Thursday, December 3, 2020

Sejarah Muar = Sungai Muar





Assalamualaikum,

Asyik cerita makan je kan sesekali kena letak cerita sejarah lah pulak.  " huwaaa ngantuk lah pulak"  hah kalau kata cerita sejarah je semuanya ngantuk kan. hehehe Padahal cerita sejarah adalah cerita fakta yang kadang-kadang kita kena tahu juga asal usul kita. So sekali lagi aku gembur dalam FB anak muar hah adalah pulak cerita tentang sungai Muar dimana asal kejadiannya adalah muara sungai dan seterusnya di namakan muar.  

Ok jom kita menyelusuri sungai muar. eh ada cruise tau kat Tanjung Mas menyelusuri Sungai Muar. Tapi aku pun pun belum naik lagi aiyak...... apa da.... Orang luar dah naik,  orang muar sendiri belum naik....huhuhu buat malu kaum je lah. Insya Allah nanti aku naik lah cruise Sungai Muar tu.  Ni sebenornya dah rindu nak balik kampung tapi Lembah Kelang masih lagi dalam tahanan  PKPB ...... huwaa......nak balik kampung nak balik kampung nak balik kampung juga. Rindu oooo kat kampung


 SUNGAI MUAR

SERIBU SATU KISAH MERENTASI ZAMAN
MUAR sebelum bernama MUAR
MUAR bernama TELUK DALAM
TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.
MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"
MUAK - Rupabentuk Sungai:
Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.
MUAARU - Bahasa Hindu:
Muar bermaksud 3 saluran sungai.
MURTHU-AH - Bahasa Benggali:
Muar bermaksud sungai yang berbelit-belit.
Sungai Muar dipercayai digunakan sebagai laluan utama sebelum masihi semasa perluasan kuasa kerajaan Funan
Malah dengan terjumpanya sebuah loceng yang bernama DONG SONG yang berusia 150 tahun sebelum masihi di tebing sungai Muar membuktikan wujudnya kegiatan manusia di situ.
Kemudian pada zaman Kerajaan Langkasuka. Kerajaan tersebut yang berkembang pada abad pertama masihi mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur.
Disamping itu juga, Sungai Muar merupakan laluan pergerakan ketenteraan dan pengembangan agama Buddha pada zaman kerajaan tersebut serta kerajaan Srivijaya pada abad keenam hingga ke-13 Masihi termasuk kerajaan Majapahit sekitar abad 13 hingga 14 masihi.
Dalam tahun 1361, Parapancha seorang pendita di istana Majapahit telah menyenaraikan dalam Negarakertagama jajahan-jajahan takluk Majapahit di semenanjung tanah melayu pada masa pemerintahan Hayam Wuruk, salah satu daripadanya ialah Muar.
Sungai Muar boleh di ibaratkan seperti super highway yg besar lagi panjang bermula di selat melaka kemudian bertemu di PENARIKAN seterusnya ke laut china selatan melalui sungai pahang.
Panjang sungai muar adalah lebih kurang 285 KM bermula dari kuala sungai muar sehingga ke hulunya yg berakhir di Tasik Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pada awal abad 15 masihi, Sungai Muar menjadi saksi kemunculan permulaan satu kuasa besar Kerajaan Melayu Melaka dimana Parameswara yg lari dari temasik menyelusuri sungai muar dan membuat kota di tebing sungai muar iaitu kota biawak busuk dan kota buruk seterusnya kota kuala pagoh dan mudik kehulu sehingga bertemu dgn penempatan baru yg dinamakan Melaka.
Seiring dgn kepesatan Melaka sbagai pusat perdagangan interport, sungai muar menjadi jalan perdagangan yg penting kerana ia adalah jalan pintas ke laut china selatan dari selat melaka begitu juga sebaliknya.
Menurut Allahyarham Cikgu Saad bin Dahlan, pengkaji sejarah muar. Melalui penyelidikkan dan temubual dengan orang-orang tua yg telah turun temurun mendiami penempatan sepanjang sungai muar. Zaman kesultanan dulu2 dipanggil zaman puntung berasap.
Zaman tersebut, penduduk sepanjang sungai muar ,segamat,negeri sembilan dan pahang menggunakan rakit dan perahu utk pergi dari satu tempat ke satu tempat yg lain. Untuk memudahkan mencari tempat yg dituju, mereka menamakan tempat2 tersebut dgn nama2 teluk dan pantai seperti dibawah.
TELUK PEREPAT TUJUH ( LABIS )
TELUK SAMPAH BERHANYUT ( CHAAH )
TELUK JATI ( BEKOK )
TELUK CERMIN SEMBILAN ( BUKIT KEPONG )
TELUK PERHENTIAN ( GOMBANG )
PANTAI CERMIN ( DURIAN CHONDONG )
TELUK OLAK ( LIANG BATU )
TELUK TELEDAH ( RENCHONG )
TELUK LINDUNG ( PAGOH )
TELUK PEREPAT TANJUNG ( GERSIK )
TELUK PEPAT ( PENGKALAN BUKIT )
TELUK SEMBILAN ( JORAK )
TELUK LIMBONG ( MUAR )
Malah menurut orang2 lama, PENGKALAN KOTA juga dipanggil TELUK DALAM
Bahasa yg digunakan oleh penduduk sepanjang sungai muar sangat unik. Bahasa ini sangat menarik didengar sbb di tuturkan dengan berlagu dan beralun sama dengan lenggok dan alunan percakapan org perak kawasan parit. Antara perkataan org sungai muar :-
libang libu - mundar mandir
hincit - buang
hingo - bising
nyelap - tak sabar,
ba'atan - melampau
deras - cepat
ngelupo - terkujat-kujat
berdano - berdaki, kotor
berda'ah - menipu,membohong,mengada-ada
Menurut catatan Sejarah Melayu, pada zaman pemerihtahan Sultan Muzaffar Syah ( 1444 - 1456 ), Siam melalui panglimanya Awi Cakri menyerang Melaka menggunakan jln sungai pahang seterusnya melalui penarikan dan menyeberang ke sungai muar tapi dipatahkan oleh tun perak.
Melalui jalan sungai muar juga, Melaka berjaya menakluk pahang di zaman Sultan Mansur Syah (1456 - 1477 )
Sultan Alauddin Riayat Syah ( 1477 -1488 ) menyelusuri sungai muar, menjadikan kota kuala pagoh ( tebing sungai muar ) sbagai istana hinggap hingga mangkat di kg raja, pagoh
