Sunday, February 2, 2020

Cuti CNY yang berasap..abam bomba datang menjenguk


Ahli bomba menyiram api yang marak

Assalamualaikum,

Huhu tahun ni pecah panggung sungguh lah bila part balik kampung bersihkan kebun belakang rumah mak huhuhu .. mana taknya kena panggil abam bomba lah pulak datang berkunjung. Tu dia ko

Ceritanya macam ni....hehehe mukadimah tu mesti kena acah-acah best je. hehehe. Macam biasa cuti raya cina, kita orang memang balik kampung ramai-ramai, cuma kali ni cucu-cucunya banyak yang bercuti, jalan keluar daerah. Jadi hanya sebahagian je adik beradik aku yang balik.

Seperti biasa bila balik agendanya ialah kemas keliling rumah mak. Area depan Kak Ambah dan sapu daun-daun yang berguguran area pokok rambutan dan pulasan. Sambil sapu dan himpunkan daun kering sambil bakar. jadi depan dah kemas le. Kita orang balik awal sebab nak elakkan jem bila time cuti raya cina.

Jadi hari Sabtu Adik pun balik sebab nak bersihkan kebun belakang yang semak samun. Selalunya bila kemas kebun belakang kita orang sampai area tengah je lepas tu masing-masing dah balik. Jadi kali ni kalau boleh nak sampai ke hujung tanah. Memang area tengah dah nampak lapang tapi hujung kebun banyak pokok kelapa sawit yang tumbuh sendiri.

Tengahari sikit Kak nong dan Azli serta anak-anaknya pun sampai.  Lepas tu julie dan Kak jal lambat sikit sebab menghadiri kenduri kahwin kat bando muo.  Jadi bila dah ramai....Kak nong, julie, azli dan adik pun membersihkan le rumput kat hujung kebun. Mereka bakar daun kering kat pokok kelapa sawit yang tumbuh sendiri tu.  Bila dah bakar nanti senang nak tebang pokok kelapa sawit tu.

Masa mereka membakar tu aku cuma nampak asap je tapi orangnya tak nampak sebab terlindung dek pokok dan semak samun.  Jadi pergilah tolong menebas rumput-rumput yang panjang. Sekali aku nampak Julie nun kat kebun orang sebelahnya dan adik belah sini pun sama. Tapi masa tu tak pasti pulak kalau kebun orang dah terbakar sebab nampak asap je kat atas pokok. Dalam hati apasal lah pulak bakar kebun orang pulak ni.

Lepas tu Kak nong menjerit dan memanggil aku dan azli ... tolong sini padamkan api ni. Air mana air mana. Lorrrr parit pun dah kering mana nak cari air. Sekali aku pun pergilah ke tempat kak nong....rupanya api dah marak kat bawah pokok kelapa sawit kebun sebelah. Bila tenguk atas woahhhh pokok kelapa sawitnya terbakar ....berbunyi-bunyi api disebabkan maraknya terbakar. Bila serpihan api terbakar tu jatuh ke bawah, rumput kat bawah pun terus je terbakar sebab dek kering. Memang mudah le rumput lalang yang kering terus je menyambar dan terus je marak. Aku pakai daun kepala sawit yang baru di tebang terus je... puk pak puk pak  atas api....sekejap mati sekejap hidup.  Mati belah sini, marak belah sana. Ayo yo apa ama.....macam mana ni. Dah tak larat ni padam padam api tak mati-mati. huhuhuhu

Kak nong dah pergi sebelah sana pulak. Rupanya dek kerana angin yang kuat, serpihan api dari pokok kelapa sawit kebun kita orang sudah melayang ke kebun sebelah orang lain punya. Lepas tu melayang ke lain pokok pula. Jadi terus merebak-rebak. dari sepokok jadi 2 pokok lepas tu diam tak diam dekat 7 pokok dah marak terbakar.

Julie pun balik ke rumah...rupanya dia talipon bomba sebab api dah mula merebak-rebak. Kebetulan pula Kak limah dan anak-anaknya sampai. Aku dah tak larat dah. Area yang aku padam dah mati tapi atasnya masih ada api lagi, Kena cari air ni, jirus atasnya. Jadi bila aku balik rumah, ramai pulak anak-anak buah serta cucu-cucu saudara membawa baldi berisi air.

Tak lama kemudian kita orang dengar bunyi siren bomba. Rupanya Meria dah tunggu kat depan jalan untuk tunjukan tempat yang terbakar. Mula-mula sampai Ahli bomba menaiki motor.  Nasib baik kebun belakang tu dekat dengan jalan raya dan taman yang berdekatan. Jadi dekat lah sikit dengan kebun belakang tu. Tak lama kemudian baru lori Bomba yang besar terus je menuju ke belakang melalui jalan Taman berhampiran. 


                                                 Adik dah tak larat nak padamkan api.

