ni semua sebab dek kak nam. 

 Jadi terpaksalah Davit dan kak uda pimpin slow-slow. Aku dan kaknoor mengikut dari belakang. Jadi orang yang menunggu di belakang ramai le sebab nak bagi Kak nam tu jalan. Jadi yang belakang dah jem le sebab orang didepan berjalan slow. hehehehe. Semasa menunggu kak nam di depan berjalan, sambil tu aku pun lihat Kak chik ( bukan nama sebenar) penjual buah-buahan di tepi kakilima Pasar. Dia tanya aku kenapa kawan didepan tu. Aku cakap sakit kena stroke. Kak cik tu macam terperanjat bila aku cakap macam tu. Ialah dia terperanjat dan kata mudanya dah sakit. Jadi bila dia berbalas cakap dengan kawannya sambil tenguk kaknam jalan slow-slow di pimpin kak Uda, dia kutuk kaknam sambil cakap Jawa aku sengeh je sebab paham maknanya. Dia cakap dalam bahasa jawa.... (aku tak reti nak cakap jawa tapi paham maknanya) dia cakap " tu lah orang malaysia... makannya senang dan senang kena penyakit. Muda-muda dah sakit darah tinggi."  Kawan-kawannya yang meniaga berhampiran semua dok menengok Kaknam yang berjalan dipimpin oleh kak Uda. 

Bayangkanlah kalau kat pasar Khatijah hah macamana sempitkan jalannya. Hanya boleh 2 orang lalu, dah tentulah ambil masa. Kita orang dahle kejar masa, jadi memang kita orang bengang le dengan Kaknam. Apa salahnya ko duduk je dalam van dan order je nak apa. Barang dan baju untuk kedua anak dah beli. Sekarang ni bahagian kita orang pulak lah nak membeli. Hish hish tapi dia nak juga masuk. Lepas tu sampai kat satu kedai dia dah berhenti untuk duduk. Aku, kaknor, kak uda dan nana terus berdezup cari kedai telekung. Sampai satu kedai bila tenguk banyak telekungnya, kita orang stop kat situ je sebab kejar masa. Dapatlah beli 3 telekung dan telekung travel untuk anak buah aku. Memang untunglah kedai tu sebab kami semua memborong di kedai dia.. Dek kerana leka membelek dan nak cepat, sampai aku terlupa nak ambil gambar sebab dah kelam-kabut... nak cepatkan. Haishh. Kalau tak boleh aku ambil gambar si penjual yang ramah tamah siap pakai telekung promosikan telekung dia. 

Selesai kat kedai telekung tu, tanya tokeh kedai mana ada jual kain batik, rupanya kat tingkat atas. Apa lagi berdezup kita orang ber4 naik ke atas. Kedainya dah nak tutup dah dan banyak kedai lain dah tutup. Tapi sebab kita orang nak beli dia tak jadi nak tutup. hah dapat rembat 3 helai kain batik biasa. Ni untuk sendiri sebab untuk beli banyak tak boleh. Rupa-rupanya kaknam  sudah main jerit-jerit dengan anaknya kat tingkat bawah bila tak nampak anaknya. Kesian kat Yasmin,  asyik kena marah dengan mak dia je. Tapi bagus Yasmin ni sebab dia diam je bila kena marah. Anak yang baik. Rupanya Yasmin dah boring kat kedai yang mak dia singgah, dia jenguk ke kedai sebelah, yang maknya pula bila tak nampak kelibat anaknya dah terpanggil-panggil. Dah anaknya tak sempat nak membelek kedai lain. Haru-biru  sungguh tenguk gelagat kak Nam. 

Oleh kerana dah penat dan hari last malam ni kat Malang, jadi nak makan sedap sikit lah. Lagi pun duit makan banyak lagi. Kita orang pun cari kedai Piza Hut. Pizza Hut di indon memang sedap sebab menu dia lain sikit dari di malaysia.  Jadi minta Pak Herman bawa kita orang di Piza hut yang paling besar lah di Malang.   



