Dewan persandingan di tingkat 8, Banquet Hall Hotel Parkview
Upacara pernikahan boleh baca di Acara nikah di masjid
Assalamualaikum,
Alhamdulillah semalam dah selesai upacara pernikahan. Kak jal dah boleh tidur dengan lena. Semuanya berjalan lancar. Jadi Hari Sabtu seperti semalam, buat sarapan dulu sebelum jalan. Kali ini Cikgu Sani yang buat nasi goreng. Wah semangkuk besar tu.
Nampak sedap je kan nasi goreng cikgu Sani.
Pagi sabtu tu pergi jalan lagi, tapi dalam pukul 10 lebih, emi dan julie kena balik hotel sebab ada rehearsal untuk malam nanti. Masa tu juga di maklumkan supaya pihak lelaki sediakan calun 2 lelaki dan 2 perempuan. Untuk sessi apa masa tu kita orang tak tahu.
Selesai berjalan dalam pukul 3 petang rombongan cik kiah pun balik ke hotel. Masa tu Kak mon ajak singgah rumah dia. Tapi sebab dah penat, lepas tu pengantin nak siap untuk majlis malam nanti jadi kita orang minta maaf lah tak dapat nak singgah. Tapi aku memang dah ajak Kak Mon dan Ryn untuk majlis persandingan malam tu. Ikut wakil pihak lelaki.
Sekali petang tu ryn wasap dia dah ada depan hotel. Lah....lupa aku barang-barang Jid di kirim untuk Ryn. Sebenarnya semalam aku dah keluarkan dan nak kirim kat Kak mon. Sekali lepas nikah Kak mon terus balik rumahnya jadi barang tu dia akan ambil hari ni. Sekali ryn yang datang terus aku bagi pada ryn. Kak mon lambat sebab ada kerja. Sekali rupanya Kak mon kirim mee goreng Thai Thong satu bekas dengan cookies dia yang sedap dan cantik tu. Ada juga karipap yang sedap sangat.
Hah mee Goreng dengan karipap. Memang sedap sekali air tangan Kak mon. Cookies Kak mon ada 3 bekas, kita orang sorok kan dalam bilik sebab sayang nak bagi orang lain makan. Jadi aku bagi Kak jal satu, Kak Nong 1 dan 1 di buka untuk di rasa.
Karipap dan cookies yang Kak mon beri.
Ryn balik dulu nak siap sedia majlis malam nanti. Jadi semua oleh-oleh dan barang kiriman aku bagi pada Ryn untuk di bawa balik.
Selepas solat magrib ahli rombongan semuanya bersiap sedia. Pengantin bersiap huh jenuh kita orang menunggu. Lama sungguh ko. Ada Pak andam datang untuk menolong menyiapkan pengantin.
Tunggu pengantin siap berdandan. Yang tak tahan tu bila tenguk Pak andam menyikat janggut Emi. hehehehehe. Nak tergelak juga tenguk. lama ko dia berdandan. Ahli rombongan semuanya dah siap sedia. Bila pengantin dah siap kita orang pun terus ke tingkat 8 Dewan Persandingan.
Dapat meja depan ko. Hah merasalah macam VIP gitu. Sebenarnya meja semuanya sama je. Hanya sebab kita orang tetamu jauh dapat lah duduk di depan.
Jalan carpet merah membahagikan kepada 2, sebelah kiri perempuan dan sebelah kanan ni lelaki. Yang lelaki dapat 2 meja khas manakala yang perempuan dapat 3 meja tetamu khas.
Para jemputan sedang menunggu ketibaan pengantin.
Mula-mula aku duduk dengan Kak Jal tapi bila Kak mon dan Ryn datang dengan anak masing-masing aku pi meja lain. Meja yang aku duduk dah penuh jadi ada meja spare duduklah dengan Ryn dan Kak mon serta Lynah dan Umairah.
Pelamin yang cantik dan simple.
Masa rehearsal pagi tadi, di maklumkan setiap wakil kena hantar 2 lelaki dan 2 perempuan. Sekarang ni semua wakil berkumpul. Selepas tu wakil lelaki salam tetamu lelaki yang ada didalam dewan. Begitu juga dengan wakil perempuan. Ada orang yang bawa ke setiap meja para tetamu untuk bersalam. Unik kan.
