Wednesday, December 30, 2020

Selamat tinggal 2020 selamat datang 2021

 



Assalamualaikum,

Hari ni dah 31hb 2020. Esok dah masuk tahun baru 2021. Tak sangka kan tahun 2020 dah sampai penghujungnya. Tahun 2020 bagi aku begitu banyak memori duka yang kami sekeluarga kena hadapi.

Dan juga memori  pandemik Virus Covid 19 yang melanda semua negara. Kiranya tahun 2020 menyaksikan angka-angka yang di paparkan adalah jumlah mangsa Covid 19 samada yang positif atau angka kematian di sebabkan Covid 19.

Siapa sangka tahun 2020 menyaksikan bencana melanda satu dunia. Apa pun kita doa semuga Allah angkat virus tersebut dari mukabumi ini. Apa pun hanya Allah yang lebih mengetahui apa jua yang berlaku.


Aku letak cuti tahunan 2021 untuk sesiapa yang merancang percutian mereka nanti. Tapi adakah kita dapat bercuti jalan-jalan ke luar negara.....emmm hanya masa sahaja yang menentukan keadaan dan situasi macamana yang boleh kita buat seandainya wabak Virus 19 ni masih lagi ada. Malahan PKPB pun masih lagi di sambung sehingga 14hb Januari 2021. So ikut je lah situasi yang berlaku sekarang.


Jumlah kes masih lagi meningkat dan kita kenalah patuhi SOP yang kerajaan tetapkan. Kesian juga kan buat frontliners yang masih lagi belum dapat rehat selagi kes masih lagi meningkat. Sama-sama lah kita berdoa mudah-mudahan semua ini berlalu pergi. Bukan apa aku pun risau juga dengan kakak-kakak aku warga emas yang kadang risau takut di jangkiti virus tersebut. Mereka berisiko tinggi sebab mempunyai penyakit lain dan badan bukannya kuat untuk menentang virus tersebut. Mudahan tahun 2021 dengan adanya vaksin yang sedang di usahakan kerajaan semua pandemik ini berlalu dan keadaan akan terkawal seperti dahulu. Aamiin Aamiin.

 
Maaf zahir dan batin dan selamat tinggal 2020 dan selamat datang 2021. Semuga masih ada sinar kebahagiaan buat semua rakyat di Malaysia dan semua manusia di dunia. Aamiin

10 comments:

  1. semoga sinar baru di tahun 2021.
    nak travel2 pun tak sure boleh ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tu lah masuk tahun baru kes mencanak2 naik. Bilalah nak turun kes covid 19 ni. Org kkm terutamanya frontliners dah penat

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat tahun baru nohas. Semuga tahun baru kali ini virus covid 19 nyah dari mukabumi ini

      Delete
  3. SALAM TAHUN 21 NOTIE SIHAT SEJHTERA SUKSES TIASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru 2021 sis. Terima kasih doanya. Semuga sis PI pun Allah lindungi hendakNYA. Aamiin

      Delete
  4. Selamat tahun baru 2021. Pandemik covid banyak ubah corak kehidupan kita. Semoga cepat berakhir. Jemu jugaklah bila kebebasan terhad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru sal. Nak buat macamana kena hadapi juga. Sekarang lagi mencanak naik. Kawan kat pejabat nurses dah kena panggil untuk membantu. Team doktor belum lagi. Anggota KKM yang di jangkiti dan kena kurantine pun dah banyak. Selangor je hampir 300 staff kena kurantine. Kalau kita tak jaga lama-lama kkm pun tak boleh tahan.

      Delete
  5. wahh siap dah jadual tahun baru yaaa dengan hari2 cuti hehe.. semoga cepat la Covid berlalu nak pergi jalan2 lagi kan.. tapi hikmah nya tahun2 ni kita boleh menabong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak je siti nak berjalan emm memang fikir panjang le. Kes mencanak-canak memang fikir panjang le. Mudahan tahun 2021 rezeki kita melimpah ruah untuk simpanan akan datang. aamiin. hehehe

      Delete