Friday, September 25, 2020

Gegerl Hour - 2 H 1 M di Putrajaya




Assalamualaikum,

Agenda gegerl hour ni sebenornya macam perjumpaan ramai-ramai, lepak-lepak sambil masak sambil makan  bersama Kak su sebelum Kak su  berpindah balik semula ke Sungai Petani.  Juga meraikan penulis Adelia yang sedang mengandung. Kiranya macam majlis perpisahan buat kaksu. Sebab lepas je majlis tu , pandemik Covid  19 pun menyerang. Malaysia pun start PKP selama 3 bulan  daripada 18 Mac sehingga 9 Jun 2020.  Kiranya ni cerita sebelum PKP le.    

Hujung bulan 12 kak su kata nak pindah balik Sungai Petani. Apa lagi setelah penerbitan Jemari Seni di tutup. Lepas tu suaminya penulis Imaen meninggal dunia, dan selepas tu sepupu yang menemani Kak Su selepas aruah Imaen meninggal telah bertemu jodoh. Jadi Kak su rasa biarlah dia balik ke kg halamannya di Sg Petani. Masih ada adik beradik lain di sana. Kalau kat Bangi dia hanya ada kawan-kawan yang tersayang sahaja.  Sedih juga bila dengar Kak su cakap macam tu.  

 Jadi Anim telah syorkan supaya kita orang buat gathering ramai-ramai dan akhirnya kami telah sepakat  mencari homestay untuk lepak beramai-ramai. Tempat area Bangi dan Putrajaya.  Kami pilih tarikh 11 dan 12 Januari 2020 sebab hari Sabtu dan Ahad. Kiranya 2H1M. Dalam pada tu menu santapan pun on. Nak buat steambot lah , celebrate birthday lah dan pelbagai lagi hidangan yang timbul. Tahu je lah kalau dah ramai-ramai ni macam-macam makanan yang semuanya teragak nak makan.  Bila gegerl berjumpa tak sah kalau takde majlis santap-santap ni. hehehehe  Akhirnya jumpa lah homestay Palmira kat presint 18 Putrajaya. Rumah 3 tingkat dengan 4 bilik aircond, 1 bilik private di tingkat atas dan 3 bilik air.  Parking boleh 4 kereta depannya. Tepi jalan depan rumah tersebut  pun ada parking juga tapi aku tenguk penuh ja.

Oleh kerana nak buat steamboat aku bawa periuk multipurpose, bawa bekas minuman untuk buat air jagung. Kiranya macam-macam peralatan yang perlu di bawa sehinggakan penuh ruangan dalam kereta selagi boleh di sumbat aku sumbat. Ya lah bawa air batu lepas tu 1 tray telur, roti gardenia, Piza Hut 2 kotak . Bawa Nawwir dan Kaknoor. Jadi memang sendat le. Lepas tu dek kerana nak ambil Nawwir dan jalan pulak jem area MRR2 lepas tu pick up kak Noor kat LRT Bandar Tasik Selatan jadi sampai pun lambat.  


Kak su dan Yah yang dah sampai dulu terus buat hidangan minum petang kuih onde-onde. Ni Anim dan Lia yang dah sampai  turut sama menolong. 

Sampai je kat rumah tersebut jenuh lah aku nak angkut barang. Tapi Kaknoor dan Nawwir bawa beg masing-masing dan terus menonong masuk dalam. Masa tu nampak Nacha baru sampai dihantar oleh suami dan anaknya.  Barang-barang yang banyak tu aku pun punggah sikit demi sedikit dalam rumah. Bengang juga sebab takde orang yang tolong sebab masing-masing dah excited jumpa kawan-kawan.  

Lepas agenda barang-barang selesai di bawa masuk,  kena pulak ambil Rin kat rumahnya. Dek kerana bengang tak habis jadi bila sampai rumah Rin, dia  tunggu tempat lain, aku tunggu tempat lain jadi memang buang masa sungguh lah.  Dia bawa toto takut tak cukup tilam. Aku ada juga toto kat rumah tapi dah bawa periuk memang tak muat le. Bonet pun penuh dengan beg kami bertiga. Bluevy aku tu comel je. Sumbat beg baju 3 orang dah penuh perut dia. Tu pun adjust sana sini supaya lebih lagi muatan boleh sumbat. hehehehe 

Bila kami sampai rupanya majlis ala-ala menyambut kedatangan ahli baru atau orang panggil Baby shower pun di mulakan.  Aku memang le tak reti bab-bab gaya orang putih ni jadi join lambat le. Tapi sampai je homestay selepas ambil Rin terus je bancuh air jagung.  Nanti nak minum petang air tak siap pulak.


Anim lah beriya-iya buat surprise deko khas untuk Lia. Buat kat master bedroom yang agak luas juga biliknya.
                                Baby shower gitu.  Tapi baby pun belum keluar nak shower camno. emmm


Selesai baby shower kita orang buat celebrate birthday. Kebetulan tarikh 11 januari tu birthday Kak noor. Jadi celebrate birthday bulan 1 lah juga.

 Ni celebrate belated birthday bulan 11 dan 12. Nak jumpa bukannya senang jadi sambut sebelum dan selepas. hehehehehe


Sessi makan-makan sambil menyembang.

Malam tu patutnya masing-masing menayang baju kelawar tapi yang aku beli dengan wan tak muat jadi terpaksa pakai baju spare yang di bawak. huhuhu nampak sangat beli siap takdak sixe.....huwaaaa

Malam pula adalah acara steamboat. hah tenguk menu bawah ni. Macam-macam yang eijay siapkan.  