Sungai Muar juga menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya. Baginda dan pengikutnya berundur ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh)
Semasa di Kota Kuala Pagoh, Sultan Mahmud Syah menerusi Laksmana Hang Nadim merencanakan serangan demi serangan yg dipanggil perang gerila laut yg pertama dlm sejarah hingga mengakibatkan kemusnahan dan kerugian yg teruk pada Portugis tetapi ketidaksabaran Baginda utk merebut kembali kota Melaka mengakibatkan pasukan tentera Melaka kalah teruk dan Portugis menyerang pula kota Pagoh . Baginda seterusnya berundur ke bertam, batu hampar, pahang, bentan dan akhirnya mangkat di kampar sumatera.
Menurut 'Sila-Sila Datuk Temenggung Muar' semasa Sultan Mahmud Syah berundur ke Pahang, ramai penduduk tidak ikut serta tetapi mereka membuka perkampungan baru seperti Pagoh,Segamat, Sungai Riang ( reng ) dan sungai Terap dan dikendalikan oleh 'EMPAT ORANG TUHA-TUHA'
Portugis membina Fortaleza de Muar ( kubu Muar) pada 1605 di tepi sungai Muar untuk menyekat serangan dari timur dan selatan tetapi pada tahun 1615 dan 1616, kubu tersebut mengalami kerosakkan teruk diserang Aceh dan setelah dikalahkan Belanda pada tahun 1641, kubu tersebut hampir musnah akhirnya musnah terus pada era pemerintahan inggeris tahun 1807.
Pada sekitar sebelum pertengahan abad ke 19, terdapat banyak penempatan melayu yg teratur di sepanjang sungai Muar. Menurut Newbold, terdapat seramai tujuh orang penghulu di sana dan tiga drpdnya dipanggil penghulu besar. Dibawah setiap penghulu didirikan masjid utk kemudahan solat jumaat.
Pada 9 Oktober 1844, Temenggung Daeng Ibrahim, Pemerintahan Kerajaan Johor telah mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama Lau Lib Keng. Dengan ini maka bermulalah penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu.
Surat Sungai yang pertama ini menyatakan bahawa "Ungku Temenggung Seri Maharaja memberi surat tanda keterangan kepada orang Cina yang hendak berkebun dalam tanah Johor". Di dalam Surat Sungai itu juga dijelaskan bahawa Tuan Sungai mesti membayar cukai kepada Ungku Temenggung. Jika dijelaskan bagi tempoh tiga tahun, Tuan Sungai tersebut akan menerima hukuman yang berat.
Mereka membuka perkampungan disepanjang lembangan sungai Muar yg dikenali sbagai KANGKAR.
Pada tahun 1887, terdapat enam buah kangkar iaitu kangkar jorak,pengkalan bukit,pagoh,liang batu,lenga dan bukit kepong. Pada tahun 1904, jumlah kangkar meningkat ke 14 buah iaitu sarang buaya,jorak,pengkalan bukit,pagoh hilir,pagoh hulu,liang batu,lenga,bukit kepong,labis,biawak busuk,durian chondong,bukit serampang,sungai mati dan gersik... kesemuanya berjumlah 21 buah kawasan kangkar.
Sungai muar juga menjadi saksi Perang saudara yg pertama di Negeri Johor pada tahun 1879 akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam Shah, putera gahara kepada Sultan Ali Iskandar Shah atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.
PERANG JEMENTAH' merupakan satu lagi peristiwa atau tragedi terpenting pernah berlaku di bumi Jementah. Daripada sumber-sumber diperolehi jelas menunjukan bahawa Perang Jementah yang berlaku dalam tahun 1879. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
1. Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
2. Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
3. Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
4. Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor mulai tahun 1880 selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
5. Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit lohor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.
Bandar Maharani Muar telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887. Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu (sekarang menjadi restoran makanan laut Muara yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).
Bermulanya era kemodenan muar pada awal abad ke 20 dgn penghijrahan ramai warga luar termasuk cina,jawa,india,bugis dan lain2 lagi menjadikan muar sbagai bandar yg paling pesat berkembang di negeri johor. Kemunculan syarikat penambang muar yg mengadakan perkhidmatan feri dari bandar muar ke tanjung agas telah memangkinkan lagi ekonomi dan sosial penduduk sepanjang sungai muar.
Peristiwa 'BATTLE OF MUAR' dlm perang dunia kedua oleh pihak jepun menentang pihak british pada 14 - 22 january 1942 . Tentera Jepun menawan beberapa tongkang yang berlabuh di sebelah tebing selatan sungai Muar dan menundanya kehilir untuk mengepung Bandar Muar dan akhirnya Muar ditawan. kesan kejatuhan muar diumpamakan spt kejatuhan tanah melayu ditangan jepun seluruhnya.
Selepas perang dunia kedua tamat, negara di kejutkan dgn peristiwa menyayat hati kejadian balai polis bukit kepong di serang segerombolan 180 org komunis. ia berlaku pada 23 Februari 1950 . Balai polis tersebut yg terletak di tebing sungai muar dibakar dan seramai 17 org anggota polis gugur.
Abad ke 21 sekarang, sungai muar masih lagi mengalir spt hari2 yg lalu cuma kalau dahulu , jong besar boleh mudik smpai kehulu berbanding sekarang yg airnya semakin cetek tetapi isi dalamnya masih memberi limpahan rezeki buat penduduk sepanjang sungai muar malah salah satu tiram ( Crassostera Gigas ) terbaik didunia terdapat di sungai muar.


