Pasal jalan-jalan sekitar Brunei nanti aku cerita lah. Kali ini nak cerita masa adat istiadat pernikahan.
Kalau ikut agenda hari ini, hari Jumaat merupakan majlis pernikahan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al- Ameerah Al- Hajjah Maryam yang tak jauh daripada Hotel lepas solat Asar. Jadi sementara menunggu petang tu pagi ini adalah bawa ahli rombongan berjalan. Tapi acara berjalan tu nanti aku cerita dalam entry lain ya.
Pagi tu lepas solat subuh je terus tolong Kak Jal dan Kak nong masak untuk sarapan pagi tu. Sebenarnya ada dapat kopon sarapan tapi ahli jemaah kan ramai jadi tak cukup. Julie bagi pada ahli jemaah yang berkeluarga atau yang datang suami isteri je. Manakala adik beradik Aruah Bang Mat dapat apartment juga tapi belah hujung sanun walaupun 1 floor. Jadi sibuk lah buat nasi goreng, dengan rendang semalam yang tak habis dengan sikit ketupat semalam yang tak habis. Kiranya habiskan lauk yang di bawa semalam sambil masak lauk baru.
Kita buat nasi goreng ya. Buat air kopi dengan teh. Bagus dapur apartment tu siap dengan barangan dapur seperti pinggan mangkuk. Tak cukup cawan pi kidnap tempat Hafiz. Ala berdepan je. Si haraz lah suka keluar masuk bilik .... kalau senyap je tak nampak bayang pi jenguk bilik dia rupanya tengah tekun layan kartun.
Maggi juga yang sedap. Seperiuk besor ko buat.... licin.
Pagi tu selepas dah penat bawa rombongan ke Kampung ayer, tengahari ja kita orang dah balik ke hotel. Mula-mula cadangannya nak solat di Masjid Omar Ali Saifudden tapi fikir barang-barang hantaran tak siap lagi, lepas tu pengantin pun nak siapkan diri juga kan. Jadi tak jadi lah... orang lelaki solat Jumaat di masjid berhampiran Hotel yang juga merupakan tempat pernikahan Emi petang tu.
Orang perempuan yang tinggal apa lagi sediakan makanan tengahari. Jom main masak-masak. ...Nampak tu sepiring cili api merah hijau. Bang Berahim kalau tak ada sambal memang tak sahle makan. Tapi cili api tu rasanya buat rencah nasi goreng.
Seronok pulak makan beramai-ramai. Bilik lain yang tak sempat makan kat luar memang kita orang pelawa je ke bilik kita orang sebab kita orang dah sediakan makanan. Julie siap anounce lagi pada ahli jemaah sekiranya takde tempat nak makan dan lapar datang je ke apartment pengantin. Gerenti ada je makanan. Tu nampak tu periuk nasi depan tv. Seperiuk besor ko. Masa ni orang perempuan je dulu makan tengahari manakala orang lelaki pergi solat jumaat. Tak cukup kita orang masak lagi , telur dadar ulam timun pun jadi.
Berebut-rebut ambil makanan . Hah nampak tu rice cooker nasi Bakal pak mertua Emi punya.
Tak cukup meja, makan kat bawah. Ini adik Aruah Abang Mat Kak Rahimah tapi tak pasti no berapa. Rasanya ada 2 orang adik Aruah Abang mat yang ikut dengan anak beranaknya.
Ini dapur apartment yang comel tapi semuanya lengkap. Pintu tu memang kita orang sendal tak bagi tutup. Sesekali tetamu hotel lalu -lalang jenguk-jenguk juga tapi nasib baik depa tak mengadu. Manalah tahu riuh rendah ahli rombongan cik kiah berpiknik. hehehehe
Barang-barang hantaran juga telah disiapkan. Sebelum tu dah berwasap dengan Kak mon bila nak hantar kek dengan cupcake. Sekali bila dah bawa rupanya tak cukup pula tempat letak kek. Nasib baik rumah Kak Mon dekat sempat lah minta tolong che Abe hantarkan dulang kaca untuk Kek. Kek red velvet dengan cupcake.
Cupcake untuk hantaran......cantik kan..
Ni kek untuk hantaran.
Aku order lebih jadi yang ini untuk rombongan cik kiah makan. Geram tenguk icingnya.
Kak mon dengan anaknya dan adiknya Ryma. Ryn nak ikut juga tapi ada kematian emak sahabatnya. Jadi tak dapat join masa pernikahan tersebut.
Cantik kubah dia kan. Besar masjid ni. Kagum dengan ruang dalaman dia.
Pihak perempuan baru sampai sedang menyusun barang hantaran.
Pengantin lelaki sedang berdebar-debar untuk di akadnikahkan.
Pengantin lelaki sedang menunggu di tengah-tengah. Ada 4 lilin besar di setiap penjuru. Aku tak faham apa fungsi diletakkan lilin tersebut.Tanya Kak mon tapi dia pun tak tahu kenapa. Bila aku google adat perkahwinan Brunei rupanya memang ada.
ISTIADAT AKAD NIKAH
b. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/destar dan sinjang.
c. Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah (tok Kadi).
Tuk Kadi dengan wakil pihak perempuan dan lelaki sedang berbincang sebelum akad nikah
Dengan sekali lafaz alhamdulillah termeterai ikatan antara Helmy dengan Azemah.
Alhamdulillah syukur telah selesai pernikahan.
