Hari Isnin hari tu baru ja last syawal kan dan pada tahun ini, raya memang tidak seperti sebelumnya kerana tidak dapat balik kampung rentas negeri. Jadi aku nak up le gambar raya tahun lepas. Sebenornya dah save dalam draft kunun-kununnya nak bercerita lah keindahan beraya di kampung seperti tahun -tahun sebelumnya tapi emmm tahu le tuan rumah ni kadang angin menulis ke laut semuanya. Jadi jangan terkejut le kalau cerita tu banyak yang dolu2 tak siap update. hehehe
Tu yang belek-belek draft yang belum di siapkan eh ada lah gambar raya tahun lepas, jadi hah ni aku baru nak celoteh. hehehehe
Macam biasa raya pertama adalah aktiviti wajib kami berkumpul di rumah pusaka keluarga di Bakri Muor. Walaupun kedua orang tua telah tiada, kami hidupkan juga aktiviti silaturahim bersama keluarga dengan berkumpul adik beradik, cucu-cucu dan cicit-cicit pada raya Pertama. Ini perjanjian kami adik beradik. Masa mula-mula aruah mak meninggal, kita orang menangis le sedih sebab bila raya nanti takde port untuk berkunjung. Jadi Kak ijah sebagai akak yang tua telah memberi perintah supaya hari Raya pertama adalah acara kami semua berkumpul di rumah pusaka. Itu yang selepas tu banyak acara aktiviti yang bertambah. Mula-mula sambutan raya , lepas tu Solat berjemaah serta buat tahlil kecil. Lepas tu acara bagi duit raya dek kerana anak-anak buah dah ramai dan cucu pun semakin bertambah, tu yang di buat acara memberi duit raya beramai-ramai. Senang beri sekali harung. Lepas tu bila akaun keluarga berlebihan sikit kak nong pula buat cadangan bagi bantuan keluarga. Lepas tu nak meriahkan lagi di buat kutipan duit raya dan di buat cabutan nama bertuah. Mula-mula cabutan nama sikit je yang naik tapi orangnya ramai. Nak tunggu tahun depan kan lambat. Jadi di tambah pula senarai nama cabutan bertuah supaya lebih ramai dalam tahun tersebut dapat habuan nya.
Jadi petang nya satu demi satu keluarga datang berkunjung. Bila dah sampai tu mesti tuju ke dapur lah ya. Masing-masing bawa mangkuk tepen untuk acara menukar juadah. Nanti balik bawalah lauk juadah masakan chef akak aku. Aku tukang jadi assistant je. Sebab pernah sekali aku masak semuanya tidak menepati selera adik-adik aku. huhuhu sedih. Tapi bila part lepat pulut semua suruh aku buat... haru sungguh. Tu je lah yang aku warisi skill buat lepat pulut dari aruah mak aku.
Alhamdulillah semua adik beradik yang seramai 11 orang dapat bersama. Syukur kami kepada Allah yang masih memanjangkan lagi usia kami. Namun sedihnya raya ini merupakan raya yang terakhir Aruah Abang Ipar yang sulong yang baru je meninggal dunia pada bulan Februari 2020 yang lalu. Al fatihah buat Aruah Abang Cuin. Semuga Allah cucuri rahmat dan semuga termasuk dalam golongan orang yang mukmin .
Jadi kiranya tahun ini raya yang begitu sedih buat keluarga Kak Tijah yang baru saja kehilangan suami tercinta. Yang sedih nya raya pertama tahun ini merupakan 100 hari aruah meninggal dan kami semua tidak dapat berkunjung semasa Kak Ijah buat tahlil untuk aruah. Pagi raya buat VC huhuhu masing-masing bercucuran air mata. Kak Jal pulak semua anaknya tidak dapat rentas negeri hanya VC je penyambung bicara. Tapi kami semua redho dengan fasa raya tahun ini disebabkan virus Covid 19 yang sedang bermaharaja lela. Mudahan virus tersebut nyah dari muka bumi ini. Aamiin.
Gambar ini akan menjadi kenangan bagi kami kerana Aruah Abang Cuin yang menjadi Imam mengetuai solat magrib dan Isyak berjemaah bersama-sama. 3 generasi keluarga solat berjemaah bersama-sama.
Kakak-kakak dan anak saudara
Sementara menunggu solat Isyak apa lagi chief tukang kutip duit tabung untuk cabutan bertuah. Gaya macam Abang long kutip hutang je. Tu yang kadang gelak je tenguk perangai masing-masing.
