Assalamualaikum,
Selesai mengisi kantung perut, kita orang nak pi naik kereta kabel. Tapi semasa dalam perjalanan Iejay tanya tentang Buffalo Farm. Rupanya ladang kerbau tu dekat je, apa lagi Zan pun bawa kita orang pi. Ni tiba-tiba kita orang seriau, masuk jalan entah mana Zan bawa ,tiba-tiba kena seberang jambatan ni... eh air naik atas jambatan. Rupanya macam saliran air dan bukannya anak sungai dan air tu pun tak dalam , ada dalam 3 inci kut.
Bestnya naik apa nama tah kubota. Syok budak kecik tu.
Bendang hijau pemandangan.
Bila tenguk banner ni wah rupanya macam-macam acara boleh dibuat. Tunggang kerbau tu yang tak tahan. Siap lumba lari tunggang kerbau lagi.
Aktiviti-aktivi di kebun Kerbau. Masa kita orang sampai kat kedai ni tak ramai orang. Kita cuma singgah nak rasa product dia. Kata Iejay ada chesse dibuat dari susu kerbau.
Ada macam-macam product. Ada yogurt, susu pelbagai perisa, yang aku tak tahan ni hah aiskrim dia. Dah lah cuaca panas berdenting dapat makan aiskrim ni wah memang heaven lah. Aku ambil perasa strawberry.
Sedapnya makan aiskrim. Bila dah rasa aiskrim susu kerbau emm oklah macam aiskrim lain juga cuma dia punya kasar emm macamana nak cerita dia punya texture ya. Kalau aiskrim biasa bila kita jilat aiskrim tu kita rasa licin tapi aiskrim susu kerbau ni macam kasar sikit. Itu bezanya. Yang lain semua yummy.
Panas-panas pun sempat lagi posing.
Selesai menyejuk kan tekak dengan aiskrim, kita pun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba Zan tunjuk tu lah rumah puteh di tengah sawah tu rumah mak dan bapa Aruah Yasmin Ahmad. Kenal tak? Ala pengarah terkenal Aruah Yasmin Ahmad tu yang mengeluarkan cerita Sepet... Sekeliling dia bendang tapi masa ni bendang belum di tanam padi seperti di Gerai Pak Malau yang menghijau je. JAdi nampak macam berlopak-lopak.
Rupanya ada chalet untuk di sewa.
Tapi nak masuk dalam ni macam berlapis-lapis pagar sebelum sampai depan rumah.
Pintu depan bertutup dapat jenguk dari luar je.
masih ada yg membela kerbau di langkawi ya...dulu2 kerbau diguna utk bajak sawah. tiba masa menuai kerbau akan tarik guni-guni padi ke tempat pengumpulan n seronoknya dapat menaiki anok/kereta yg ditarik kerbau...kenangan lama tu notie.
ReplyDeletetudia..posing sambil makan aiskrim..hihi..belakang Buffalo Farm ni, ada kilang keju yg org Itali punya, dia kahwin dgn perempuan Melayu..
ReplyDeleteSis PI... mengimbau kenangan lalu
ReplyDeleteNohas... tu lah rasa ada tenguk kat tv macamana dia proses buat cheese tu.
wah..mcm menarik je eskrem kerbau tuh
ReplyDeleteAS.... memang sedap.... yummy
Deletemak ai , mkn aiskrim mcm gangster ... heheheee ... kat blog ni je yg ada citer pasal kerbau kat langkawi ...
ReplyDeleteHahahaha Qaseh memang keturunan samseng kampung dudun kut.. hehehehe. Lah ye ke. Ada lah orang lain cuma mereka tak minat dengan ladang kerbau.
ReplyDelete