Ikan Bakar dari Parit Sulong. (Kak Ijah)
Assalamualaikum,
Planning cuti bulan mei berkumpul bulan lalu tidak menjadi sebab ramai yang ada program. Walaupun aku balik tapi bila ramai tak ada tak seronok lah. Jadi bila dah balik Kl check kalendar eh rupanya ada cuti sekolah seminggu awal sebelum puasa. Jadi aku pun maklumkan pada Kak ijah le. Kak Ijah pun dah macam plan nak buat tahlil untuk kedua Aruah mak dan Aruah bapa. Jadi setlah date hari Sabtu lepas asar dengan agenda berkumpul sambil bertahlil dengan potluck.
Dalam wasap group family dah up kan menu nak bawa. Kak Ijah bawa jangan lompong...(huh sedapnya) ikan bakar. Kak Nong bawa asam pedas daging. Kak Jal bawa ayam masak kicap.
Jadi Pagi Sabtu baru kami balik Muar. Sampai je tenguk Faizol dan Faizan dah sampai. Ijan mengemas rumput rampai di luar rumah. Hari tu balik musim panas jadi rumput kering je. Lah ni asyik hujan rumput pun naik mencanak-canak. Yang dalam rumah pulak mengemas rumah dan membersihkan rumah.
Tenguk meja dapur dah macam-macam. Rupanya Jaja adik ipar aku bawa Mee rebus. Ijan bawa kuih Ku. Kak Ambah buat goreng ikan. Aku pulak buat air sirap bandung.
Selepas aku sampai rumah, seorang demi seorang sampai. Kak Ijah sekeluarga. Lepas tu Kak Nong. Kak Jal pulak lambat sebab menunggu julie sampai dengan singgah rumah Kak Limah pula ambil Kak Limah dan Abang Selamat. Anak-anak Kak Limah semuanya tidak dapat hadir kerana sibuk.
Iakan 3 rasa (Kak Ijah)
Urap daun pucuk ubi. (Kak Ijah)
Mee Rebus ( Faizol - Batu Pahat)
Ayam masak Kicap ( Kak Jal - Tangkak)
Kuih Ku ( Faizan - Melaka)
Jangan lompong atau sayur keladi ( Kak Ijah - Batu Pahat)
Roti Jala (Kak Limah - Tanjung Agas)
Sambal goreng jawa ( Kak Limah - Tanjung Agas)
Puding berkuah ( Kak Nong - melaka)
KFC - ( Kak Nora - Rawang)
Sampai dah tengahari jadi kita orang makan dulu sementara nak tunggu majlis start lepas asar. Perut semua dah puasa sebab nak makan besar kan. Jadi yang laku Mee rebus lah.
Bila masjid kat Taman Dato Abdullah Jaafar depan rumah berbunyi kita orang pun solat berjemaah beramai-ramai. Yang jadi Pak Imam abang Ipar aku yang sulong.
Selesai solat asar, tahlil pun di jalankan. Buat semua keluarga yang telah di jemput Allah terlebih dahulu.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Akak-akak aku serta adik ipar.
Selesai acara tahlil acara makan-makan. Masa ni anak buah aku Ajeed yang baru kahwin , baru sampai dengan isterinya.
Yang ni ipar-ipar lelaki.
Hari tu kan aku borong coklat banyak masa pi langkawi jadi bila ada majlis ramai ni apa lagi aku bawa lah untuk mereka. Hah ni tengah bagi-bagikan coklat. Best pulak dilambakkan semua coklat , bahagi-bahagikan dan masuk dalam plastik.
Kalakor je tenguk akak-akak aku bahagi-bahagikan coklat.
Acara makan-makan.
Tengah makan tiba-tiba Pit keluarkan kek.
Rupanya birthday Anak dia no 3. Shafikah.
Potong kek.... Happy birthday Ikah.
Sambil makan ada pulak acara membelek kuih raya. Nak order kerepek dari adik aku yang dok kat Parit Raja, Batu Pahat.
Sempat lagi tu meeting agenda pada hari raya nanti. Kak nong jadi setiausaha. Faizol jadi bendahari keluarga.
Habis meeting Kak Ambah keluarkan pula pengisar tangan. Hari tu ikut Julie dan Kak Jal pergi IOI MALL di Serdang. Hah ko di borongnya pengisar tangan tu sampai 3. Yang besar sekali ada pengisar daging. Kak Nong yang request. Sambil tu di belikannya akak-akaknya ni Koyok yang tampal dikaki untuk buang toksik.
Tu sedang tenguk Kak Jal demostrasi macamana nak pakai.
Begini caranya nak guna. Memudahkan nak bleed apa juga.
Hand blender.
Adik aku yang bungsu pula yang lambat, datang bawa rojak buah. Alhamdulillah dapat lagi kami berkumpul beramai-ramai adik beradik. Apa pun syukur masih diberi kesempatan bersama beramai-ramai lagi. Amiin.
X aci arr buat sirap bandung jek... He he he
ReplyDeleteAci arrrr dah banyak pemakan takan takdak ayak...kang tercekik plak
DeleteSonoknya kumpul reramai walau parent dah x de... Mcm SS ni... Kena bawak diri...
ReplyDeleteAlhamdulillah... muafakat adik beradik. Tujuannya supaya dapat menyimpulkan silaturahim dan memeriahkan rumah pusaka. Kalau tak buat macam ni memang makin semak le dan suram rumah kat kampung tu almaklumlah semuanya jauh dan dah ada kehidupan masing-masing. Macam SS masih ada mak bapa boleh je usahakan kumpul macam ni. Yang penting silaturahim sesama adik beradik dapat di kuatkan.
Deleteoo..jangan lompong tu sayur keladi..seronok berkumpul semua adik-beradik sambil bertahlil, org yg dah pergi tidak dilupa..
ReplyDeleteNohas... tu lauk dalam bahasa jawa. hehehe. Alhamdulillah agenda berkumpul yang selalu di tunggu. Maklumlah bukan senang nak berjumpa.
Delete