Assalamualaikum,
Wah piknik depan rumah ni emmmm memang seronok sungguh. Bentang tikar lepas tu hah lambakkan makanan..... makan ramai-ramai...syiok beb.
Seperti biasa bila raya Cina memang agenda Keluarga Wak Dollah ni adalah berkumpul beramai-ramai sebab ramai yang dapat cuti panjang. Tapi tahun 2017 tak dapat buat sukaneka sebab plan lain pulak. Kali ini buat gotong royong nak tebang pokok Jambu Bhol lah pulak. Pokok tu dah tua sangat....Buah dia dah le lama tak rasa... lepas tu dahan pun dah tua. Pokok tu depan rumah je. Hah nampak atas tu dah runtuh menyembah bumi.
Jadi seperti biasa dalam wasap keluarga kita orang buat perbincangan aktiviti dan agenda. Kat situ lah update status.... siapa bawa makanan siapa bawa perut.... hehehehe. Yang bagusnya anak-anak saudara aku belah Kak Limah semuanya balik. Har dan Onney yang jarang dapat jumpa pun balik juga. Almaklumlah selalunya raya cina ni bersekali dengan cuti sekolah. Dapatlah peluang menjenguk mak bapa kat kampung.
Jadi pagi Sabtu tu dari KL sampai Muo dalam pukul 11pagi, kita orang sampai. Sampai je kat Bakri yang ada Zaki.... siap dengan mesin gergaji dan tali. Wah awal sungguh....sedangkan adik-adik lelaki aku yang lain dari Melaka dan Batu Pahat tak sampai lagi. Semangat sungguh tu nak tebang pokok. Tak lama kemudian Kak ijah dan Abang Win pun sampai.
Bila akak yang sulong dah sampai barulah adik beradik yang lain tiba seorang demi seorang. Mak Itam yang selang sebuah dari rumah kami pun datang menjenguk. Ya lah selalunya kosong je depan rumah mak aku ni...tiba-tiba banyak pulak kereta yang balik. Dah kenapa pulak adik beradik aku balik ramai-ramai ni.
Oleh kerana nak mudahkan sessi makan-makan kami, kita orang pun terus je bentang tikar depan anjung. Lepas tu masing-masing pun keluarkan makanan yang di bawa.
Kak ijah bawa rendang ayam, Roti canai dengan kuah kari. Kak Nong bawa asam pedas daging dengan ketupat. Ada lebihan daun kelapa kat belakang rumah apa lagi.... Kak nong menganyam ketupat lah. Dah macam raya pulak. Kak Jal bawa ubi rebus dengan sambal tumis. hah ..... amacam sedap tak.... sessi makan-makan kami.
Hah dengan periuk sekali ko angkat terus.... tak payah pakai mangkuk bagai.... Masa ni kak nong baru sampai. Tu bawa asam pedas.
Yang lelaki pulak kerjakan dahan Pokok yang dah tumbang ni. Ni dah kurang....dah di potong. Gambar atas tu baru rebah merentang jalan. Sambil kerjakan pokok sambil makan. Best tak?
Dah penat tebang pokok..... dah tengahari..... apa lagi lunch time. Adik aku Ijan dah bersila.... makan ketupat dengan rendang ayam. Mak Itam dah menunduk je makan. Seronok dia dapat makan sambil menyembang dengan adik beradik aku. Tu je Mak saudara yang tinggal. Anak-anak dia dan cucu-cucnya tak balik. Tu yang bila nampak adik beradik aku ramai balik dia pun datang menjenguk. Kak ijah kata tak pe..... lain kali kalau Mak itam nampak kereta banyak je depan rumah Aruah mak.... datang ajelah. Kesian pulak tenguk Mak Itam.
Ni sessi tayang makanan. Ketupat ado, kari lawan dengan roti jala ado.... kueh akok pun ado..
Lepas mak-mak dah makan..... anak dan cucu pulak ambil alih tempat. Ada yang sambung semula kerjakan pokok tumbang tadi.
Wah har pulak cuba gergaji pokok. Ni tinggal bersihkan dahan dahan yang dah di potong.
Ni sessi petang pulak. Makanan yang sessi tengahari dah habis.... goreng karipap layan dengan teh o panas.
Gotong royong beramai-ramai.
Yang si Kecik cinonit semua ni apa lagi lah.... main pasir lah pulak.
Tepi rumah aruah mak ada sepohon pokok sukun. Kebetulan pulak buah sukun dah tua banyak atas pokok. Ni Kak limah lah pulak menjolok buah sukun. Tapi buah nya tak elok sangat. Ada yang busuk separuh. Tapi kalau dapat yang betul-betul elok.... emmm puas makan kalau di goreng.
Suka tenguk gelagat cucu-cucu saudara aku.
Bila dah ramai macam -macam gelagat.
Mandur pun banyak...... takpe kuli pun banyak juga..... hehehehe
Dahan-dahan terus di kumpulkan dan di bakar. Yang tak tahan tu banyak sangat kerengga. Tu yang sekejap tolong sekejap surender , kena attack kerengga. Habis le kerengga.... rumah dia yang bertahun tu kami robohkan.
Alhamdulillah dah bersih kawasan sekeliling. Lepas tu sapu sampah pokok lain pula.
Agenda dan aktiviti raya cina dah selesai. Aku ambil cuti 3 hari jadinya dapat seminggu. Sebab lepas tu pergi Kempas... berurut 3 kali berturut-turut..... angin dalam badan banyak sangat, badan dah sakit-sakit semuanya.
WAH SERONOKNYA BERPIKNIK RAMAI2 SAMBIL BEKERJA MSG2 LAKUKAN TAGGUNGJWBYA MNJAGA TANAH PUSAKA.
ReplyDeleteAlhamdulillah... semuga ianya sentiasa berpanjangan
Deleteseronoknya..bab makan2 yg best..sukun goreng panas2..cicah sambal kicap..terbaikk..
ReplyDeleteBab makan ramai-ramai memang seronok. 1 hari agenda memang tak puas
Deleteseronoknya... berkumpul ramai2... dapat eratkan persaudaraan....
ReplyDeleteberkumpul ramai-ramai memang seronok... sebab tu kalau boleh memang kena arrange agenda berkumpul beramai-ramai ni selalu.
Deletewah seronok betul ni ek... makanan pun awesome
ReplyDeletelily memang seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai sambil makan-makan.
Deletemeriahkan bila dapat berkumpul reramai camtu....
ReplyDeleteMemang seronok...bukannya selalu dapat berkumpul
DeleteBest kan ramai ramai pakat macam ni...
ReplyDeleteChief aka akak yang sulong order je....semua askar menurut perintah... hehehe
DeleteUbi rebus dgn sambal tumis tu mmg fav SS lah... x dpt sambal tumis... ikan kering pon jadi!
ReplyDeleteKan... makanan legend sejak dolu-dolu. Layan dengan kopi 434 yang kaw-kaw. fuh menyandor lagi syiok kalau hujan-hujan...fuh sodap menjilat jari lagi apa lagi kalau dapat ubi godok yang empuk....emmm walah
Delete