Hah nampak tu kak jal dengan julie serta mak saudara Azemah sedang bersalam. Ni dah sampai meja depan. Kata Kak jal huh jenuh tangan bersalam dengan para jemputan. Sampai kebas tangan. Entah berapa ramai orang dia salam. Ada 200 lebih kut... Rupanya masa bersalam tu para tetamu ada yang salam kaut. Ala salam berduit pada tuan rumah. Jadi bila nampak tangan kakmon ada benda semasa bersalam dengan Mak saudara Azemah aku pun tanya....alahaiiii aku tak bawa apa-apa pun. Jadi salam kosong je. hehehe nasib baik tangan aku kosong takde tissue di tangan aku nanti dia ingat tissue tu duit di kautnya sama, sekali tenguk lorrr kertas tissue.....hampeh je kan.
Cepat sungguh photographer buat slide. Adik beradik azemah tolong letak dalam komputer gambar-gambar yang telah diambil semasa pernikahan semalam. Cantik-cantik gambar.
Pelamin yang indah dan berwarna-warni
Tak lama kemudian pengantin pun masuk ke Dewan.
Yang baju coklat tu semua adik beradik Azemah. Disiarkan juga gambar semasa majlis pernikahan kat skrin atas tu.
Pengantin dah bersemayam di singgah sana.... barulah para jemputan menjamu selera. Bagusnya kan pengantin yang tenguk kita orang makan dan tiada meja makan berdamai pun macam kita kat malaysia. Rupanya semasa sebelum majlis bermula pengantin kenalah makan dahulu. Sebab masa majlis tiada pun acara makan bersama pengantin. Pengantin tenguk para jemputan makan. Kesian pengantin. Kecur je tenguk kita orang makan. hehehe
Sedang makan hidangan yang sungguh menyelerakan.
Rupanya tarikh persandingan juga merupakan tarikh lahir Azemah jadi kek tu 2 in1 iaitu kek pengantin dengan kek birthday sekali.
Pengantin sibuk potong kek kita orang sibuk menjamu selera.
Tak lama kemudian adalah acara basah kaki. Ini upacara yang unik dalam adat perkahwinan Orang Brunei. Keluarga pihak perempuan yang memulakannya.
Adat Basuh Kaki
- Basuh kaki or Buri Pu’o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah.
- Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin
lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan. - Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah.
- Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut.
Ni keluarga pihak perempuan. Dah di siram kaki pengantin tu sebelum turun letak duit dalam bakul seberapa ikhlas nak bagi. Umpama pemberian untuk pengantin membina kehidupan baru.
Tetamu lain yang nak meraikan pengantin beratur nak naik ke pentas. Kita orang tertenguk-tenguk sebab tak pernah ada di malaysia adat tersebut.
Yang nak ambil gambar juga bersusun tu. Jurufoto memang berderet-deret gitu
Sekarang tiba giliran pihak lelaki. Kak Jal nak basuh kaki anak dan menantu.
Selesai acara basah kaki pengantin..... kita orang bergambar . Ni aku bersama Kak mon dan Ryn dan anak-anak mereka. Si Ryma tak dapat nak join sebab ada hal.
Selesai bergambar beramai-ramai ni bila nak turun dari pelamin tiba-tiba si Sani tersandung tangga dan terjatuh. Kebetulan pula Busu di belakangnya...bila Sani terjatuh, Busu pun ikut terjatuh sama sampaikan terpeluk Sani. Si Sani bukan main kecuh manakala kita orang dah gelakkan mereka. Sebab sama-sama jatuh terjelepuk depan tangga pelamin. Sampai terpeluk anak jantan orang lain. hehehehe Nasib baik suami Busu tak cakap apa-apa sebab isterinya terpeluk anak jantan orang. hehehehe Cerita ni tak habis sampai ke bilik kita orang gelakkan Sani. Maklumlah Sani tu bujang lagi sekali kena peluk isteri orang....hah nanti bala datang...tak ke haru nanti.
Deko pelamin yang indah
Hiasannya pun nampak simple tapi cantik.
Masa dah nak balik, sempat lah nampak anak Kak Yah bawa bekas tupperware. Kita orang pun tertanya-tanya mana depa dapat. Rupanya oleh-oleh yang pihak perempuan bagi adalah bekas makanan. Jadi kalau ada makanan yang lebih atas meja boleh di tapau bawa balik. Wah baguslah tiada pembaziran sungguh.
Meja aku kan ada lebih lagi untuk 5 orang tapi aku dah cakap dengan adik Azemah kat tepi komputer tu meja kita orang banyak lagi lauk dan boleh lah pihak photographer makan kat situ. Meja lain semua dah licin.
Sebelum balik nampaklah pihak perempuan pula bergambar bersama pengantin.
