Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sampai juga rumah wani. Selalu asyik di pelawa datang taiping, boleh makan ketam lembut tapi tak sampai-sampai juga. Akhirnya jejalan ke padang besar dapat singgah rumahnya.
Setelah tidur kepenatan semalamnya, pagi ni bangun semua rasa fresh. Sambil sembang dalam bilik sambil membelek bahan lontaran semalamnya. hehehehe. Belek beg lah belek sabun lah belek apa lagi. hahahahaha... Biasak le orang perempuan dah beli lepas tu dok membelek. Sambil tu tayang kat akak-akak.
Selepas sarapan kami meninjau keliling rumah wani. Masa semalam sampai dah nampak ada pokok rambutan dah masak. Nampak juga rumah orang rambutannya masak. Rupanya kat taiping musim rambutan dan durian. Tapi duriannya tak banyak.
Si Hazim suka benor buah rambutan ni. Yang kelakor tu di sorokkan kat bakul motor bapanya supaya kami tak nampak dan tak makan.
Azizi suami wani dah biasa dengan tuan restoren tu. Walaupun jauh outstation wani calling je che abe menu yang nak di order. Nanti azizi yang orderkan, jadi bila kami sampai makanan dah siap order tunggu di hidangkan je.
Rumah ni tanah lot beli dari tuannya yang nak balik kampung. Sebelah rumahnya kiri dan kanan, tanah orang lain yang belum di buat rumah lagi.
Kak jal dah posing beg barunya yang beli semalam sebab beg kelabu dia dah putus. hehehehe
Ok jom kita ke Kuala Gula menikmati kesedapan ketam lembut. Jom jom jom.
Akhirnya kami sampai ke JS Muara Restoren. Sayangnya tulisan dah kelabu cuma nampak ketam lembut dan kari sembilang.
Restoren tu di dirikan atas air.....seriau juga bila air dia berkocak, restoren pun ikut sama berkocak juga. huhuhu janganle aku jalan terjerlus masuk dalam air. huhuhu
Sebelahnya ada jeti nelayan dan bot-bot nelayan. Katanya boleh pergi memancing ikan.
Sebelah restoren tu terdapat kawasan ternakan ketam. Nun di sana tu laluan ke laut.
Kami cari kawasan nun di hujung supaya boleh tenguk laut. Tapi sementara menunggu makanan sampai tiba-tiba hujan lah pulak. Tempias kena tepi, kami cepat-cepat ke depan sedikit. Bila nampak bot lalu teroleng-oleng tempat yang kami duduk ni.
Akhirnya ketam lembut sampai. Nampak rangup tepung gorengannya. Krup krap krup krap. Sampai je sepinggan apa lagi terus je tangan kami ngap masuk mulut. Sedap tau, dengan kulit-kulitnya sekali makan sebab kulitnya lembut.
Ikan siakap masak 3 rasa. Pun sedap. Lembut ikannya. Lupa pulak nak tanya wani ni ikan dari laut atau ikan ternakan.
Hah tu dia menu makanan tengahari kami pada hari ini. Ada kailan goreng, telur dadar, tomyam seafood.
Jom makan jom.
Nasi belum sampai kami layan dulu ketam lembut. Sedap tau.
Ikan sembilang masak kari. Kita orang lebih suka masak asam pedas. Tapi dek sebab azizi dah order kita makan je lah.
Tu dia penuh meja ko. Dengan cuaca sejuk makan pun laju je. Banyak juga azizi order.
Ni dah kekenyangan. Menghabiskan lauk yang ada . Ikan 2 ekor lesap. hehehehe yang tak laris ikan sembilang masak kari. Banyak lagi tak luak.. Kita bungkus bawa balik.
Nun nampak macam nak hujan je. Mendung cuaca. Tenang je tenguk air tenang macam ni.
Macam ada chalet untuk di sewa bersebelahannya. Tak pastilah pulak nama nya apa. Mungkin orang sewa dok lepak memancing dari depan chalet.
Selesai makan dan mana makanan yang tidak habis kami tapau bawa balik. Sayang pulak apa lagi ketam lembut yang banyak tak habis dengan ikan sembilang masak kari. dah kenyang kita pergi ke Kuala Sepetang pula.
Dalam perjalanan kami singgah di kilang arang. Sebelah kilang tu ada jual cuka kayu. Ada juga macam-macam souvenir di jual.
Nampak adik tu jual cuka kayu bagus untuk menghapuskan binatang seperti tikus, lipas dan serangga mahluk perosak. Bagus juga ni. Rumah mak kat kampung selalu ada tikus dan cicak yang banyak. Geram je kalau balik tenguk taik cicak merata-rata tepi tingkap. Cicak nya tak nampak. Kalau berjaya menghapuskan cicak, lain kali boleh kirim kat wani bila dia balik kampung.
Tempat pembikinan kayu arang.
