Assalamualaikum,
Selepas dah jenguk ladang tamar, tempat akhir ialah Jabal Uhud. Di sini juga terletaknya para syuhada yang mati syahid semasa peperangan Uhud termasuk lah Bapa Saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abu Mutalib.
Jemaah bas Epal dan Bas Pisang.
Sampai je semuanya beramai-ramai mengikut mutawif ke masjid yang berhampiran.
Sepanjang jalan ni penuh dengan gerai-gerai jualan, agak murah juga jualan di sini. Tapi kena waspada lah semasa membeli belah ya. Sebab ada jemaah kami yang hilang beg duitnya yang penuh dengan duit Malaysia, duit rial dan serta kad pengenalan semasa membeli belah di tempat ini. Kesiannya , dugaan sungguh. Baru hari ke 3 habis semua duit hilang. Menangis-nangis mengenangkan tiada perbelanjaan semasa menunaikan umrah. Maklumlah baru sampai, belum sampai Mekah lagi ni masih lagi di Madinah. Dugaan sungguh buat jemaah tersebut. Kita orang buat kutipan derma kilat buat jemaah tersebut.
Pelbagai jualan kurma boleh didapati. Macam-macam jenis rupanya buah kurma ni ya.
Nun di sana merupakan Jabal Rummah atau Bukit Pemanah dimana semasa perang Uhud merupakan tempat Pemanah yang sepatutnya menjadi perisai kepada Pasukan di bawah bukit.
Cuaca panas , bila nampak air emm sedapnya.
Kedua mutawif kami, Ustaz Khairul Fahmi dan Ustaz Syed Nasir.
Kami berkumpul beramai-ramai dan duduk di kaki tangga Masjid. Menunggu Ustaz bagi tazkirah dan mendengar sirah Rasulullah.
Mula-mula tu baca doa. Ya Allah masa ni rasa sayu dan sedih mengenang para Mujahiddin yang terkorban dan syahid semasa peperangan Uhud. Sebak hati mendengar doa yang dibacakan oleh Ustaz. Macam terbayang-bayang je suasana dahulu tapi hanya dalam bayangan fikiran je sebab zaman dahulu semuanya serba kekurangan dibandingkan sekarang.
Berhadapan dengan kami adalah kubur para syuhada yang terkorban.
Nampak tu yang berpagar depan kami merupakan perkuburan para pejuang Islam yang syahid semasa peperangan Uhud.
Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di surga. Tak seperti umumnya gunung diMadinah, Jabal Uhud seperti sekelompok gunung yang tidak bersambungan dengan gunung yang lain. Karena itulah penduduk Madinah menyebutnya dengan sebutan Jabal Uhud yang artinya 'bukit menyendiri'.
"Jika kita ingin melihat bukit yang ada di surga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di surga'," demikian hadis yang diriwayatkan oleh HR Bukhari.
Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit berjarak 5 kilometer dari utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang oleh umat Islam karena di lembah gunung ini pernah terjadi peperangan besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijrah (Mac 625 Masehi) yang menyebabkan 70 pejuang Islam mati syahid.
kredit blog wiyonggoputih.blogspot.my
Bergambar beramai-ramai berlatar belakang kan perkuburan para syuhada yang syahid dalam peperangan Jabal Uhud seramai 70 orang.
Selesai mendengar tazkirah dari Mutawif, kami di beri air mineral dari seseorang. . Ya Allah air mineralnya aku rasa macam sedapnya sehingga dapat menghilangkan haus dahaga di panas terik di Jabal Uhud. Maklumlah panas air apa pun sedap. Tapi air zamzam lagi sedap. Kami diberi masa bebas untuk beberapa jam sebelum semuanya berkumpul di bas yang sedang menunggu.
Semua yang ada melihat sekeliling, ada yang bergambar, ada yang melihat pekuburan, ada yang membeli belah, ada yang memanjat bukit pemanah.
Petugas KUJDT bersama jemaah umrah serta Mutawif Ustaz Khairul Fahmi
Kurma yang pelbagai jenis. Boleh rasa sebelum membeli
Nun sana tu katanya Bukit Pemanah dimana tempat pemanah-pemanah Muslimin bersedia untuk berjuang.