Kita orang pun balik ke bilik semula dengan gembira. Majlis persandingan dah selesai. Dah boleh lepak-lepak dan esok dah nak balik Malaysia.
Masa tu dah pukul 11 lebih rasanya. Aku masuk bilik tenguk Kak Jal dah terbaring tapi aku tenguk Kak Ani masih bercakap. Bila tenguk katil sebelah rupanya Kak Bedah yang dah berbaring atas katil mengiring mengadap Kak Ani dengar Kak Ani bercakap. Tapi yang kelakar tu tak dengar pun suara Kak Bedah menyampuk ke apa ke...cuma dengar suara Kak ani ja yang pung pang pung pang bercakap tak henti-henti. Dia tak kisah pun samada orang lain menyahut ke apa ke dia asyik bercakap ja. Aku tenguk Kak Bedah, Kak Bedah tenguk aku. hehehe Jadi setelah selesai urusan salin baju, solat dan sebagainya aku pun keluar balik tenguk tv kat bilik apartment. Dalam bilik tu ada juga tv tapi sebab kesian Kak Jal dah tidur jadi ke bilik sebelahlah. Rehat-rehat dengan julie dan Kak Nong. Abang Berahim dah tidur kepenatan.
Dekat pukul 1 juga lah Emi baru balik ke bilik sambil masuk bilik je ... ada makanan tak...kelaparan rupanya pengantin. Kesian. Dengan stokin basah lagi. Nasib baik ada lagi makanan petang tadi. Lega dia dah selesai.
Hai dah pukul 1 lebih aku pun masuk bilik nak tidur sekali aku tenguk aitttt Kak Ani tak tidur lagi...kali ni bercakap dalam telefon pulak.....aiyooooo.... sudah ngantuk lah ....entah pukul berapa lah Kak ani tidur kita orang dah tak larat nak layan. Hish hish hish macam-macam ado. Adegan ni lah yang jadi gurauan aku dengan Kak Bedah.
Alhamdulillah majlis persandingan telah berjalan lancar. Esok dah nak balik Malaysia.
WAH GRAND SEKALI MJLISNYA PASANGAN PENGANTIN CANTIK SEPADAN...BRUNEI MSH MNGEKALKN ADAT TRADISI LAMA YG UNIK
ReplyDeleteNampak simple tapi gah sangat kan. Tulah suka tenguk adat istiadat dia yang kita tak pernah jumpa
Deletewahhh meriahnyaaaa
ReplyDeleteMajlis perkahwinan orang brunei memang meriah. Alhamdulillah
Deletemeriah sekali majlisnya...cantik pelaminnya..
ReplyDeletePelamin dia simple ja tapi nampak cantikkan.
DeleteLebih kurang acara kita ek.
ReplyDeleteTapi brunei hebat sangat
Ada adat-adat tertentu perkahwinan Brunei yang unik yang tak pernah jumpa di Malaysia. Yang lain biasanya memang meriah acaranya.
Deletepenuh adat depa ni kan.. unik lah.
ReplyDeleteAdat yang penuh simbolik tanpa membelakangkan agama.
Deletemeriah kendurinya...tahniah kpd pengantin
ReplyDeleteKenduri kahwin selalunya meriah. terima kasih bagi pihak pengantin
DeleteAdat basuh kaki tu unik..
ReplyDeleteUnik dan klasik maksud disebaliknya
DeleteFuyo... mewaaa wooo
ReplyDeletehehehe kan... nampak macam simple je tapi emm grand juga lah rasanya
DeleteUnik kan adat basuh kaki tu...
ReplyDeleteTu lah tak pernah jumpa lagi... selain daripada adat basuh kaki ada lagi adat ngendong pengantin... tu yang Kak mon cerita semasa dia kahwin dulu. Nasib baik kata dia masa tu kurus lagi jadi senang bah Bang mat ngankat dia kalau sekarang Kak mon kata mahu jatuh tersungkur sebab berat...hehehe kata kak mon ikut suku kaum di Brunei
DeleteKalu gelang emas terjatuh dalam dulang tu... kira rezeki pengantin laa kan... he he he
ReplyDeletehahaha haah kan nasib ler tu...kiranya rejeki tu hehehe
Deletedah lama teringin nak ke brunei
ReplyDeleteadatnya sangat unik..
Jom lah pi Brunei...nyaman bah...negara yang aman dan damai
Deletesalam ramadan., thanks komen2 blog wak yg ituuu., ;p
ReplyDeleteSalam ramadan wak..terima kasih datang menjengah
Delete