Boleh klik dibawah untuk paham cerita aku.
Assalamualaikum,
Lama citer London ni terbengkalai kan. Hah ni aku upkan. Doakan le aku ada idea nak mengarang citer memori aku di UK selama 2 minggu.. Sayang gambar-gambar yang aku dah ambil.
Semalam dah meraun bandar london kan dengan pergi istana Buckingham lagi hah hari ni kita pi kerja. Tapi kali ni pi wolverhampton city. Macam biasa pagi-pagi dah terkejar-kejar nak naik train menghala ke tempat kerja nun jauh di sanun.
Macam biasa dari Baker street stesyen ke London Eston stesyen. Kat London Eston stesyen naik train. Train dalam pukul 7.23 pagi dan ambil masa dalam 1 jam 50 minit. Kita orang ada meeting dalam pukul 10 sehingga 11.30 pagi di NHS Information Centre. Kali ni alhamdulillah dapat naik train yang betul dan tidak kena tinggal. Dek kelam kabut sebelum tu boleh lupa nak ambil train yang kami naiki. Kali ni tak lama. Gedebak gedebuk tenguk luar eh dah sampai. Ralit menenguk pemandangan di luar sepanjang perjalanan.
Bila dah sampai wolverhamptom city....cantiknya bandar dia. Banyak bangunan lama tapi di jaga dengan rapi. Suasana dia nyaman je.
Suka aku tenguk bandar dia. Nampak macam moden tapi bangunan dia macam tradisional. Bangunan lama banyak.
Suka aku tenguk bandar dia. Nampak macam moden tapi bangunan dia macam tradisional. Bangunan lama banyak.
Pagi lagi dengan pemandangan yang unik serta bunga-bungaan yang berkembang. Suka tenguk bunga di tengah-tengah tu.
Deretan kedai yang terdapat di tengah-tengah bandar. Tapi comel lah bandar dia. Suka tenguk suasananya
Kita orang jalan kaki je sebab pejabat yang kami nak pi tu ikut kan dalam kawasan bandar sebab Dr Elyas dah siap survey mana pejabatnya. Jadi kami bertiga pun slow-slow jalan menuju ke tempat yang kami agak tempatnya. Maklum le pertama kali jejak kaki ni.
Pukul 8 pagi kenderaan pun tak banyak. Syiok kan tenguk bandar dia. Macam termasuk dalam filem cerita orang putih je. Citer apa ye. hehehe
Akhirnya kami sampai di tempat yang di tuju. Tempat bilik dia kecil. Umpama pergi ke pejabat kesihatan daerah gitu tapi pejabat sebab tiada anggota kesihatan yang aku nampak.
Ni bangunan pejabat dia. Comel je. MAsa kami pergi ni tahun 2010. Hah punya lama citer aku terperam. Tu yang sayang kalau aku tak letak dalam blog aku. Nanti boleh ulang baca.
Selesai meeting kami pun jalan slow-slow sambil melihat keadaan sekeliling sambil balik ke stesyen keretapi .
Ada juga restaurant Thai. Nama pun unik Bamboo.
Laju je orang tu jalan. Suasana yang damai tanpa kesesakan jalanraya. Padahal masa ni dah tengahari
Rupanya belah belakang papan tanda tadi macam peta bandar je. Nampak papan tanda ni yang menunjukkan aku dah sampai wolverhampton, Posing cam nak bergayut kat pokok je weiiii hehehehe. Asal boleh je masa tu.
Suka tenguk bunganya. Belakang tu church tapi bangunan dia antik kan rekabentuknya.
DR Elyas dan Kak Kam...Kita orang sedang meeting. Mendengar Mr Andy Spencer bercerita tentang kerja dia.
Kat sini umpama pejabat kesihatan daerah sebab dia monitor segala pengumpulan data clinical. Menjaga dan menyemak kualiti data reten dan aggregare data yang di terima. Banyak juga information yang kami perolehi.
Sebagai wakil dari Malaysia kami memang membawa token kecil KKM sebagai hadiah kepada tempat yang kami lawati. Serta pamplet kecil Health Fact memang kami bagi uantuk tatapan mereka. Sebagai tanda hormat kepada mereka yang sudi menerima kedatangan kami dari Malaysia menimba ilmu yang ada di UK.
