Assalamualaikum,
Menyusuri tepian melihat rekabentuk tebing yang beranika corak.
Ada laluan pejalan kaki di tepi tebing. Jadi ikut je laluan tersebut.
Tenguk tu sotong hidup-hidup lagi. Macam sotong kurita je. Tapi bila meliang liuk tu emm geli pulak tenguk.hehehe maklumle fresh dari laut. Patutle kalau orang lembut dikata macam sotong.
Pasangan suami isteri yang ideal.
Tebing tinggi yang bercorak-corak. SubhanaAllah ciptaan tuhan. Macamana ya boleh jadi macam tu.
Hah tenguk tu tinggi rendah tinggi rendah permukaan tebing, manalah aku tak seriau nak jalan. Takut terkucil je masuk laut. hehehehe imaginasi aku ni tinggi bebenor padahal ramai je orang yang lalu.
Bila tenguk gambar ni emm memang jauh juga perjalanan mengelilingi tebing. Nasib baik surender lebih awal. Kalau tak entah-entah aku yang last sampai.
Ada replika kapal. Agaknya ni kapal lanun zaman dulu-dulu kut yang digunakan. hehehehe. aku ni main hentam saje lah, nak baca dia history dia tulis bahasa korea da...... Naik kang aku kena culik pulak...hehehehe
Ada banyak juga kedai menjual pelbagai macam dan jenis jualan di sebelah luar sebelum sampai parking. Macam biasa tak sah kalau tak nampak patung hitam ni. Mana-mana kat jeju mesti ada. Kalau tak silap kata wawa ia macam ikon penjaga pulau Jeju. Itu ikut kepercayaan orang jeju lah.
Ada juga jual air kelapa laut. Bila minum rasa bagai di Hawai pulak. hehe berangan je.
Lepas kedai souvenir slow-slow jalan menyelusuri jalan ni. Suka tenguk pokok-pokok di tepi ni.
Akhirnya nampak bayang mereka sorang-sorang. Kata Dr dia jumpa bunga canola baru berkembang tapi tak banyak le. Tu lah aku pun teringat sakinah ada bergambar hamparan bunga canola dengan latar belakang gunung Sanbang. Agaknya masa musim bunga mesti penuh bunga canola di kawasan ni.
Bila semua dah ada, perjalanan pun di teruskan ke tempat lain lagi.
ahjuma tu jual kupang,sotong kurita hidup..depa suruh makan mentah2...Yongmeori Coast cantik semulajadi..
ReplyDeleteHish tak tertelan nak makan mentah macam tu. Ciptaan Tuhan begitu indahnya.
DeleteSUBHANALLAH CANTIK TEMPATNYA
ReplyDeleteNi sikit je sis...kalau keliling dari mula sampai akhir laluannya lagi banyak gambar sis. Ni sebab surender awal tu yang sikit je.
Deletekenapa x beli limau tu...5000 won?? mcm mahal kan
ReplyDeleteEntah ek napa pulak tak beli. 1 bekas banyak tu dalam Rm18. emm mahal kut.
Delete