    Kita orang pun beleklah menu yang ada. Sebab dah pernah makan kat Piza Hut kat Jogja dulu jadi dah tahu nak order apa. Kali ini kita orang memang order sakan sebab nak puaskan tekak sebelum besoknya balik ke malaysia.


               Dah pernah rasa Mixberry yang ada warna merah bawahnya tu. Sedap. Ikut tekak aku le sebab airnya biru. Orange lycee sparkle tu pun macam warna bendera kedah je kuning hijau. Aku order yang itu sebab nak rasa bagaimana rasanya. Oklah no bad.

            Set-set yang ada di Piza Hut Malang, nampak sedap kan. Sebab menu dia lain sikit dari di malaysia. Sebab tu kalau sesiapa ke Indonesia, memang kita orang akan galakan supaya cuba masuk kedai Piza Hut atau KFC dia. Rasakan perbezaan menu yang disajikan.

                                           Piza yang mengiurkan tekak je. hahahaha

      Pepperoni cheese rolls tu cam sedap kan. Cheese rolls pun kecur je. Ni buat peminat cheese lah. Tapi kita orang tak order ni semua.


       Sedap dan lazat nampak rupa parasnya kan. Huh telan air liur juga aku ni semasa mengarang cerita. Rasa macam nak pergi lagi ke Malang.

            Bruscheta udang ni kita orang dah rasa kesedapannya semasa makan di Jogja. Jadi nak rasa lagi. Dek pasal brucheta udang ni lah sampaikan kak nam tengking kak uda. Sian Kak uda. Dah tolong kak nam berjalan tiba-tiba pasal makan Kak nam tengking dia. Nak tau kenapa. Semasa sedang memilih dan nak mengorder makanan kak uda nak order Bruscheta ni 4 piring supaya seorang boleh dapat 2 keping. Tapi Kak nam tak bagi dia suruh order 2 piring je. Kak Uda pun pujuk Kak nam... "sedap ni takpelah order lebih". Kak Nam tak bagi juga. Kak uda pujuk lagi sebab duit makan masih banyak lagi. Sekali sedang orang lain sedang rancak berbual tiba-tiba suara Kak nam tinggi menengking Kak uda. " saya tahulah sedap sebab saya yang kenalkan makanan ni kat semua orang" . Terus yang lain terdiam.

Terkejut juga kita orang. Jadi kak uda pun terus lah order bruscheta ni 2 piring dan 2 piza berlainan perisa. Mushroom sup pun ada juga yang order. Masing-masing macam tersentak sekejap sebab dek kerana tengkingan Kak Nam, kita orang makan pun dah tak best dah. Masing-masing terus diam dan berbual perlahan-lahan je takut nanti Kak Nam naik angin lagi. Sian kak Uda. Susah payah dia mengorder makanan kita orang, tiba-tiba kena tengking lah pulak. Lepas tu bila makanan sampai je, masing-masing senyap sambil menikmati hidangan yang terhidang. Kita orang malu lah dengan Davit dan Pak Herman dek kerana perangai Kak Nam. Pasal makan pun boleh naik angin. huhuhuhu  Rupanya Kak Nam tu takut duit tak cukup tu yang dia tak bagi order banyak-banyak, padahal kita orang cuma nak menikmati makanan dengan sepuasnya. Itu pun sebab Kak uda sebagai bendahari duit makanan kata duit banyak lagi. Makanan kat Malang ni murah dia kata bukan macam kat Bandung dulu yang tak cukup duit sampaikan kena catu nak beli air dan makanan yang murah je semasa hari last kat Bandung. Masa tu Kak Nam masih sihat dan dia yang jadi bendahari makanan. Jadi dia ingat Malang ni sama juga dengan di Bandung. Sebenarnya dia ingat dia masih sihat seperti dahulu tapi sebenarnya dia memang tak sihat. Fikiran dan semangat dia seoalh-olah dia sihat lagi tapi fizikal sebenarnya tidak sebegitu. Jadi sebagai kawan walaupun rasa kecil hati kita orang cuma anggap ala dia sakit jadi sabar jelah banyak-banyak dengan kerenah dia. Ada takde pun bergosip belakang dia.