Kredit : Sejarah Muar
Kredit ; FB Anak Muar


8 comments:

  1. banyak makna Muar - dlm pelbagai bahasa..

    ReplyDelete
  2. Hebatnya sejarah negara kita! Terkenal seantero dunia.
    Tiap kali saya tonton filem Bukit Kepong, memang tak dapat tahan air mata mengalir. Ceritanya sangat menyayat hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya banyak sejarah mengenai muar. Baru tahu...huhuhu teruk sungguh lah warga muo ni

      Delete
  3. Saya suka sangat sejarah. Kecik2 dulu pernah baca pasal sultan alauddin riayat shah tu. Antara figura penting yang membentuk kesultanan Johor. Jom la balik Muar naik cruise. Sekarang dah boleh rentas negeri. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom sal. Kat Tanjung Mas dan Tanjung Agas sekarang makin havoc suasananya. Kalau malam-malam lagi meriah kat dataran muar tu.

      Delete
  4. Masa sekolah dulu, nota sejarah paling warna-warni sebab banyak nama dan tarikh penting yang mesti kena ingat.

    Muar pun ada cruise eh? Boleh cuba naik nanti 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sejarah seronok kan mendengar dan membaca cerita sejarah lama. Tapi kadang orang kata mengantuk. Haah muar dah ada cruise tapi orang muo pun belum naik lagi......aiyakkkk buat malu orang muo jo. hehehe

      Delete