Assalamualaikum,
Apa khabar semua sahabat di luar sana. Semuga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita seharian. Aamiin.
Sekarang kashmir sedang bergolak. Kesian kan sebab rata-ratanya orang Islam. Geram pula dengan India sebab mengheret umat Islam Kashmir dalam kancah peperangan. Kalaulah dulu-dulu kashmir pilih Pakistan kan senang. Takde lah India nak tuntut kawasan tersebut.
Nasib baik masa kami ke sana, aman tenteram walaupun merata askar India di bandar-bandar. Itu pun mujur orang kashmir kata tempat dia aman , padahal kami hampir saja tidak jadi disebabkan pertelingkahan antara India dengan Pakistan. Masa tu keluar pekeliling supaya tidak melancong ke sana. Mula-mula rasa kecewa tapi tunggu untuk sebulan lebih bila dah cool je terus proceed lah surat keluar negeri. hehehehehe. Ya lah berbulan-bulan bagaikan pungguk rindukan bulan... nak menari-nari di pergunungan salji ala-ala kuch kuch hota hei.... nak bergolek di hamparan bunga tulip bagaikan cerita Bobby....hehehehe luas sungguh imaginasi ku. Nak naik shikara dan bermalam di rumah boat bagaikan cerita Hindustan zaman dolu-dolu.....sebenarnya aku dah lupa tajuk cerita dimana Shashi Kapoor jadi tuan rumah boat. Kalau tenguk cerita hindustan lama-lama banyak lokasi pengambaran kat Kashmir. Tu yang teruja sangat nak datang Kashmir.
Ok aku belum ada idea nak karang cerita pi kashmir jadi aku selitkan lah sikit-sikit gambar masa kat sana buat cuci-cuci mata ya. Bila masuk dalam bandar kesian pun ada sebab banyak kemudahan awam dengan jalanraya yang tidak elok dimana-mana. Rasa macam daif sangat padahal Kashmir dah terkenal dari dulu lagi. Tapi bila masuk ke dalam kawasan pergunungan...... Ya Allah cantik sungguh alam sekitarnya. Ciptaan Tuhan bagitu indahnya.
Hamparan bunga tulip di Kebun Bunga Tulip. walaupun tak dapat pegang dapat tenguk pun jadilah
Deretan Rumah bot
Hamparan kuning ladang mustard.
Askar dimana-mana dan merata-rata. Menakutkan bila menghadapi situasi seperti itu. Semuga Malaysia aman-aman saja.
Hero hindustan menunggu siapa kah gerangannya. hahahaha
Suka melihat buah-buahan dan sayur-sayurannya yang banyak terjual.
Melalui sekatan jalan. Nasib baik dia tak naik bas check orang didalamnya.
Walaupun askar merata-rata, penduduknya gigih keluar mencari rezeki dan melakukan aktiviti harian.
Nampak pisang buat jemput-jemput ni sodap. hehehehe
Keindahan taman
Bunga tulip merah sungguh mengoda perasaan. Merah sangat lah mak ngah
Laluan air menjadi jalanraya untuk membeli belah. Kedai yang terdapat di tasik Dhal. Jangan tak caya ada emporium lagi tau. hah tenguk tu cantik-canti bajunya.
Pasar pagi di Tasik Dhal. Jualan dan pembeli hanya didalam shikara ja. Indah melihat kesibukan pasar yang lain dari biasa ni.
Bagaikan di pergunungan swiss je. hehehe kunun-kununnya lah ya. Berangan sajo.
Jalan yang curam disebalik aliran sungai yang mengalir air dari pergunungan. Salji mula mencair namun masih ada sisa-sisa salji di kaki-kaki pergunungan.
Bunga-bunga berkembangan bagaikan hati aku yang berbunga-bunga melihat bunga. Boleh gitu. Ahakssss melankolia sungguh lah aku ni.
Indahnya air yang mengalir deras bagaikan berlumba-lumba untuk sampai ke destinasinya.
Hamparan salji memutih bagaikan selimut putih yang menyelimuti keindahan alam.
Kita doakan lah semuga pertelingahan yang berlaku di bumi kashmir dapat diselesaikan. Semuga bumi kashmir tetap terpelihara keindahan alamnya.
kesian umat Islam di Kashmir (belah India), hilang autonomi..
ReplyDeletecantikkk...tengok dlm movie Bajrangi Bhaijaan...
Memang cantik dan kiranya semuanya indah mempersonakan. Kesian kan. Mereka hanya berharap pada pelancung untuk mencari rezeki. Bila pertelingkahan berlaku pelancung pun takut nak datang. Habis macamana nak cari rezeki.
Deletesemoga umat Islam seluruh dunia dipelihara... Nice sharing.
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih jenguk.* uluq kopi panas*
DeleteMoga Kashmir akan sentisa baik2.. MOga Allah melindungi Bumi Kashmir dan umat Islam di sana..
ReplyDeletesedih bila mendengarkan ttg situsia di sana..
(salah 1 wish list yg blm tercapai nak sana jg)..
Aamiin. Memang kesian sebab rata-rata umat Islam yang tertindas. Semuga satu hari nanti impian tercapai. Aamiin
DeleteDengarnya Kashmir sekarang sunyi sepi. Itu yang saya baca dari tulisan mereka yang baru balik dari sana. Kesian kan.... Moga Kashmir terus makmur.
ReplyDeleteTu lah sedih tengukkan. Ada sekali tu dia block internet dan perhubungan. Pelancong nak melalancong pun kena twist tempat lain. Kesian tenguk mereka yang rata-ratanya pendapatan bergantung pada pelancong.
Delete0semoga negarA kita sentiasa aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn
ReplyDeleteAamiin. Semuga Allah memakbulkan doa kita semua.
DeleteSubhanallah.Cantiknya Kashmir. Bergolak tak habis-habis walaupun katanya India dan Pakistan dah berdamai. Permusuhan yang tak pernah habis
ReplyDeleteTu lah kan, asyik berlawan-lawan, entah bila nak selesai. Kesian rakyat kashmir.
Deletecantiknya bunga tulip. Dapat tengok real ladang bunga tulip ni lagilah seronok kan
ReplyDeleteMemang cantik. Tak puas tenguk
Deletecantik negara ni.. semoga selesai cepat la isu isu disana..
ReplyDeleteMemang cantik sangat..... kesian dengan muslim di sana. Teraniaya
DeleteTeringin gak nak sampai india... Nari nari sari... Ehhhh...
ReplyDeleteTakpe berangan dulu. Insya Allah sampai nanti akhirnya. Kuch kuch hota heiiiii
Delete