Assalamualaikum,
Akhirnya setelah hari ke 3, kita jumpa pokok warna-warni. Masa masuk jalan ni semua dalam van....dah berkeriau.... sebab geram tenguk pokok warna-warni. Cantik beb. Tak terkata dengan perkataan. Wawa bawa van pusing dulu dalam laluan serba kuning ni. Lepas tu keluar dari jalan ni dan parking kat tepi jalan. Apalagi semua yang dalam van dah tak sabar-sabar nak menikmati keindahan alam serba kekuningan ini.
Hah tenguk kat belakang tu semua menyerbu mencari port cantik untuk posing.
Daun warna kuning....mata pun jadi kuning...hehehehe
Cantik kan....
Pelbagai warna kuning hish hish serba kuning lah.
Macam-macam gaya model nak beraksi. Kelakar sungguh sebab semua nak posing tengah jalan. Bila kereta masuk jalan ni , kelam-kabut semua lari ke tepi. Kereta dah lalu cepat-cepat posing tengah jalan lagi.
Ni terserlah warna kuningnya...entah gambar dari siapa...ambik dari whatsapp group
Takde kenderaan masuk berani lah duduk tengah-tengah ni. Rasa nak bersila je kat tengah tu untuk pose menarik tapi mengenangkan nanti kotor terus tak jadi. Padahal kalau nak cantik letak kamera dari bawah dan dongakkan ke atas, mesti cun.
Baru nampak papan tanda ni. Rupanya pokok cherry. Agaknya bila musim bunga mesti kat sini lagi cantik time cherry blossom. huhuhu nampak gaya kena repeat pi jeju lagi musim bunga supaya dapat datang lagi tenguk cherry blossom pulak.
Kita tinggal kan nostalgia di pohon cherry ini. semuga dapat datang lagi.
Cantiknya warna daun berwarna warni ceria
ReplyDeleteMemang cantik rasa alam berwarna warni sekeliling. eh
Deletecantiknya !!! geram tengok..
ReplyDeleteKan... Rasa berbalui lah bila dapat tenguk pokok yg sebenarnya
DeleteKita tak gi sini kan hari tu Siti? Huhuhuhu. Kena try Jeju time autumn ni
DeleteSal jom pergi lagi jom. Time spring lagi best sebab memang pokok cherry sedang berkembang ni.
Deletejalan lengang! boleh la berposing sakan..mgkin jalan ni jarang org lalu kalau tak jgn harap nak boleh lepak tgh jln mcm tu hihih
ReplyDeleteRasanya macam jalan ke penempatan universiti sebab nampak perumahan kat dalam tapi mungkin masa ni depa sedang belajar tu yang tadak orang kut.
Deletekorea ni akak..pergi la musim apa pun mesti lawo..tapi jgn pegi time summer mcm kat msia jek heee
ReplyDeleteMusim panas kat jeju ada musim bunga hydragea...pun cantik tau. Bunga siti zubaidah....JMT dok promote pokok bunga dia besar-besar setinggi orang ko.
Delete