Assalamualaikum,
Ala......konon nak up n3 ni selepas sakan cuti raya Aidil Adha seminggu. Tapi naik kerja je banyak kerja yang lebih penting jadi sampai lah Floria dah habis baru nak up cerita. Tapi macam biasa bukannya ada cerita menarik pun aku nak chelotehkan...tapi macam biasa tepek gambor..... hehehehe geram tenguk bunga mekar. Tu pun tak keliling semua tempat tau.
Kisahnya begini. Kak jal dok excited bila dengar Floria nak start pada 25hb Ogos sampai 2 Sept, jadi masa berkumpul raya haji tu kecoh lah nak pi Putrajaya tenguk bunga. Kesiankan Kak Limah setelah Abang Selamat meninggal, macam tak sihat ja dan sedih ...jadi kita orang pun dok pujuk Kak limah pi Putrajaya. Jadi agenda kita orang pun terus lah penuh sehingga sampai Putrajaya. hehehehe. Sesekali gembirakan akak sendiri apa lah salahnya. Biarlah kita susah asalkan hati akak kita gembira. Bila tenguk Kak limah, kadang kesian ialah bertahun bersama berdua, akhirnya tinggal seorang. Kalau cerita sikit nanti Kak Limah nangis....jadi fahamlah kan. Tu yang anak-anaknya Meri dan Meria dok bawa Kak Limah ke sana sini. Sekejap dengar dah kat Batu Pahat. Sekejap dengar Meria balik temankan.