                                       Ni lupa namanya. Dia ada letak macam serunding diatasnya.

                                         Masa ni kan tengah femes piza ala-ala Chessy melimpah dalamnya.

                                                          Suasana yang santai didalamnya.
      Setelah tersentap sekejap sebelum makan dan mood makan pun merudum tapi selepas makan baru masing-masing muka ceria sikit. Hish Kak Nam ni buat mood orang terobang je dengan kerenah dia. Piza yang tak habis kita orang tapau.

Bila balik hotel, semasa aku kat bilik air, kak Noor bagitau yang boss Pak Herman iaitu Pak Hendra nak jumpa. Jadi Kak Noor, Kak uda dan nana pun pergilah berjumpa dengan Pak Hendra. Rupanya Pak Herman ni bila dengar kita orang berkicau setiap kali naik van sebab tak puas hati dengan Aatian, telah call boss dia. Supaya boleh dapat info yang bagus mengenai Malang dan juga pakage pelancungan surabaya dari Pak Hendra. Lama juga depa berbincang dan macam-macam cerita rupanya yang timbul.

Bila depa balik je semua berkumpul didalam bilik aku dan Kaknoor. Buat air panas, keluarkan biskut dan kerepek yang ada, kita orang pun bergosip berempat pasal trip yang macam-macam timbul ni.

Rupanya Pak Hendra ni kata kaknoor merupakan nama yang top juga macam seorang Yb kawasan je. Kalau sebut nama Pak hendra orang macam respek apa lagi agent pelancungan dia bagus sekali kat area Malang. Rupa-rupanya Aatian tak bayar pun lagi bilik Hotel kami semasa kita orang nak check in. Dia cuma guna nama Pak Hendra je dan Pak Hendra yang bayarkan dahulu bilik hotel kita orang. Kalau tak huh memang tidur kaki lima lah. Lepas tu kita orang kesian kat Davit iaitu staff Aatian, dia tak bookingkan bilik pun untuk tidur. Davit pada malam pertama terpaksa tidur rumah Pak Herman dan malam ni dapat lah bilik hotel yang murah untuk tidur. Sedap-sedap je Aatian pi honeymoon dengan isteri baru dok hotel best kat area Batu dengan anak yang sulung jadi supir dia. Kita orang memang bengang sungguh bila tau keadaan yang sebenarnya.

Lepas tu kata Pak Hendra harga pakage kita orang ni yang kita ambil dari Aatian, kalau Pak hendra yang organise, kita orang boleh dapat tempat tidur di Bromo yang best sekali dimana buka tingkap bilik je Bromo depan mata. Dapat pemandangan Bromo yang cantik depan mata dibilik Hotel. Siap dengan makan lagi. Yang kita orang ni cuma hotel dengan kenderaan sahaja. Makan sendiri. Lepas tu kalau kebun epal pula kata Pak Hendra dia boleh bawa ke ladang epal kawannya dan boleh petik dan makan sepuasnya bukannya macam Agrowisata yang boleh petik 2 biji je. Aku yang dengar pun wah bestnya. Aku kan tak puas hati kat ladang epal sebab boleh petik 2 biji je lepas tu tempat nya terhad dan pokoknya tak banyak sangat epalnya.
Aatian terpaksa mengunakan khidmat agensi travel Pak Hendra sebab dia memerlukan kenderaan untuk membawa kita orang. Lepas tu jalan di Malang dia tak tahu sangat dibandingkan dengan Pak Hendra yang memang abang Along kawasan Malang. Lepas tu kata kaknoor Pak herman siap cerita pasal aku pada bossnya yang aku dah tibai 2 gelas air Anti stress lepas tu naik van je terus tidur sebab dah hilang stress. hahahaha sempat lagi tu Pak Herman bergosip dengan boss dia.

