Monday, October 8, 2018

Floria 2018




Assalamualaikum,

Ala......konon nak up n3 ni  selepas sakan cuti raya Aidil Adha seminggu. Tapi naik kerja je banyak kerja yang lebih penting jadi sampai lah Floria dah habis  baru nak up cerita. Tapi macam biasa bukannya ada cerita menarik pun aku nak chelotehkan...tapi macam biasa tepek gambor..... hehehehe geram tenguk bunga mekar. Tu pun tak keliling semua tempat tau.

Kisahnya begini. Kak jal dok excited bila dengar Floria nak start pada 25hb Ogos sampai 2 Sept,  jadi masa berkumpul raya haji tu kecoh lah nak pi Putrajaya tenguk bunga.  Kesiankan Kak Limah setelah Abang Selamat meninggal,  macam tak sihat ja dan sedih ...jadi kita orang pun dok pujuk Kak limah pi Putrajaya.  Jadi agenda kita orang pun terus lah penuh sehingga sampai Putrajaya. hehehehe. Sesekali gembirakan akak sendiri apa lah salahnya.  Biarlah kita susah asalkan hati akak kita gembira. Bila tenguk Kak limah, kadang kesian ialah bertahun bersama berdua, akhirnya tinggal seorang. Kalau cerita sikit nanti Kak Limah nangis....jadi fahamlah kan. Tu yang anak-anaknya Meri dan Meria dok bawa Kak Limah ke sana sini. Sekejap dengar dah kat Batu Pahat. Sekejap dengar Meria balik temankan. 

Thursday, October 4, 2018

Resepi Roti Goyang aka Roti Titap yang simple



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Sihat? Alhamdulillah... semuga semua Umat Islam di seluruh dunia dikurniakan kesihatan yang sihat dan kehidupan yang di rahmati Allah. Aamiin . Alhamdulillah

 Al fatihah juga buat 6 warga Bomba yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas. Semuga roh mereka termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. 

Ok tak mahu cerita panjang... amacam tenguk roti kat atas.....yummy tak... Ni kerja anis lah yang tiba-tiba je....jom kita buat roti titap, nak tak. Hah apa lagi lah bob beli sepapan telur mentah, beli kaya dan roti gardenia. Itulah bahan-bahannya.



Cara-caranya.....anda perlukan toster yang macam ni untuk bakar roti....toster pulak dah rosak dah tak boleh kalau masak automatik keluar sendiri...tapi boleh lagi digunakan cuma kena jaga suis lah.  Tu yang terlambat sikit roti nya geseng aka nak hangus.....hehehehe tapi layan jelah....sayang roti tu hangit-hangit pun semuanya beres....laku je. Yalah kalau dah ramai-ramai yang kerumun, resepi hangit pun jalan juga. hehehehehe. 


Masak air panas dan rebus telur pakai bekas ni.....hehehehe ada bekas telur separuh masak yang Lizah bawa tapi airnya tak turun-turun...bila di pecahkan telur masih jernih telurnya.....tapi bila testing pakai bekas ni.....jadi elok pulak telur separuh masaknya.....jadi pakailah bekas ni...

Testing telur separuh masak cantik tak telurnya.....ramai je tukang testing ni...hehehehe


Tada........ Roti bakar....pecahkan telur separuh masak....letak kaya 4 penjuru....siap dah. Taburkan blackpeper dan kicap sikit...... Jom sarap


Bila tenguk roti goyang ni teringat makan kat Penang.....memang umph lah.  Roti tebal dibakar wangi lepas tu telur separuh masak panas-panas....layan teh tarik....perghhhhhh yummy.  Kalau ada tempat roti goyang yang best bagitahu lah. Kut terpergi ke boleh lah rasa. Saya memang suka telur separuh masak ni... tapi tak boleh layan banyak-banyak nanti kolestrol naik.....hehehehe cekali-cekali bolehlah layan tekak.

Wednesday, October 3, 2018

Umrah 2017 - Cerita-ceriti di Madinah (bhg 2) Piknik di Dataran Madinah


Assalamualaikum,

Hari Kedua di Madinah  selepas solat zohor kita orang tak balik hotel. Rasa malas nak balik hotel , sambil jalan di dataran  masjid meninjau keadaan sekeliling. Aku suka sekali tenguk bila time habis solat menderu-deru jemaah keluar dari masjid. Seronok sekali bila kawasan masjid ramai orang solat bersama-sama.

  Kita orang tak balik hotel sebab rasa masa untuk solat Asar macam tak lama. Tapi sebab dah tengahari mesti lah dah lapar. Jadi kita orang lepak dulu kat Dataran Masjid. Sementara menunggu Azli belikan makanan dan minuman, bila tenguk ramai je yang lepak kat Dataran tu apa lagi lah aku, Kak jal dan  Kak Nong serta Abang Berahim pun bersila lah. Bila Azli sampai ja hah apa lagilah kita orang semua piknik beramai-ramai. Makan Nasi Arab beb. Air pulak air oren.