Monday, June 6, 2016

Aktiviti keluarga - Bil 3 2016 Bhg 2



Assalamualaikum,

Ok sambung lagi cerita balik kampung. Cerita semalam boleh jenguk Di sini.  Cerita ni berlaku sebelum sambut puasa ya. Jadi kalau ada makanan tu semasa kita orang belum puasa lagi tau. hehehehe. 



Semalam dah selesai acara potluck, tahlil dan meeting keluarga. Malam pula acara bersantai sebab akak yang kat rawang ada,  jadi minta tolong urut. Kaki belah kiri asyik bisa je kalau berjalan. Rupanya urat tegang almaklumle kerjanya duduk je kurang exercise le katanya. Ada minyak angin panas hah ko sekali dia tenyeh memang meraung juga le. Apa pun dapat lembutkan urat pun dah ok lah takde le tegang je rasa. 

Sepatutnya pagi ahad tu gotong royong keliling rumah. Akak aku Nora pagi lagi dah merayap belakang rumah, cari anak pokok jambu gelas dan jambu Bol. Gotong royong yang dahulu masa bersihkan kawasan belakang memang banyak anak pokok tumbuh. Jadi masih ada saki baki anak-anak pokok yang ada. Apa lagi sempat dia buat semaian dalam polybeg. 

Oleh kerana lauk semalam banyak lagi jadi pagi ini sarapan berat lah. Asam pedas daging dan sayur keladi ada lagi cuma panaskan je.  

Sambil tu sempat lah juga mencabut rumput yang tumbuh meracak kat luar. Sekali kata Kak Nong... jom-jom  siap pergi Rengit pulak. Lah.... rupanya Kak Ijah yang ajak pergi Hari Ahad. Sepatutnya pergi Hari Isnin tapi isnin Kak Ijah ada urusan lain. Sebenarnya tujuan nak ke Rengit ialah nak berubat. Akak-akak aku dah 2 - 3 kali pergi. Kak Jal dan kak Ambanh  dah kurang sikit sakitnya.

Kali ini pulak yang nak ikut ialah aku, Kak Nong dan Kak Nora. Jadi 3 kereta kita orang pergi, singgah kat Parit Sulong ambil Kak Ijah. Yang tahu jalan ke tempat berubat tu ialah adik aku Faizol.  Dari Bakri terus ke Parit Sulong, rentas Parit Yaani masuk ke jalan Batu Pahat. Kat situ ada rentas jalan ke Pontian. Pusing sana pusing sini akhirnya kita orang sampai dalam pukul 12. Kalau ikut jadual waktu lawatan pukul 12 tu dah tutup tapi sebab tak ada orang, kita orang terjah je. Nasib baik wak nak terima. Lagi pun puak kita orang je yang datang. Takdele segan sangat. 

Orang yang pertama ialah aku. Kena julur kaki, di tekan limau kat hujung kaki. Lepas tu di bagi telur alin kat perut. Sekali bila di pecahkan dalam piring hah nampak bawah tu....



Dalam badan aku banyak toksik dan hampir nak jadi batu karang. Masa mula-mula soal jawap tu wak tu bengang kat aku sebab banyak soal. Hah sekali dia sergah tunjuk semua bukti hasil pengubatan dia, aku pun senyap. hahahahaha. Lagi pun katanya ada orang KKM yang akan datang memantau. Malahan katanya ada Doktor yang buat rawatan kat tempatnya. Siap di tayang lagi bukti-bukti orang yang merawat selama ini. Bukan suka hati cerita itu ini. Tapi kiranya dah ada bukti rawatannya mujarab. Dia cuma syorkan minum teh belalai gajah. Kalau sakit lutut pulak ada ubat lain. 

Lepas tu akak aku Nora pulak. Sama caranya. Kali ini toksik dia tak banyak macam aku punya dan telur tu pun elok je. Kalau takde masalah macam Kak Nong, dia tak gunakan telur pun untuk rawatan. 

Tapi yang pasti Wak ni punya ingatan kuat juga. Buku kuning tu adalah bukti siapa yang membeli teh Belalai gajah yang di jualnya. 

Tapi menurut kata Kak Ijah, memang ada berkurangan bila di amalkan minum air teh belalai gajah tu. Kata orang ianya juga bagus untuk penyakit kanser. 

Ni lah 10 paket Teh belalai Gajah Milenia. Buat kali pertama dia bagi 10 paket. Dalam 1 paket tu ada 15 pek. Minum 2 pek pagi tengahari malam. Ada juga ubat untuk rabun, sakit lutut juga.  


Nasib baik bila dah selesai baru ada orang lain datang. Jadi kita orang cepatlah selesaikan sessi pengubatan. 


Ni masa rawatan dan perkhidmatan. 

Halaman rumah yang luas dan bersih.

Depan rumah siap ada surau untuk solat. Kalau andai kata sampai dah masa solat iaitu pukul 12, kenalah tunggu pukul 2 petang. Sementara menunggu tu boleh lah solat depan surau rumahnya. Kata Kak Ijah besar juga surau tu.  

Jalan masuk ke rumah Wak


Dah selesai sessi mencari ubat sehingga berjalan sampai ke Rengit, sessi jalan jalan cari makan. 


Kita orang singgah makan tengahari kat gerai di Parit Raja. Gerai ni jual makanan yang di goreng panas-panas seperti nasi goreng, nasi ayam. Tak tahan tu hah nampak ABC. Ni ABC Kak Ijah punya. Kita orang makan Soto.  

Soto ni bagusnya sebab taugeh di buat sendiri. Kenapa aku kata taugeh buatan sendiri sebab nampak taugeh tu baru bercambah. Selalunya Taugeh kecambah ni Aruah Mak aku buat kalau nak buat sambal goreng semasa kenduri. Jadi terasa ranggupnya taugeh hasil tangan sendiri. 

Kak Jal dan Juli makan Nasi Ayam. 

Yes Cendul sudah datang. Cuaca panas-panas layan cendul bestnya..... opssss puasa. Ini cerita sebelum puasa ya.



Tapi tak boleh tahan bila meja belakang lagi best Cendulnya. Ni Cendul special siap ada aiskrim lagi. 

Hah macam-macam ada. Rojak pun ado, Tahu bakar pun ado. 


Entah apa lah yang Kak jal borak kan dengan Kak Nong dan Kak Ambah. Agaknya pasal cendul yang special tu kut tak habis ke bawa balik dengan bekas-bekasnya. Lain kali kalau pergi Parit Raja hah boleh lah singgah lagi. 

Selesai makan singgah rumah Kak Ijah, solat dan sembang. Lepas tu baru balik Bakri. 

Petang tu semua pun balik rumah masing-masing kecuali orang KL. Kita orang balik hari Isnin sebab semuanya cuti.  Tu yang sambung pulak kat KL terjah Floria.    





2 comments:

  1. saya pernah jg berubat guna telur ayam ni...sedapnya cendol special tu, ada aiskrim lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah nohas sakit apa. Semuga dah baik. Panas-panas memang sedap le cendul. hehehe

      Delete