Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Sunday, March 5, 2017
Isu kematian bukan satu jenaka
Assalamualaikum,
Wah lama sudah tak jenguk blog rasa kaku nak menaip. Tapi sebelum tu kita doakan Alfatihah buat Bonda SS yang baru sahaja meninggal dunia. Al Fatihah.... semuga roh Aruah Bunda SS bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin
Bila membaca coretan kronologi di saat-saat akhir aruah bunda SS buat aku teringat aruah mak aku. Diam tak diam nak masuk 4 tahun pada bulan april nanti. Baca blog SS lagi lah mata aku masuk habuk. Ya lah kan siapa yang tak sayang ibu sendiri kan. Kedua ibu dan bapa tiada galang gantinya di dunia ini. Itu lah satu-satunya orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita. Kalau tak tahu nak mengenang jasa mereka emmm tak tahulah apa lagi bila dikatakan syurga itu di bawah kaki ibu ya. Jadi pada sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu dan ayah... hargailah mereka semasa hayat mereka masih ada. Rindu yang paling terseksa sekali ialah rindu pada seseorang yang telah tiada di dunia ini.
Tapi yang aku tak boleh tahan bila ada pula orang lain yang buat benda tu macam main-main eh bukan macam lagi memang buat jenaka lah. Boleh baca di sini. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang apa lagi berpisah dunia boleh pulak dibuat jenaka... agak-agak apa yang kita rasa. Hishhh kalau nak jenaka pun patut-patutlah tapi kematian bukannya bahan jenaka ya. Cuba kita letakkan diri kita di tempat orang tersebut agaknya apa perasaan kita. Kalau tak rasa apa-apa sebab bukan diri sendiri yang kena tapi cubalah empati sedikit dengan perasaan orang lain. Kehilangan buat selama-lamanya ya...bukannya hilang nanti jumpa lagi.
ok aku nak cerita sedikit kisah yang telah aku lalui. Masa dulu-dulu... waktu mula-mula berkhidmat dalam kerajaan... aku bekerja di hospital.... hospital daerah nun di selatan tanahair. Dalam sebulan mesti ada kes kematian ke, kemalangan ke yang aku terima sebab pejabat aku menyimpan fail-fail pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital. Selain daripada itu surat beranak dan surat kematian juga, pejabat aku yang keluarkan bukan seperti sekarang semuanya Jabatan Pendaftaran yang uruskan.
Bila ada kemalangan yang melibatkan kematian... rasa kesiannya pada ahli keluarga tapi ianya hanya dari segi luaran sahaja tidak menangkap ke hati. Tetapi bila aruah bapak aku kemalangan semasa balik daripada kerja pada tahun 1995, barulah aku sedar bagaimana sedihnya bila kejadian itu kita sendiri yang alami dan tempuhi. Jadi bila sendiri dah rasa kehilangan tersebut, bila sesekali ada kemalangan yang berlaku... air mata aku akan masuk habuk tanpa aku sedari. Walaupun orang tu tidak kita kenali, entah siapa-siapa apa lagi kalau dalam kemalangan tersebut 1 famili meninggal dunia. Bagaimana lah perasaan keluarga terdekat. Pernah terjadi kemalangan berlaku di lebuhraya segamat muadzam , pertembungan kereta dengan van dimana dalam 1 kereta semuanya meninggal dunia. Ibu dan bapa serta anak. Macam habis satu keturunan. Cuma tinggal seorang je anaknya yang tidak ikut yang terselamat. Agaknya bagaimanalah penerimaan orang tersebut bila semua familinya meninggal dunia.
Lepas tu ex opismate aku, kedua ibu dan bapa serta kedua adik perempuannya meninggal, terbakar semasa 1 hari lagi nak berhariraya. Ingat tak kemalangan di kedah dimana kereta myvi tersepit dan terbakar. Kawan aku dengan sekelip mata hilang mak bapa serta adik-adik, dan yang tinggal dia serta akak dan 2 lagi adik perempuan. Bila dia naik kerja selepas kejadian tersebut.... aku yang tak sanggup nak melihat dia yang begitu tabah dan redho dengan ketentuan Allah. Walaupun aku tahu didalam hatinya menangis sedih. Aku pulak yang tak boleh tahan sedih bila berjumpa kawan aku. Selepas kejadian tersebut, dia terus memohon tukar balik kedah begitu juga akaknya yang bekerja di perak untuk menguruskan kedua adik perempuan yang tinggal. Bayangkan lah bila melihat mayat yang rentong..... agaknya sanggup ke kita nak buat benda tu bahan jenaka.
Kehilangan aruah mak aku walaupun dah hampir 4 tahun namun ianya masih terkenang-kenang saat-saat akhir dia sebelum meninggal dunia. Bila balik KL, terbayang-bayang aruah duduk kat anjung menghantar anak-anaknya balik. Kalau musim buah sibuk menalipon tanya bila nak balik....mana anak yang tak dapat balik atau lambat balik disimpankannya. Apa pun semuga Aruah bapak dan Aruah Mak aman damai di sana. Al fatihah.
KEHILANGAN YG TERSAYANG SGT BERKESAN DI HATI SENTIASA DIRASAKAN
ReplyDeleteHanya orang yang pernah merasa kehilangan sahaja yang faham perasaan tersebut.
DeleteIQ sendiri hilang Arwah ummi IQ setahun lepas, dan Arwah suami IQ bln 8 tahun lepas, ibu dah tak ada, suami juga tak ada, hilang tempat nak mengadu. hanya yang rasa sahaja yang tahu.
ReplyDeleteAl fatihah buat aruah ummi IQ dan aruah suami IQ. Apa pun ketentuan Allah kita kena redho... memang rasa sunyi dan hanya pada Allah tempat kita bergantung. Semuga Allah lindungi dan rahmati IQ dan anak selalu. Aamiin
DeleteHari ni barulah ada kesempatan nak jenguk Ah kak kat sini....
ReplyDeleteAlaaaaa takpe akak pun tak dan nak up entry
DeleteTerima kasih di atas segala doa... Semoga Allah angkat doa ini untuk dimakbulkan... aminnnnn aminnn aminnnn....
ReplyDeleteAamiiin.... hanya doa je yang dapat akak beri. Apa pun semua SS tabah menghadapi dugaan ini. Cayang SS
DeleteAlhamdulilah... Hari ni SS diberi segala kekuatan... Pujuk hati... Ingatkan pada diri... Allah sayang pada Bonda... Sebab itu Allah ambil Bonda... Rindu... Terlalu tebal... Apakan daya... Sudah dibatasi bumi... Hanya mampu hadiahkan al-fatihah utknya setiap kali rindu bertamu...
ReplyDeleteAaminn... walau rindu menggebu.walau sakitnya menahan rasa kehilangan namun kehidupan kena di teruskan. Semuga Allah lindungi SS, HH dan JM tidak kira dimana kalian berada.
DeleteSalam ziarah..AlFatihah..
ReplyDeletehanya yg pernah melalui saja yg tau perasaan tu macam mana.. :'(
Terima kasih singgah.... kalau tak pernah rasa pun cubalah memahami perasaan orang lain.
DeleteAl-Fatihah buat yang telah tiada...moga bertemu semula di syurga....
ReplyDeletePS: Salam perkenalan....
Aamiin.... jemputlah masuk.... salam perkenalan juga. Maaflah rumah takde orang lah pulak.
Delete