Posing depan signage dia.
Sempat lagi tu posing dengan Dr Elyas. Apa lagi geram tenguk bunga berkembang di tepi jalan.
Selesai meeting kami pun jalan slow-slow sambil melihat keadaan sekeliling sambil balik ke stesyen keretapi .
Ni macam papan iklan je kan.
Ada juga restaurant Thai. Nama pun unik Bamboo.
Nampak penduduknya yang ramai. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
Fish n Chips lunch kita orang hari ini. Besor ko kentang dia. Aku lupa kami masuk kedai apa. Dah tengahari Dr Elyas ajak kami lunch. Hah ini yang aku beli. Sedap ko. Kenyang sungguh sebab fries dia besor-besor dan portion dia banyak.
The George Hotel. Suka tenguk bangunannya yang ala dolu-dolu. Dalam agaknya macamana lah rupanya ya.
Kita orang santai-santai jalan menghala ke stsyen keretapi. Sambil tu ambil gambar kawasan bandar dia.
Petang tu kami berkemas barang beg besar dan sediakan beg kecil sebab ke esokannya nak pergi ke Glasgow pula. Jadi beg besar , kami tinggalkan di rumah encik Zainal kenalan Kak kam yang tinggal di london.
Dalam pukul 6 lebih isteri Encik Zainal datang dengan MPV dia. Beg besar kami kita orang letak kat bonet belakang. Besok kami akan check out hotel 4 season dan paginya pergi pejabat RCP dahulu dan petangnya naik flight pi Glasgow.
sambung
Dalam pukul 6 lebih isteri Encik Zainal datang dengan MPV dia. Beg besar kami kita orang letak kat bonet belakang. Besok kami akan check out hotel 4 season dan paginya pergi pejabat RCP dahulu dan petangnya naik flight pi Glasgow.
Oleh kerana dah 10 tahun aku goggle balik Coniston House tu. Sekali eh dah tukar warna. Pejabat yang aku pergi pun macam dah berpindah tempat. Tak jumpa signage kat tepi tangga tu. Ke ni tangga pintu lain.
Hah yang ni papan tanda dia. Iklan je tak sama. Tapi patung kuda tu masih ada di tempatnya. Mengundang memori je aku ni.
Hah bunga depan church tu tak berubah, Masih ada
lamanya..dah lbh seploh tahun...hihi..takpe, abadikan di sini buat kenangan..pergi time spring mmg seronok, banyak munge..
ReplyDeleteTu lah sebab bila belek-belek gambar macam sayang je kalau tak letak kat blog. Boleh ulang2 sambil mengimbau kenangan lalu. Cuma ingatan dah kelam sikit tapi ada yang ingat sikit2.
Deletewah..saya tau Wolverhampton football club je, baru tau bandarnya macam ni. memang ada old town charm. saya suka. feeling macam dalam filem Notting Hill ke kak notie? hehe.
ReplyDeleteKan. Akak bila tenguk kawasan sekeliling eh macam masuk movie mat saleh macam pi bandar dia yang ceruk kg gitu. Suka kawasan sekeliling dia. Tapi tu lah cuma boleh nikmati pemandangan sepanjang jalan sehingga stesyen keretapi dia. Tak sempat nak jenguk kawasan lain sebab geng tak bagi.
Deletekang geng takut akak ralit pastu tertinggal. jenuh nak mencari
DeleteKIta orang kejor nak naik train balik london tu yang tak lih ke sana sinun.
Deletewaduhh rombongan cikkiah udh sampe ke Londonn., sonoknyerr ;p
ReplyDeleteRombongan cik kiah udah lama wak. Ni buat mengenang kembali
DeleteWah.. Lama tu.. dah 10 tahun.. ada yang berubah dan ada yang masih sama ye kak.. Menarik betul pengalaman akak..
ReplyDeleteTu yang rasa sayang kalau tak upkan. Sambil tu mengimbau kenangan. hehehe
Delete