Wednesday, December 23, 2020

Delhi Kashmir 2019 -Perjalanan hari pertama



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya percutian Geng Ulat buku di bawah kelolaan Kak su aka penulis Noor Suraya dapat di realisasikan. Sebenarnya semasa di ajak untuk join trip ni pada akhir bulan Disember 2018 ada seramai 20 orang yang nak pergi. Yang bestnya sebab 3 negara yang akan bergabung berjalan berwisata bersama-sama. Malaysia , Brunei dan Indonesia.  Brunei sudah semestinya , kenalan blog sejak zaman blog meriah tahun 2005 dahulu iaitu Kak mon dan Ryn adiknya.  Daripada zaman blog bertemu wajah semasa pesta buku dan akhirnya silaturahim itu berterusan sehingga hari ini. Kenalan dari Indonesia pula peminat kaksu juga penulis buku Nurul dan suaminya.



 Tapi tiba-tiba bulan 2 dikejutkan dengan perbalahan antara India dan Pakistan di sempadan kashmir. Wisma putra juga telah keluarkan surat pekeliling supaya warga Malaysia jangan bercuti di kawasan tersebut. Masa tu kita orang dah buat bayaran hampir dah nak habis walaupun bayar ansur-ansur. Beberapa orang telah mula tarik diri. Aku pulak pun tengah separuh hati nak pergi, ke tak nak pergi. Isunya bukan pasal duit tapi takut kelulusan keluar negeri tidak di luluskan. Almaklumlah aku kan kakitangan kerajaan. Tiap kali keluar negeri kena minta kelulusan sebulan sebelum pergi. Tu yang risau, takut dah bayar semua tiba-tiba kelulusan tak dapat...huhuhu haru beb.

Group whatsup pun kena buat baru sebab ada ahli dah tarik diri. Aku pun gamble lah dulu, join juga sebab masih ada 2 bulan lagi sebelum nak pergi. Lepas tu aku tenguk kat FB ramai group yang dah pergi ke kashmir,  relax je bersukaria. Itu pun jenuh lah kaksu tanya agent keadaan di Kashmir. Agent kat kashmir kata tiada apa-apa. Semuanya ok je.  Jadi on lah trip nak pergi kashmir ni dengan ahli baru. Geng lama yang dah bayar full bila refund dapat lah balik duit tapi tidak sepenuhnya sebab agent kat sana dah bayar booking untuk flight dan hotel. Lagi pun keadaan kat sana ok je tu yang tak dapat full duitnya. Kalau seandainya kat sana huru-hara hah memang boleh dapat full lah, itu kata agen kat malaysia.

 Pada masa tu aku dah mula masukan cuti dalam Hrmis. Dok pujuk bos perempuan supaya sign dalam hrmis. Kalau dia tak sign dalam hrmis macamana big boss nak luluskan. Selagi cuti tak approved susahlah nak hantar ke unit kelulusan luar negeri.

Hari-hari aku dok bukak hrmis tenguk cuti lulus ke tidak.... akhirnya bos perempuan dah sign. Apa lagi lajulah aku tanya Mas PA big boss samada dah terima permohonan cuti aku. 3 minggu lebih juga lah aku dah mohon cuti akhirnya dapat juga. Walaupun pada masa tu tinggal lagi 2 minggu nak pergi. Proses permohonan tu sebenarnya cepat je tapi sebab kena mohon sebulan lebih awal, tu yang risau takut bila sampai di Unit Kelulusan Luar negeri dia tak luluskan. Tapi bila cuti approved ja aku pun terus submit dalam portal kelulusan luar negeri. Hari ini mohon besoknya dah dapat jawapan. Alhamdulillah. Yang buat lambat tu sebab kena tunggu cuti approve dulu dari 2 bos iaitu bos kecil dan bos besar. hehehehe Boss kecil tu yang banyak songeh nak luluskan cuti. Big boss ok je sebab PA yang buatkan kerja dia. hehehehe PA pulak geng baik dengan aku, mudahlah urusan.  Jadi bila dapat kelulusan luar negeri emm baru rasa lega naaa.  Cuti aku banyak tapi tu lah susah sangat nak luluskan cuti.  Walaupun pada masa ni kerja sedang banyak tapi dek kerana misi mencari bunga tulip hah pejam mata je lah. Kalau ingat kerja emmm sampai bila pun tak habis. Lagi pun memang kena break sekejap sebelum dok pulun kerja sampai sudah. hehehehe

 Geng pulak dari 20 jadi 14 orang dimana pada mulanya Ryn ja yang ikut tapi sebab orang dah kurang suami dia pun join sama. Manakala Nurul dan suaminya pula tak dapat join sebab Indonesia sedang pilihan raya pada waktu kami travel. Takpe lah geng Brunei dan Geng Malaysia bersama-sama berwisata di kawasan pergunungan.

Jadi hari jumaat 12 April flight kami pukul 6.50 petang, aku,  kaknoor dan wan pun berjumpa di terminal ERL kat Bandar Tasik Selatan menuju ke KLIA pada pukul 12 tengahari tu. Senang naik ERL almaklumlah takde driver nak hantar ke airport.