Kepungan yang ada board warna biru tu merupakan tempat para syuhada yang syahid semasa peperangan Uhud.
Ada macam-macam jenis kurma. Nak yang mahal, nak yang murah semuanya ada bergantung kepada kesukaan anda lah ya. Boleh rasa dulu sebelum beli. Rupanya kurma pun ada berjenis-jenis nama dan kategorinya. Banyak sungguh jenis kurma ya bila tenguk di jual melambak macam ni.
Teringat lagi masa Arwah Bapak dan Arwah mak pergi menunaikan ibadah haji dulu, pertama kali aku makan kurma tak ada biji. Semua orang yang datang menziarah pun hairan kenapa kurma yang Arwah bapak aku bawa balik tak ada biji. Rupanya bila ada masa terluang, Arwah bapa potong kurma tu dan buang bijinya. Supaya dapat beli banyak dan kurang beratnya. Maklumle anak dan cucunya ramai. Jadi dapat bawa pulang lebih banyak untuk anak dan cucunya. Al Fatihah buat arwah Bapak dan Arwah Mak.
Wah kaknong tu tengah belek duit rial .....ada lagi ke tak ni nak beli barang. hahaha
Dengan gerai jualan yang macam-macam dan banyak hah tahan saja lah godaan.
Aku dah terjebak kat sini sebab ternampak beg pelbagai jenis yang boleh tahan sejuk dan panas. Sekali memborong hah ko terus beg aku tak muat, kena cari beg spare. Sebelum ni aku gelakkan Kak Jal sebab baru berapa hari dah cari beg spare, sekali hah ko.... aku yang kena. Kak Jal dah gelakkan aku sebab sebelum ni aku gelakkan dia. Jadi pengajarannya jangan lah pandang orang takde mata ye. hehehehe kena pandang betul-betul...eh apa peribahasa aku pakai ni. Maksud aku bila orang lain gila shopping jangan gelakkan orang nanti kita pula yang akan jadi macam tu. Tuhan nak balikkan sekejap je.
Aku sebenarnya tak tahu nak beli apa sebagai buah tangan orang yang sedekah duit kat aku. Lepas tu nampak beg tu harga 10 rial je dalam lebih kurang Rm 10 juga hah apa lagi lah pilih punya pilih sekali sampai 10 aku beli. tu yang bila sampai bilik dah pening kepala nak bawak balik camno. Kononnya semasa pergi tak nak beli sangat sekali hah ko. Tu pun Kak nong dah geleng kepala je tenguk aku membeli. Tiap kali keluar bilik je, tangan mesti ada benda bawa balik. Sebenarnya kalau nak membeli kalau boleh beli di Madinah sebab barangnya murah daripada di Mekah.
Selesai di Jabal Uhud, semua pun balik ke Madinah. Tapi dalam perjalanan kami melalui Masjid 7 serta Masjid Kiblatain.
Masjid 7
MADINAH 26 Julai - Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Madinah, selain melawat Masjid Nabi, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat masjid-masjid kecil yang dikenali sebagai 'Tujuh Masjid'.
Masjid tersebut adalah Masjid Dua Kiblat, Masjid Al-Fath, Masjid Salman Al-Farisi, Masjid Abu Bakar Al-Siddeeq, Masjid Umar ibn Al-Khattab, Masjid Ali ibn Abi Talib dan Masjid Fatimah Al-Zahra.
Pengunjung kebiasaannya akan melawat enam buah masjid kecil di wilayah itu dan menambah satu lagi masjid, bagi melengkapkannnya menjadi tujuh iaitu 'Masjid Dua Kiblat' yang terletak kira-kira satu kilometer dari yang lain.
Masjid terbesar daripada tujuh masjid itu adalah Al-Fath yang dibina pada zaman pemerintahan Gabenor Madinah, Umar ibn Abdul Al-Aziz dari 87 Hijrah hingga 93 Hijrah (705 Masehi hingga 711 Masehi)) dan dibina semula pada 575 Hijrah (1179 Masehi).