Apa lagi dengan acara yang dah caca-marba, dah lari dari Itenary yang Aatian bagi. Sepatutnya malam ni kita orang dah balik semula ke Surabaya untuk lihat Pusat Kerajinan Kulit Tanggulangin Sidoarjo, Tugu Pahlawan, Museum Semporna, Darmo Trade Center dan juga Jambatan Merah. Tapi semuanya nan ado ya. Besok hanya sempat singgah di Safari dan Masjid Cheng Ho je sebelum terus ke airport. Dahlah semalamnya dah skip air terjun Coban Rondo lepas tu Batu Night Spectakular terpaksa skip kerana keadaan tidak sesuai untuk Kak Nam. Hah berapa banyak kita orang terpaksa skip kerana Kak Nam tapi last-last Kak Nam pergi tengking Kak uda. huhuhuhu memang banyak sungguh memori sakit hati terjadi semasa visata Surabaya ini. Setelah bergosip bagai sehingga dah nak pukul 12 malam semua ke4 yang tidak puas hati ni nak repeat lagi ke Surabaya. Bila dan tahun bila tak tahu lagi. Tapi sembat lah simpan kad Pak Hendra. Mungkin nanti kita orang nak datang lagi ke Bromo. Semuga Allah mempermudahkan perjalanan kami pada kali ini. Khidmat Aatian kami boikot buat masa ini. Tapi dia memang baik dengan Kak Nam. Selalu minta tolong dengan Kak nam untuk business visata di Bandung. Sebab tu bila Kak nam jumpa Aatian je emmm dia boleh senyum je bila Aatian tegur. Kita orang pula dalam hati dah menyumpah dan membebel dah kat Aatian. hahahahaha

Malam tu berkemas sebab besoknya nak check out. Barang makanan kita orang jadikan satu dan bahagi 2 untuk di bagi kepada Pak Herman dan Davit. Aatian pula besoknya akan terus balik ke Bandung. Dan Davit akan balik ke Bandung menaiki keretapi selepas menghantar kita orang ke airport. Kita orang takan jumpa Aatian lagi dah pada esok hari. Apa pun hari ini memang hari yang sungguh mengemparkan. Tinggal besok hari sebelum balik semula ke Malaysia. Tak sabar dah nak balik.  




11 comments:

  1. pengalaman pahit manis tika travel biasalah tu...mahal harganya n jadikan pengajaran...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha sis biasakle jenjalan ni memang kadang banyak sinetronnya.

    Aitt... semalam macam nampak komen nieda... tapi apasal hari ni ilang pulak

    ReplyDelete
  3. Tempat sempit memang susah sikit lah nak berjalan..tambah2 klu tengah rushing kan Ciktie..
    syukur juga dapat beli telekung walau kelam kabut.. hihi

    ReplyDelete
  4. pizza hut kt Indon lain kan dari yg kt M'sia..lebih sedap..

    nmpak menarik servis Pak Herman..

    ReplyDelete
  5. Atie... hah tule pasal... kalau dah sempit bila jalan slow hah memang jem le jadinya. Telekung tu orang kata buah tangan dari malang katanya. Sebab kita orang tak jumpa FM atau keychain untuk buat seovenir.


    Nohas... haah betul tu malahan lagi sedap dan varietynya lagi macam-macam. Servis Along kawasan Malang tu mestilah tiptop. nama dia terkenal katanya.

    ReplyDelete
  6. kak Notie...komen dulu baru baca boleh ;p

    ReplyDelete
  7. Amboiiiii JM busy sokmo jo.... takpe takpe...*huluq ayaq besor*

    ReplyDelete
  8. okay kalo CT pegi Indonesia CT kan masuk makan kat Pizza Hut.. noted !!
    and that cheese rolls are deadly insane sinful and segala macam lagi =)

    ReplyDelete
  9. CT mesti tau sebab variety dia lain dari malaysia dan semuanya nampak sedap. Alaaa orang dah rindu nak masuk Piza Hut Indon lagi.... huwaaaaa ct ni lah buat orang teringin.

    ReplyDelete
  10. saya telan air liur berkali- kali sbb tgk banyak gambar piza tu ... nanges tau ...

    ReplyDelete