Sedang lafaz taklik. Eh nanti dulu mana pengantin perempuan kan.... Mesti tertanya-tanya dimana pengantin perempuan. Rupanya pengantin Perempuan ABC (Allah bagi cuti) Jadi dia menunggu di dalam kereta di luar.
Salam hormat pada Pak saudara
Selesai acara pernikahan kami di jemput ke tempat hidangan yang telah disediakan. Apa yang aku perhatikan perbezaan semasa makan semasa menjamu para tetamu. Beza dari susunatur meja dan pembahagian antara lelaki dengan perempuan. Di khaskan meja untuk lelaki lain, perempuan lain tak campur. 1 meja dengan kerusi mengelilinginya. Jadi ambil makanan di tengah dan duduk di kerusi yang disediakan mengelilinginya.
Nampak sedap je kan kuih muih yang di hidang. Yang dalam tray bertutup tu mee hoon goreng. Yang macam lepat tu kalau tak salah macam pulut. Daun dia bukan guna daun pisang emm tak pasti daun apa. Tapi kuih muih tradisional Brunei sedap-sedap, walau pun kadang aku tak tahu apa nama kuih dia.
Antara tetamu perempuan yang hadir.
Akhirnya kat luar baru pengantin lelaki dapat bertemu pengantin perempuan. Kat luar baru lah dapat di buat acara sarung cincin. Baru dapat bersalam - salaman.
Pengantin perempuan bersalaman dengan rombongan pihak lelaki.
Ambil gambar beramai-ramai belah pihak lelaki.
Balasan hantaran dari pihak perempuan.
Aku sebenarnya order 2 kek dan 2 bekas cupcake dengan kak mon. Yang kek tu kek Red Velvet tapi yang membezakan dengan hantaran dengan makan sendiri ialah yang hantaran ada bunga merah. Memang sedap. Aku buat macam tu supaya ahli rombongan pun dapat rasa juga kek dan cupcake yang sedap hasil tangan Kak mon. Bukan senang dapat rasa. Selalu bila Kak mon update dalam fb kek pengantin dan cupcake yang kalau tenguk je gerenti menjejes airliur tenguk dan dah tau memang sedap.
Jadi selesai majlis pernikahan, aku pun keluarkan lah kek dan cupcake untuk di rasa oleh ahli rombongan cik kiah. Cikgu Sani tak sabar pulak tunggu Kak Jal potong kek. Tebal dan padat keknya.
Tenguk tu icing dia tebal.... emm memang sedap sekali
Alhamdulillah pernikahan telah pun selesai. Kak Jal dah rasa lega sebab dah selesai pernikahan. Tunggu majlis persandingannya pulak esok malam. Mula-mula tu tertanya-tanya juga kenapa di buat malam. Rupanya Di Brunei Hari Jumaat cuti , Hari Sabtu kerja dan hari Ahad cuti lagi. So Hari Sabtu ramai yang bekerja jadi dibuat majlis pada waktu malam. Supaya ramai saudara mara dapat hadir meraikan persandingan mempelai. Ooooo gitu rupanya.
meriah! sambung lagi, sambung lagi....
ReplyDeleteAmboiiii.... tengah cari idea nak menulis...memang meriah
Deletecantik hantaran pihak lelaki..hijau..sejuk mata memandang..
ReplyDeletemeriah suasana di apartment..hihi..
Terima kasih...berseni juga tangan Kak Jal buat hantaran. Memang meriah kat apartment tu...orang keluar masuk tak habis-habis... hehehe
DeleteBagus betul lah... Tengah ABC pon tahu adab tak boleh masuk masjid kan... Part ni yg ramai orang kita sendiri di malaysia tak tahu... Main bantai jek masuk walupun bertudung...
ReplyDeleteItu kalau yang tahu hukum agama yang sebenarnya. Adab-adab memasuki masjid. Sekarang ni orang tibai jekan. Semuga ianya menjadi iktibar pada diri sendiri adab-adab memasuki masjid.
DeleteMasjid siap disediakan ruang untuk menjamu selera kan... Selesa... Terbaik lah... Kalu tempat kita... Pasang canopy jek...
ReplyDeleteKat belakang masjid tu kawasan dia luas...berjalan merata sampaikan macam sesat jadi ikut je orang yang ramai-ramai jalan tu tuju ke mana. Ada juga keluarga pengantin perempuan yang mengajak tetamu pengantin lelaki untuk sama menjamu.
DeleteSempoi jek sarung cincin luar mesjid... he he he..
ReplyDeleteHaah kan..lepas tu yang kelakor tu dia terjah je rombongan kita orang adehaiii...nampak cik abe baru nak salam-salam. Sonang ajo
DeleteKalu SS makan kek... Icing semua campak tepi... he he he...
ReplyDeleteWah syokle makan kek dengan SS. Semua icing dapat kat kita banyak-banyak.
DeleteBiru mata hitam ku... Comel2 semua... I likeee... he he he...
ReplyDeleteBiru tang mana....barang hantaran ka cupcake yang comel lote tu. Cantik sangat kan rasa sayang je nak makan.
DeleteCantik gubhan hantaran.Alhamdulillah majlis usai dgn sempurna
ReplyDeleteTerima kasih Sis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Deletetak pernah pi Brunei lagi ni.. kene cari sedara plak kat sane ek hehehehe
ReplyDeleteAla pi je Brunei tu... semua tu pun saudara kita saudara se Islam. hehe
DeleteAdat lain2 kan.. tapi agama didulukan. teringin nak ke Brunai.
ReplyDeleteBetul tu. Rasa tenang sebab suasana penuh islamik dimana-mana. Bangga dengan negara Brunei
Delete