Apa khabar semua. 1 minggu cuti raya china , terus mood nak menulis merudum. Lepas tu kena siapkan report tahunan . Cheh baru bulan lepas rajin update cerita, bersemangat betul setiap hari. Cuti je mood pun lari. huhuhu Apa pun chaiyok chaiyok mood menulis. hehehe
Assalamualaikum,
Dah kenyang lunch ok kita jalan lagi. Seharian ni kita tenguk daun warna-warni je ya. Kali ini wawa bawa kita orang ke mount Halasan.
Mengikut cerita wawa nak mendaki Mount Halasan ada banyak jalan masuk. Dan kadang ada waktu-waktu tertentu untuk mendaki. Tapi yang kita nak singgah ni tak sampai ke puncak, dia cuma sampai 1100 kaki dari paras laut. Dan ada laluan penjalan kaki mengelilingi kawasan tersebut.
Masa sebelum sampai sini masing-masing seronok je bila melihat daun warna warni. Merah kekuningan tapi bila sampai sini....huhuhuhu sedih lah sebab dia dah gugur awal....semua dah togel. Huhuhuhu Tapi sebab dah sampai moh le kita jalan. Melihat pokok togel pun satu seni kan. hehehehe
Kat sini dia ada buat satu rail pejalan kaki bukannya kita pi mendaki Mount halasan tu. Rail tu macam satu kawasan menikmati panorama tempat tersebut. Jadi kita ikut je lah ya. Ikut mood masing-masing lah, nak slow jalan ke nak laju-laju jalan. Tapi bagi pencinta alam sekeliling mestilah nak slow jalan sambil menikmati keindahan alam sekitar. Kalau nasib baik mungkin dapat melihat burung-burung yang datang.
Tapi bila lalu, pokok tinggal ranting je huhuhu bertabah lah ya.
Itu apahal lah pulak....kena tunggu traffik light warna hijau ka. hehehe
Oh rupanya model sedang berposing. Jadi laluan trafik tergendala sebentar. hehehehe
Bunga-bunga yang ada. Agaknya kalau pergi musim bunga...mesti bunga ni semua sedang berkembang kut. emmm mesti cantik
Sebenarnya kalau pokok ni berdaun hijau mesti cantik. Kalau musim winter time snow memenuhi sekeliling bagaikan masuk ke dunia Narnia.... pun cantik. Sekali Arsalan muncul aummmm terus calibut le.
Dia orang posing aku pun nak posing juga lah. Oleh kerana cuaca dah sejuk jadi kena lah pakai baju sejuk. Orang bawa jaket musim sejuk yang cantik2 aku huhuhu nan ado lah. Pakai je track suit yang ada. Jimat duit. hehehe Ni pun dah 10 tahun tau umurnya. Aku ingat lagi beli masa kursus 2 minggu kat Brisbane. Ada sale untuk winter jadi beli lah. Sale winter kalau nasib baik dapat sampai 70 persen diskaun.
Nampak macam ada rumah nun di sana. Tapi eh mana jalan masuk ya.
Rumah msteri di balik ranting togel.
Akhirnya sampai lah ke pangkal jalan. hehehe
Depa dah menunggu tu. Jom kita ke lain pulak.
OH JEJU!!!! bila turn JM lak nak ke sana ni heee
ReplyDeleteJom ke jeju. Ajak lah SS dan HH....buat trip jalan sekeliling pulau. Banyak tempat yang cantik sebenarnya di Jeju ni. Tak puas jelajah 5h4m.
DeletePokok togel pun cantik. Nanti datang Halasan time winter kak, boleh main snow
ReplyDeleteHaah kat Halasan time winter macam masuk negara Narnia ja. Snow....huhuhuhu sejuk burrr
Deletepokok tinggal ranting..mcm musim autumn
ReplyDeleteDah memang masuk musim autumn JM sayang oiiiiiii
Deleteada track pejalan kaki..kalau dedaun menguning tu..mesti gemapk gilak arrr
ReplyDeletetu lah yang frust sebab dia dah jatuh awal. Kalau kuning merah mesti cun la
Deletesweater dari brisbane tu!!!
ReplyDeletesayang weiiiii tu yang jaga elok2. Pi tempat sejuk je bawa padahal orang lain semua tayang winter jaket cun cun kita bawak tu le.
Delete