Masa tu masing-masing update posisi masing-masing, berada di mana. Mak su Ti  dan Azam dalam perjalanan dari Kuala Kangsar. Kak Afza dari Jitra dan Sue pula dari kulim. Kak mon dan Bang Mat pun dah sampai KLIA. Ryn dan Tuan Haji dah ada KL seminggu lebih awal,  siap jalan ke melaka lagi. Kak Su, Yah dan Aishah dalam perjalanan dari Bangi.



Akhirnya semua dapat berjumpa. Fatihah yang merupakan sepupu kak su pun ada sama. Berseri-seri pengantin baru. Dapat jumpa maknya iaitu Mak Su Ti dan Azam adiknya.  Mak su Ti ni sebenarnya Mak saudara kak su. Sebab dah selalu jumpa tu yang dah biasa.  Yang baru aku kenal dalam group kali ini ialah Kak Afza kawan sekolah Kaksu serta Sue yang merupakan peminat kak su. 


  Entah apa yang di borakkan oleh kaknoor,,,,Wan, Aishah dan Yah dengar bukan main kyusuk lagi.




Setelah semua berkumpul akhirnya jumpa juga dengan agent dari malaysia yang membawa sampul surat serta beg pack percuma untuk ahli group. Bag pack tu aku simpan dalam beg besar sebab dah bawa back pack lain. Berguna juga back pack tu sebab beg dah beranak pinak bila balik. hehehehe

 Masing-masing dapat sampul surat yang mengandungi itinari dan semua maklumat percutian kami. Kami pun terus check in luggage serta dapatkan boarding pass. Kaksu dah ada senarai list kami, jadi tinggal tunjukan je kat kaunter nama masing-masing terus pihak MAS proses.


                                                    Ber baris lah kami untuk checkin.

                             

 Sebelum meneruskan perjalanan Tuan haji sempat lah ambil gambar group. Tak ada pengiring pun dari travel Agensi di malaysia. Kak su yang jadi chief kita orang.  

Kita orang naik MAS MH 172 yang berlepas pada pukul 6.50 petang dan sampai di Lapangan Terbang  Antara Bangsa Indira Gandhi  pada pukul 9.50 malam waktu New Delhi. Masa perjalanan lebih kurang 5 jam rasanya. Bila tukar waktu ke India eh baru pukul 10 malam tapi rasa macam dah malam sangat. Memang lah dah malam kat malaysia dah pukul 12.30 malam. Patutle dah rasa ngantuk.




Nak masuk dalam kapalterbang....sempat lagi wan selpi. Semua berseri-seri nak pi 



Sampai kat airport terjah bilik air dulu. Ni lah Toilet yang comel sekali. Rupanya setiap toilet gambar model kata Kak su berbeza-beza ikut keturunan yang ada di India. Oh cam tu. Patutle tiap toilet lain modelnya dan pakaiannya.  


Akhirnya nampak lah pelita yang femes kat Airport New Delhi tu. 

Selesai cop pasport dan melepasi kastam, sampai kat luar dah ada agent pegang kertas nama kaksu. Agent kami bernama Mr Abhishek. Macam nama pelakon ja.


Kami pun di bawa ke tempat bas di parking. Kena jalan sikit lah. Sebab bas park jauh sikit dari Airport.

Suasana malam airport Indira Ghandi.


Ni lah pengalaman pertama naik bas kena ada tangga. eh kali kedua. Dulu kat Bukit Tinggi pernah naik bas guna bangku sebab tangganya tinggi. Cheh sebelum naik mesti lah posing dulu. hehehehehe

Bas dia ada 2 pintu. I pintu yang kakmon posing tu dan bila masuk dalam ada satu pintu lagi yang mengasingkan antara penumpang dengan pemandu. Siap ada kaca lagi khas untuk penumpang.


Ni lah agent kami. Bila masuk dan duduk di tempat masing-masing....Mr Abhishek pakaikan kami bunga malai tanda menyambut kedatangan kami ke Delhi.  Yang depan dia tu pembantu dia. Sedang hulurkan air mineral.   


Seorang demi seorang dia pakaikan.


Amacam comel tak? cheh perahsantan sungguh. Tapi ni lah pertama kali dipakaikan bunga malai bila sampai di tempat tersebut. 


Semua pun seronok je dipakaikan bunga malai. Bas besor jadi aku duduk belakang. Boleh tenguk bandar Delhi waktu malam. 

Oleh kerana dah malam takde lah nak nampak apa sangat bandar Delhi sehingga lah kami sampai di Hotel Radisson Blu, Dwarka, Delhi. Perghhh besor ko hotelnya, macam atas bukit. 


Tapi dia punya  ciri keselamatan nak masuk hotel sudah  serupa nak pi airport je. Kena scan bagai semuanya samada beg begitu juga pelancong yang nak masuk ke dalam hotel tersebut.  Kiranya pintu wajib masuk hotel ialah mesin scanner. Begitu sekali menjaga keselamatan. 