Kita orang tenguk je keadaan kayu yang di jadikan kayu arang dalam dom yang besar besar tu.
Kak jal dan kak nong siap beli kayu arang. Ni mesti projek bunga-bunga mereka lah.
Selesai membeli kayu arang dan cuka kayu kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang pula.
Kali ni kami nak rasa Mee Udang Mak Jah yang femes tu.
Oleh kerana masih rasa kenyang lagi jadi wani order tak banyak. Beli 1 mangkuk share bersama. Cuma nak rasa kesedapan mee udang Mak Jah.
Udang dia besor besor ko. huhuhu memang sedap. Kalau tak sebab masih kenyang lagi sebab lunch yang berat, kalau tak mungkin sorang semangkuk.
Jom makan. Sedap kuahnya.
Lepas tu order udang celup tepung. Pun sedap juga. udang fresh maklumle dekat dengan laut.
Anak wani yang no 3 ni memang hantu udang. Suka bila nampak udang. Abang-abang dia buat dek je tapi dia senyum gembira nampak udang. Dia yang makan banyak dan dia yang tukang habiskan.
Habis makan masa menuju ke kereta nampak le gerai jeruk. Kak limah beli sikit. Tapi bila di makan kata kak Jal tak rangup seperti jeruk Penang.
Tenguk nampak macam sedap je kan.
Kami pusing kat pekan Kuala Sepetang. Masuk pekan dia yang sibuk. Ada juga bas pelancungan. Nasib baik masuk awal sebab nampak gerai pasar malam dah mula nak beroperasi.
Lepas tu psuing-pusing area Taiping. Masuk kat tempat Taman Tasik Taiping yang terkenal. Kami cuma berkeliling ja dan melihat dari dalam kereta. Nak ambil gambar pokok kat situ yang unik pun tak dan. Ada juga jalan nak naik ke Bukit Larut yang sejuk dan cantik. Nak naik tu kena bayar dan naik jeep ke atasnya. Ada orang yang menjaga kawasan di atas tu.
Ada perkuburan askar zaman perang yang di wujudkan khas untuk mangsa yang terkorban zaman british dulu. Bangunan-bangunan di Taiping kan banyak macam zaman Inggeris memerintah dahulu. Bangunan - bangunan lama dia masih banyak lagi. Bandar Taiping indah dan nostalgik. Aku ni nak cerita bab rekabentuk bangunan memang le tak reti. Aku tahu bangunan zaman dolu2. hehehehe
Serata wani bawa kami keliling bandar Taiping. Tempat-tempat yang menarik. Dan akhirnya sampai rumah. Dah siap solat semua apa lagi mengemas beg-beg yang dah beranak pinak sebab shopping di Padang besar. Besok kami dah nak balik.
Malam tu siap kemas dan susun kat tepi pintu. Oleh kerana masih lagi rasa kenyang jadi malam tu semuanya malas nak makan malam. Tidur awal sebab besok pagi pukul 7 dah kena keluar rumah.
Pagi-pagi bangun dan siap dah nak balik. Wani buat sarapan roti dengan telur separuh masak. Pukul 7 pagi kita orang dah keluar rumah. ETS pukul 8.25 pagi train sampai.
Train no 9321. Rupanya 1 minit je dia berhenti.
Yeh ETS dah sampai. Selamat tinggal Taiping.
Dalam train kakak-kakak aku duduk menghadap satu sama lain. Dekat dengan cafe lagi.
Lepas tu jumpa orang kampung Bang Berahim dari melaka tapi dah duk Kajang. Datang Taiping ambil cucu sebab dah start cuti sekolah.
Aku sampai Bandar Tasik Selatan pukul 12.13 tengahari. Kakak - kakak dan Abang Ipar meneruskan perjalan sehinga ke Pulau Sabang Tampin.
Alhamdulillah percutian kami adik beradik berakhir dengan jaya dan gembira. Dah ada ura-ura nak pergi lagi. hehehehe
seronok betul bercuti. Makan sedap-sedap pulak tu. Terliur tengok gambar ketam lembut.
ReplyDeleteSedap sal....masih terasa-rasa lagi kerangupan ketam lembut tu. Alhamdulillah seronok bercuti bersama akak-akak. Bukannya selalu dapat bersama-sama jenjalan macam tu.
Deletesedap2 makanan laut nya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap-sedap semuanya.
DeleteJS Muara tu mmg port kami lepak satu family. nak makan ketam lembut memang situla. tapi most of the time kena call dulu order tanya stock ada ke x.. kot pegi terus orang lain ambil dlu melepass.. nxt time dtg utara lagi akak hello2 CT plak k..
ReplyDeleteMemang best kan lepaks kat situ. Tu lah nasib baik suami anak sedara tu dah order dulu jadi sampai je dah siap. Insya Allah ni pun sebab akak ajak singgah menjenguk anak dan cucunya, kita orang tumpang kedua-dua kaki lerrrr. hehehe
Delete