Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, November 21, 2016
Termetri ikatan antara negeri Johor dengan negara Brunei
Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya selesai majlis pernikahan dan persandingan antara anak buah aku Helmy dengan Nurul Azimah. Dan dengan rasminya termeterai satu ikatan perkahwinan juga silaturahim antara Tangkak dengan negara Brunei Darul Salam.
Alhamdulillah juga rombongan dari malaysia selamat pergi dan selamat balik. Kita orang pergi hari Khamis 17hb 11 yang lalu dan balik pada 20hb 11 iaitu semalam. Huh masih terasa penat perjalanan sebab sampai pukul 6 lebih petang semalam namun sekarang tunggu majlis di pihak lelaki pula.
Akak aku dah boleh rasa tenang sebab majlis pernikahan sudah selesai. Tinggal nak uruskan majlis menyambut menantu je bulan 12 nanti.
4 hari bertandang ke Brunei macam-macam hal berlaku namun ianya terpahat di dalam ingatan mereka yang mengikuti rombongan pengantin dari Johor ni. alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan dan segalanya berjalan dengan lancar.
Semuga Perkahwinan antara Helmy dan Nurul Azimah berkekalan sehingga ke jannah. Aamin
Pengantin di nikahkan di dalam Masjid Al Ameerah Al Hajah Mariam Kampung Jerudong, Brunei Darul Salam pada pukul 4 petang
Selamat pengantin baru!
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteSelamat pengantin baru...tak sabar nk tengok gambar2 kenduri di Brunei
ReplyDeleteTerima kasih bagi pihak mak pengantin. Insha Allah nanti akak corat coret cerita di sana.
DeleteAlhamdulillah...selamat pengantin baru.
ReplyDeleteTerima kasih bunda
Delete