                Tudung julie sampai terbakar dek nak memadamkan api.....huhuhu


Anak buah serta cucu saudara semua sibuk melihat ahli bomba bertungkus lumus memadamkan api



Nasib baik kebun orang tu dekat dengan jalan Taman yang berhampiran jadi Lori bomba dapat dekat
dengan kawasan kebakaran.




            Api dah padam eh sempat lagi tu posing dengan ahli bomba.... hehehe suka si haikal


                                          Ni lah motor besar yang riki dulu kawasan kebakaran.  

Alhamdulillah akhirnya kebakaran dapat di padamkan. Kak nong dah termenung panjang bila teringat kejadian malang yang menimpa. Daripada nak bersihkan kebun jadi bencana pula. huhuhu  Bila api dah padam dan ahli bomba dah balik....depa pun semua balik rumah lah. Terus terhenti agenda nak membersihkan kebun. Masing-masing dah seriau nak bersihkan kebun. huhuhu 



Balik rumah terus kelaparan.....hehehehe Jol yang baru sampai dengan anak-anaknya dengar cerita je lah sambil makan.  Kebetulan pula Meria bawa rendang daging dan pulut kuning sempena cuti sekolah anaknya sunat tahun lepas. Kak jal bawa pulut hitam beli kat padang besar tahun lepas. Kak nong bawa sup ayam. Dah penat membakar kebun terus balik lapar. hahahaha. 

Kak jal yang sakit pinggang jadi duk kat rumah dengan Kak limah yang baru sampai masa kejadian kelam-kabut tadi.....dengar lah cerita anak-anak dan cucu-cucunya.   Riuh rendah semua nak cerita.


                                         Julie dan kaknong dah lepak hujung tu......huhuhu 

Apa pun nasib baik tak merata terbakar.....kalau tak huhuhu habislah kena bayar ganti rugi kat tuan kebun. Nasib baik sikit je tapi dek kerana marak tu yang terpaksa panggil Abam Bomba. Terima kasih banyak ye abam bomba kerana datang menolong memadamkan api. Nasib bomba tak marah cuma dia nasihatkan kalau boleh musim panas ni jangan lah membakar apa pun sampah sarap. Takut ianya marak membakar sekeliling pula.  Apa lagi musim panas ni memang mudah terbakar. Apa pun pesanan penaja musim panas jangan bakar sampah nanti kena denda. heheheh  

Sekian itulah cerita yang tergempor setakat ini. Yalah tergempor sebab mengajak abam bomba datang ke kebun. huhuhuhu 

Update terkini: Dek kerana terkezut kaknong demam selepas tragedi tersebut. Masa kita orang wish birthday dia pada 1 Februari baru ni baru baik demam. Alololo sian akak aku. Dok berdebar takut kebun orang terbakar terus domam.  Yalah kan chief bagi agenda membersihkan kebun. 

19 comments:


  1. Alhamdulillah, selamat semuanya..suspens jg api marak dgn cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak sangka pulak merebak-rebak. Nasib baik dapat di padamkan. Seriau juga.

      Delete
  2. Makkk aihh.. Sampai terbako tudung... Dasat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dasat sebab api marak dengan cepat....zup zap zup zap

      Delete
  3. Time musim panas denting ni.. Better lahh jgn main api... Nasib baik ada abam bomba... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya lah tapi geram tenguk semak samun yang dah kering. Tu yang sessi membako tu.

      Delete
  4. Makan makan tu tak jemput abam bomba sekali join ke? He he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dah terkezut lupa pulak nak ajak makan sama. hehehehe

      Delete
  5. Nasib baik tak marak teruk, bomba pun ada datang. syukur semua selamat. dah boleh tu g shopping tudung baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping tudung baru kan hehehe. Alhamdulillah. Nasib baik dat habis satu kebun. huhuhu

      Delete
  6. tu la kan sekarang musim panas dan kering. berangin jugak. jadi risau pasal api ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa berangin tu sedap je bakor....sekali marak hah ko tak cukup tanah, kaki berlari ke sana sini nak memadamkan api.

      Delete
  7. ohooo elok makan tu cover balik energy hilang dok kalut padam api..

    ReplyDelete
  8. haha.. tergelak baca part.. ayo yo apa ama...
    cepatny api merebak.. mujur abang bomba sampai cepat... BTW done follow akak.. hope we can be friends

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Mell datang rumah ahkak. Tu lah kan musim panas buat agenda membakar lah pulak hah tu yang mendapat. Insya Allah....jangan jemu datang berkunjung ya.

    ReplyDelete
  10. Adui saspen baca cerita ni. Cuaca panas kan, memang api cepat marak. Jaga diri ye lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe semangat betul nak membersihkan kebun sampaikan kebun pun terbakar....hari ini dalam sejarah sungguh. Terima kasih sal

      Delete