Wednesday, April 22, 2020

Selamat menyambut Ramadan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah Ramadan datang lagi.  Kali ini berbeza sebab kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 3, dan berkemungkinan pada tahun ini tidak dapat sambut raya di kampung halaman tercinta. huhuhu sedih ni. Apa pun semuga kuman Covid 19 nyah di muka bumi ini.

Agak-agak kita ada peluang tak balik kampung beraya bersama keluarga. Kalau kita tenguk  situasi sekarang memang lah kes positif semakin berkurangan tapi selagi tiada kes baru di kesan untuk jangka masa yang lama mungkin fasa PKP seterusnya dapat di bubarkan. Tapi susah juga ni nak cakap. Tenguk ja lah macam kat singapura, mula-mula tak banyak kes sekali kluster warga asing huh mencanak-canak kes positif di kesan. Dah le seberang tambak je tu. Risau juga ni.

Apa pun sekarang kita sambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran. Mungkin ada hikmahnya Ramadan dalam PKP ni. Mungkin banyak amal ibadah dapat di pertingkatkan dan amalan dapat di tambah seiring dengan keadaan kita yang banyak masa di rumah. Semua yang berlaku ada sebab dan musababnya yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.  Setiap musibah yang melanda kita sebenarnya mungkin ada hikmahnya. Bersangka baik lah dengan Allah.


Ya Allah semuga semua rakyat Malaysia yang di jangkiti cepat sembuh dan semuga keadaan kembali seperti biasa seperti dahulu. Semuga yang berlaku dapat membuat kita menghargai setiap apa juga milik kita yang Allah kurniakan yang mungkin selama ini kita pandang ringan sahaja. Apa pun juga yang berlaku kita doa banyak-banyak semuga Allah melindungi kita dan semua rakyat Malaysia di mana jua kita berada. Aamiin.

Selamat menyambut Ramadan buat semua yang membaca dan juga semua kenalan yang ku sayangi. 

16 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan al Kareem... sekejap jew masa berlalu. Dah lebih sebulan kita berPKP, kalau bulan puasa tu memang sekarang tengah beraya. Mudah-mnudahan dengan ketibaan Ramadhan yang mulia si covid-19 akan angkat kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut ramadan Amie. Haah sekejap je kan dah masuk fasa ke 4 pula. Mudah mudahan kita dapat beraya berkumpul bersama keluarga. Tapi nampak gayanya kena raya dalam rumah je lah. huhuhu

      Delete
  2. Selamat berpuasa dgn mematuhi segala pantang larangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa Pak Ngah. saya yang menurut perintah dan amanah. hehehehe

      Delete
  3. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
    #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan. Aamiin doanya. #kita jaga kita

      Delete
  4. Salam ramadan kareem
    Selamar berpuasa dan menjalani ibadah2 lainnya

    ReplyDelete
  5. SALAM RAMADAN SELAMAT BERIBADAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan Sis. Semuga sis dan famili sihat sejahtera hendaknya

      Delete
  6. Rasanya Raya dalam PKP. Redha jelah. Untuk keselamatan kita semua jugak. Apa pun, selamat berpuasa dan beribadah sepanjang Ramadan yang mulia ni. Banyak2 doa moga covid cepat berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kan. Takut nanti timbul pula kluster baru kluster raya. Apa pun kita doa yang baik-baik semuga kuman virus covid 19 ni nyah dari muka bumi ini. selamat berpuasa Sal

      Delete
  7. Salam Ramadan! Terasa kelainan dia tanpa bazar semua
    Tapi takpalah, untuk keselamatan kita semua kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Buat Tuan Syed. Memang lain bila tanpa pasar ramadan tapi bazar ramadan di dalam rumah pula sebab masing-masing mula mencari resepi kuih muih atau makanan yang mereka nak makan. hah ada hikmah nya juga tu.semuga semua rakyat malaysia selamat dari di jangkiti penyakit covid 19.

      Delete
  8. salam ramadhan tuan rumah.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadan wak. Musim PKP ni mesin lah rumput di halaman rumah sendiri lah ya wak

      Delete