 Pakai multi purpose untuk tomyam manakala yang gril tu untuk bakar daging perap dan ayam perap. Tapi dek kerana kuasa elektrik yang keterlaluan tiba-tiba eelektrik shock pulak. Aduhaiiiiiii nasib baik tak terbakar extension wayar.  Tukar pulak extension yang lain. Tak boleh sama dia bergaduh. 

Akhirnya dapatlah kami bersteambot beramai-ramai. Gambar lupa nak ambil sebab tengah sedap makan dengan gaya macam-macam. hahahahaha.

Malam tu shida ada juga datang bawa stew dengan bubur kacang. Oleh kerana dah kenyang makanan yang dibawa kami simpan.  Selesai kekenyangan makan steam bot lepas tu lepak le sambil menyembang.


Malam-malam ada pulak sessi belajar membuat karipap pusing. Inti yah dah siap bawa tinggal nak buat kulit. Anim lah yang mengajornya. Sebelum tu Iejay ajor macamana nak buat cornflake salted egg. Sonang rupanya. Bila siap je perghhh masing-masing pun krup krap krup krap. Sodap. masing-masing ambil resepi nak mencuba pulak nanti.

Malam tidur agak lambat dalam pukul 1 juga sebab dok kyusuk mencanai kulit dan mengelim karipap pusing untuk sarapan esok hari.  

Pagi je lepas subuh Kak su dah bangun dengan yah. kaksu sediakan nasi lemak. Yah goreng karipap. Aku pulak buat sandwich telur dengan jemput-jemput jagung. Lia buat teh tarik. Kaksu sempat lagi tu buat Miang Kham.  


 Pagi-pagi lagi amie dah datang. Semalam dia tak dapat nak tidur di homestay tapi hanya boleh join hari Ahad ja. 


Nasi lemak hasil air tangan kak su

Menu sarapan.


 Miang Kham menu tiba-tiba.

Tenguk lah tu penuh meja hidangan. Sambil makan sambil berborak. Eijay , Kaknoor dan Nawwir kena balik awal sebab ada hal lain. 

Jadi posing dulu sebelum mereka bertiga balik.


Posing di luar homestay sebelum balik.

Oleh kerana check out yah minta pukul 3 jadi ada lah masa untuk bermalas-malasan sebelum check out. Lepas seorang demi seorang balik kami pun kemaskan bilik dan rumah sehingga bersih. Siap tapau mana makanan yang ada. 

Alhamdulillah akhirnya dapat kami beramai bergather-gather. Sebab selepas tu memang tak jumpa kaksu disebabkan  pandemik covid 19 mula timbul.  Kita start PKP dan bila Kaksu dapat kebenaran merentas negeri untuk balik ke Sungai Petani yang di perolehinya secara mengejut memang kami semua tak berpeluang berjumpa. Kalau nak jumpa Kaksu kenalah plan ke Sungai petani lah pulak. Duduk di homestay kaksu pula. 

Walaupun berjauhan semuga kami dapat di pertemukan lagi dan dapat mengeratkan silaturahim seperti dahulu. Semuga Kak su hidup aman bahagia di kampung kelahirannya.

20 comments:

  1. walau majlis perpisahan tu sedh kan tapi kenangan manis persahabatan abadi dlm memori moga penulis Su n semua sukses dlm apa saja bidang yg diceburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih tapi lumrah kehidupan. Apa pun kalau rindu boleh lah zoom ke Sg Petani. Thanks sis PI atas doanya.

      Delete
  2. Seronoknya dapat beramai-ramai, makan-makan dan sembang-sembang! Bahagia bagaikan dunia ini ana yang punya... ahaks! Tu yang muncul miang kam tu, aduhai sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan bila berkumpul ramai-ramai seronok sangat. Tahun ni kurang berkumpul sebab Covid 19. Mudahan tahun hadapan boleh berkumpul lagi. Kak su chef dan penulis, itu yang ada menu tiba-tiba.

      Delete
  3. seronoknya..semoga ukhuwwah tetap erat walau berjauhan...mcm2 aktiviti ada - baby shower, celebrate birthday, kelas memasak (karipap pusing)..bestnya bersama sahabat2 baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkat suka membaca kami semua berkenalan dan ukhwah ini berpanjangan. Semuga ianya berkekalanlah hendaknya. Aamiin

      Delete
  4. so sweet baby shower..tapi sedih majlis perpisahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam gembira ada sedihnya. Apa pun lumrah kehidupan

      Delete
  5. meriahnya.. makanan pun meriah ye.. seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kalau dah kumpul agenda makan-makan dengan menu pun macam-macam yang timbul. Itu yang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai.

      Delete
  6. Suka buat gathering macam ni kalau dengan kawan2 lama tak jumpa. Boleh borak. Aktiviti makan tu memang wajib. Nampak sedap nasi lemak kak Su. Sedih dengar Jemari Seni dah ditutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang memang suka bergather-gather selain daripada dapat berjumpa dapat makan-makan sambil menyembang pun seronok. lagi pun kalau makan ramai-ramai rasa macam bertambah-tambah makannya. Tu lah sedih juga tapi nak buat macamana industri buku sekarang semakin merundum.

      Delete
  7. Replies
    1. Hahaha Kalau dah ramai-ramai makanan memang meriah macam-macam timbul.

      Delete
  8. Memang best kalau dapat kumpul masak , makan sama sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasale makcik bawang kan kalau jumpa ramai-ramai agenda makan-makan mesti tak tinggal. Seronok sekali dapat bersembang sambil bergosip. Ahaks

      Delete
  9. bla gather ramai-ramai ini, acara yang paling best adalah makan hehehehe :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Tempat tu je yang strategik nak bergambar ramai-ramai dengan semua orang boleh masuk.

      Delete