Masjid Fatimah Al-Zahra yang dikenali sebagai Masjid Mus'ad ibn Mo'az adalah masjid yang terkecil daripada kumpulan itu dengan keluasan empat meter panjang dan tiga meter lebar.
Ia mempunyai struktur yang sama dengan masjid lain di kawasan itu dan dibina semasa era Uthmaniyyah, kemungkinan besar semasa pemerintahan Sultan Abd Al-Majid pada 1851. -
Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd
ALHAMDULILLAH BERUMRAH DGN SELAMAT SAMBIL ZIARAH TMPAT BSEJARAH
ReplyDeleteSeronok bila ziarah luar kawasan. Dapat bayangkan keadaan dahulu macamana.
DeleteSS tak leh bayang kalu SS hilang duit.. Ya Allah... mintak jauh laaa... Dugaan betul!
ReplyDeleteItu semua dugaan. Kakak akak ajar bahagikan duit ikut keperluan dan jangan bawa semua. Sediakan sedikit untuk sedekah, sedikit untuk shopping, sedikit untuk keperluan lain. mana yang lebih tu tinggal ja dalam bilik dan kunci beg. Tapi semua tu pun kadang dugaan. Apa pun kita sentiasa berdoa semuga Allah lindungi dari semua musibah. Yang penting hati kena bersih. Sedetik hati berkata masa tu juga dapat balasan jadi bersangka baik dalam setiap yang kita lakukan. Insya Allah
DeleteKalu SS ke sana... Mungkin SS akan borong kurma ajwa... Mahal beratus harga kurma tu kalu kat malaysia... x mampu beli...
ReplyDeleteKhurma ajwa sedap tapi mahal. Belilah kalau Allah izinkan dan mendapat jemputan NYA. Mudahan SS dapat borong kurma Ajwa banyak-banyak. Kat malaysia memang mahal.
DeleteInsyaAllah semuga SS dan HH dan JM Allah jemput ke Mekah dan Madinah. Aamiin. Semuga Allah makbulkan doa akak buat semua pembaca blog akak mudah-mudahan Allah jemput ke RumahNYA. AAmiin
DeleteAda setengah org... Niat tak nak shoping kat sana... betul2 tak soping... bila balik malaysia... nyesal... ha ha ha... Pada SS apa lah salahnya kalu shoping pon... Sekali sekala kan.. Bukan selalu..
ReplyDeleteAkak pun mula-mula fikir taknak shopping beriya-iya tapi bila ada orang sedekah duit dan kita tak sampai hati hanya bagi kurma dan air zam-zam je tu yang mencari sesuatu sebagai buah tangan dari Mekah dan Madinah.
Deletebestnya kalau dapat pergi. dah lama saya teringin nak ke sini. hehehe by the way saya follow sini sebab tak sabar nak tengok update seterusnya dan saya suka cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya. saya followers ke 71
ReplyDeleteInsha Allah ada rezeki semuga Allah jemput aisyah nanti. Amiin. Terima kasih lah sebab singgah rumah akak....ala tulisan merapu ja sambil mencatat memori dalam perjalanan.
DeleteRinduu..sayu hati ziarah kubur para syuhada'..
ReplyDeletekan...masa Abang Ipar akak berdoa sambil memandang kubur para syuhada...kita orang pun rasa sedih dan sayu. Akak lagi lah memang meleleh ayaq mata.
Deletealhamdulillah rezeki dapat kerjakan umrah. smoga rezeki kami2 pula dijemput kesana menjadi tetamuNya. tengok depa jual kurma gitu suka view cemtu. dala memang suka makan kurma. kalo CT ade situ mau beli macam2 hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semuga Ct juga dapat menjadi tatamu Allah suatu hari nanti. Aamiin. Rambang mata bila tenguk tapi nasib baik beli ala kadar ja sebab masih ada seminggu lagi di Mekah. Tapi bila dah bandingkan harga di Madinah murah sikit dari di Mekah. Dan banyak pilihannya terutama khurma tu emm memang geram tenguk. Banyak sungguh rupanya jenis khurma
Delete