Acara wajib kami pada sebelah malam ialah solat berjemaah bersama-sama. Selesai solat Magrib buat tahlil untuk semua orang yang kami sayangi yang telah tiada. Lepas solat Isyak baru acara bagi duit raya. Selesai acara bagi duit raya, acara cabutan nombor bertuah. Lepas tu acara bagi bantuan raya dimana setiap orang mendapat bantuan. Dan akhirnya adalah tenguk mercun beramai-ramai. Amacam best tak acara kami berhariraya sambil menguatkan silaturahim antara kami. Itu je aktiviti yang menguatkan kasih sayang kami semua. Semuga anak cucu serta cicit Aruah Wak Dolah dan Aruah Wak Saifah kekal bahagia bersama-sama selama-lamanya. Aamiin.
Al Fatihah buat Aruah Hj Cuin abang ipar ku. Selepas aruah bapa aku meninggal dia ibarat penganti Aruah bapa yang sentiasa menjaga adik-adiknya dan sentiasa memberi nasihat kepada kami dalam apa jua yang kami lakukan.
Bacaan tahlil buat keluarga yang telah tiada.
AJK sedang menyemak nama yang belum tersenarai dalam cabutan nombor bertuah.
Hah tenguk tu abang long kawasan mengutip duit tol. hehehe
Ni persiapan bantuan raya 1 keluarga....dapat gula 1 paket, teh 1 paket dan milo 1 paket. Setiap orang dapat. Kalau famili ramai hah banyak le bantuan dapat. Best kan. Masing-masing jadi seronok pulak.
Ni pulak orang tua duduk keliling dengan duit raya. Acara bagi duit raya.
Budak-budak berbaris ikut susunan lelaki dan perempuan. Yang kecil di hadapan dulu. semua pun seronok dapat duit raya sampaikan tangan penuh tak cukup nak pegang.
Masing-masing dah stand by duit raya.
Yang duduk bagi duit raya yang berdiri berjalan mengutip duit raya. Yeh aku kayooo
Ni pula cabutan nama untuk cabutan duit raya. Nama yang dah dapat di keluarkan supaya setiap orang dapat. Gegak gempita bila nama-nama di umumkan. Yang nama naik sukalah dapat duit raya tambahan, yang nama tak naik berdoa semuga tahun hadapan nama naik.
Hah ni peringkat cucu yang nama naik. Suka dapat duit raya berganda.
Ni gambar adik beradik perempuan.
Ni gambar semua adik beradik aku. 11 orang semuanya. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat je kecuali ada yang sakit kaki.
Semua ahli keluarga. Ramai kan. Rasanya keluarga Hafiz , keluarga Helmi, keluarga Azhar dan Keluarga Oney yang tidak dapat hadir. Kalau semua hadir hampir 99 orang semuanya.
Alhamdulillah syukur dikurniakan keluarga yang baik-baik.
Selesai acara bergambar acara last adalah main mercun. Ada video mercun tapi aku cari-cari tak jumpa. Apa pun kemeriahan sambutan hari raya sentiasa di tunggui oleh kami adik beradik anak-anak serta cucu-cucu semua. Dapat berjumpa semua keluarga di samping merayakan hari raya yang mulia.
Semoga di tahun depan sudah dapat mengadakan momen kumpul bersama keluarga kembali, ya.
ReplyDeleteTidak seperti di tahun ini yang harus bersilaturahmi dengan jarak jauh.
Aamiin. Raya tahun ini kena redho dengan musibah yang melanda satu dunia. semuga virus covid 19 nyah dari muka bumi ini. Aamiin
DeleteSeronoknya muafakat satu keluarga. Sepakat je adakan aktiviti. Payah nak kumpul kalau semua tak bersatu kan. Harap kami pun sepakat macam ni dengan adik beradik kelak tak kira la masa orang tua masih hidup atau tak
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur kerana kami bersatu hati di bawah pimpinan akak yang tua. Semuga Keluarga Han Hanni juga sepakat dan bersatu hati semuanya. Aamiin
Deleteerat sekali ikatan persaudaraan memeriahkan sambutan raya bila dpt berkumpul bersama meraikannya
ReplyDeleteSemuga ianya kekal selama-lamanya. Perjumpaan beramai-ramai yang selalu kami nantikan.
Deleteseronoknya dapat berkumpul semua adik-beradik....saling bagi hadiah, bantuan brg dapur & duit raya..
ReplyDeleteAlhamdulilllah syukur diatas rezeki yang Allah beri buat kami adik beradik serta keluarga. Aktiviti yang di jalankan sebenarnya bagi mengeratkan lagi silaturahim kami. Kalau tak buat macam tu nanti masing-masing buat hal masing-masing ja.
Deletebudak2 sonok dpt duit raya kannn., ;p
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin.,
Bukan budak-budak je yang seronok wak mak budak pun seronok kalau dapat duit raya dari bapak budak. hehehehe Selamat hari raya wak maaf zahir batin
Deletethank you
ReplyDelete