Hotel besar tapi tempat kaunter macam gelap sikit...yalah kan dah jauh malam baru kami sampai.


                                         Umpama hotel besar mengelilingi kawasan di tengah. 


Kawasan lobby dia besar. tapi dah malam jadi tak nampak keseluruhan kawasan.



Posing beramai-ramai dengan pengurus hotel dan Mr Abhishik. 

Selesai urusan check in kunci bilik pun di bagi. Beg-beg besar kami pihak hotel yang akan hantar ke bilik masing-masing. Masa kelam-kabut nak naik lif aku terasing dengan kaknoor. Masa depa ramai-ramai masuk lif sekali aku nak masuk dah penuh jadi aku pun tinggal le dulu. Naik lah lif lain dan bila sampai kat bilik....tenguk kak noor tak sampai lagi. Beg kita orang pun tak sampai lagi. Jadi keluar lah jenguk nampak kak noor sebelah sana, jadi aku pun panggil lah kaknoor tapi dia tak boleh sampai ke tempat aku walaupun kami di floor yang sama. Rupanya kena naik lif lain untuk sampai ke bilik kami. Kita orang ingatkan bila sama floor boleh ke sana ke sini satu pusingan rupanya tidak ya. Ada halangan di tengah-tengahnya.

Aku dah risau kalau orang hotel dah sampai sebab aku takde duit kecil untuk bagi tips. Kak noor dah siapkan awal untuk tips. Kat India ni memang kena sediakan tips memanjang ya. Kalau tak bagi hah dia tunggu ko. 

Akhirnya Kak noor dapat sampai ke bilik kami. Lega dia. Dan tak lama kemudian beg besar kami pun sampai.


                                                Masuk bilik hotel wah cantik juga.


                                         Bilik dia luas kan dan selesa kan.



       Tapi nampak tak apa yang aku nampak ni.... Dinding kaca ko.... huhuhu camno ni nak mandi...huhu


Ni ambil gambar daripada area bilik. Macamana lah nak mandi ni kalau bilik air camni. Bila kaknoor masuk , aku tunjuk lah bilik air dia. Ada juga nanti kami mandi berkemban orang kat luar pejam mata. Tapi kalau gaya macamni huhuhu tak termandi le aku. 

Misi mencari bidai pun bermula. Pusing sana,  korek  sini tak nampak butangnya. Tapi memang macam nampak bidai kat atas. Tak boleh jadi ni. Sekali kaknoor jumpa bila tekan je butang hah ko turun lah bidai tu ke bawah. Yeh misi berjaya. 

Akhirnya kami selamat menggunakan bilik air tersebut. hehehe 

Dapat mandi walaupun dah malam emmmm satu keseronokanlah buat aku sebab dah seharian kami berjalan dari KL sampai lah Delhi.  

Selesai semua urusan, sediakan baju untuk esok dan kemas terus beg. Sebab kami kena bangun awal pagi esok untuk ke kashmir. 

Ok time untuk tidur setelah seharian berjalan. yeh esok ke kashmir.


Perghhh sikit punya jenuh aku mengarang cerita dah serupa menulis novel je tu pun tak siap-siap. ok doakan aku ada idea nak menulis lagi ya. 



10 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih sis cuma nak mengarang tu yang kadang kering kontang idea. Tapi bila kena temponya perghhh berkajang-kanag ngarang surat. hehehehehe

      Delete
  2. Seronoknya...walaupun tripnya dah lama..tetap nak baca jugak sebab Kashmir ada dalam wishlist SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dah lama tapi nak buat cerita juga sebab pergi tempat yang nak pergi sangat-sangat selama ini. Insya Allah nanti SA dapat pergi Kashmir. Best tempat dia indah sekali

      Delete
  3. menarik airport & hotelnya...seronok travel sama kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah member pun kaki jalan dan sekepala jadi enjoy lah travel.

      Delete
  4. yeayy ada travelogue baruuu best baca cerita kawan2 jalan2 ni..
    antara tempat yang saya nak pegi tapi belum dapat green light dari mak adalah kashmir. sbb isu gaduh2 tu la.. haih insyallah one fine day kalau ada rezeki. meriah betul ahli rombongan yaa ramai tu mesti seronok ramai2.. kalau kat negara yang pron gaduh2 ke letup2 ke mmg gitu kot security diorang mmg advance sikit. sbb nak elak benda bukan2 kan.. nampak seram tapi itula norm depa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah satu hari nanti CT dapat pergi. Ct dah pergi Turki akak belum ada rezeki lagi.

      Tapi kira satu pengalaman lah pergi tempat bergolak macam tu. Tapi kesian kat orang islam India kat kashmir, daif sangat.

      Delete
  5. Yay... Entri travelog! Cepat sambung ye, suka baca since tak dapat keluar negara buat masa ni. Wah... Abhishek Bachan ke tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh buk udah capek gitu. Insya Allah akan di usahakan dong. hehehehe. Eh tapi abhishek bachan lagi ensem eh arjun rampal lerrrrr peberet tu

      Delete