Wednesday, January 6, 2021

Delhi Kashmir 2019 - Hari 2 Kedai Carpet

 




Assalamualaikum,

Selepas melihat shalimar garden, hujan turun. Tapi nasib baik dia tak lama tapi basah le juga dan cuaca di kashmir sejuk le juga. Walaupun katanya musim bunga tapi cuaca macam tak bagi kami menikmati keindahan kashmir je. Tapi dah sampai jadi kenalah teruskan perjalanan.   




Akhirnya kami sampai di satu bangunan. Cuaca yang sejuk dengan hujan renyai-renyai. Ni katanya pokok epal. Rendangnya pokoknya. Sedang berbunga.....huhuhuhu tak berbuah lagi. Kalau nak panjat pokok epal ni katanya musim autumn.... masa tu memang buah epal sedang masak ranum. Alaaaaa macam kena datang lagi je. hehehehe 


Tu dia sekali masuk rupanya kedai carpet. Macam-macam jenis carpet ado. Pandang dan lihat je lah.



    Macam-macam corak. Sebenarnya carpet ni tenunan tangan tau. Jadi ianya memakan masa dan harganya pun mahal juga sesuai dengan masa dan rumitnya ianya di tenun.


Ikutkan corak dia cantik- cantik juga dan lembut serta halus tenunannya. 


Ada macam-macam jenis. Nak kecil, sedang dan besar pun ado. hah duit pun ikut saiz le carpet yang nak di beli. hehehehe


 Kak mon dan ryn sedang membelek-belek dan memilih corak carpet yang berkenan di hati.



             Entah apa lah yang di bincangkan 2 beradik tu. Macam perdebatan hebat je.



         Tuan kedai ada juga bercerita tentang carpet yang di buat. Ada yang memakan masa. Bertahun-tahun pun ada kalau carpet tu besar. Tapi memang lembut. Tenunan tangan tau.


                              Dia bentang je. Sekejap tunjuk corak yang ini sekejap tunjuk corak yang itu.

                                             Yang ni cantik kan. warna purple gitu.

                      Tengah-tengah tu tempat pendiang. kan ada kayu sebelahnya. Cuaca di luar sejuk jadi ada pendiang tu rasa panas le sikit. Tuan kedai cerita bagaimana mereka menenun menggunakan tangan. Jenuh kan kalau tenunan tangan.Tapi halus dan harga pun berbaluilah dengan usaha yang di hasilkan.   
          
                        Kita orang seronok je mendengar tuan carpet bercerita. macam-macam ceritanya bagaimana nak hasilkan benang. Kemudian dari benang nak di warnakan. Lepas tu macamana nak menenun. emmm macam-macam lagi lah cerita dia. hehehehe padahal aku dah lupa.

                              Dif terhormat di singgah sana berwarna merah.. hehehehe


hah nampak tu. Akhirnya 2 carpet kak mon dan bang mat borong. Kita orang bersyukur je ada orang Brunei yang membeli. Sebabkan orang malaysia rasa mahal dan tak mampu nak membeli jadi harap kat orang brunei je yang membelinya. hehehehe Ya lah kualiti baik dan harganya mahal tapi penat je bercerita tapi orang malaysia tak tergoda pun. hehehehe

Alhamdulillah kiranya ada orang Brunei penyelamat kami. Yalah kan nak beli yang paling murah je pun mahal apalagi lah yang besar. memang mahal le pada kami. Tapi memang halus buatan tangannya. 

Tenguklah tu dia punya balutan kemas sungguh di balutnya. Dah biasa para pelancung membeli carpet di kedai mereka jadi bab pembungkusan memang lah mereka expert.  Di gulung sehingga kecil kemudian dibalut benda lain di luarnya dan di ikat.  

Ok setel kedai carpet kemana pula kita......tunggu....

11 comments:

  1. Time hujan masuk kedai jelah, nak jalan-jalan tak boleh. Saya kalau masuk kedai lama-lama tapi tak beli akan rasa bersalah. Nasib baik ada orang Brunei. Orang Malaysia telan liur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masuk kedai carpet tu wajib masuk sebab nak menolong industri perniagaan mereka. Cantik dan lembut tapi mahal lah yang oiii. Nasib baik orang brunei ada. Kesian pulak kalau depa bercerita bagai tapi takde sesiapa yang membeli.

      Delete
    2. Oh wajib masuk rupanya. Nasib baik tak wajib beli. Hehe

      Delete
  2. nasib baik ada org brunei. takde la rasa serba salah sangt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah nasib baik ada orang brunei memang syukur sangat kalau tak kena juga beli yang kecil buat oleh-oleh

      Delete
  3. cantik hasil seni tenun diorang.. diorang kasi amek gmabr eh ? saya masa di Turkey siap kena warning lagi sapa2 yang pegang camera mmg kena marah. xleh langsung amek gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan halus. kalau pegang memang lembut tenunan tangan kan. Takde pulak dia orang marah-marah malahan siap tunjuk lagi corak corak yang ada.

      Delete
  4. Terima kasih kat orang Brunei.
    Kalau tidak, agaknya lama lagilah duduk di kedai karpet tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena terima kasih banyak-banyak pada orang brunei. Tu yang kita orang harapkan. hehehe

      Delete
  5. carpet Kashmir ni femes tapi tulah harganya mampu tengok je..sib baik ada penyelamat..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan halus tenunannya sebab handmade. Tapi tu lah mampu tenguk ja. Nasib bawak ismet ulam raja dari negara brunei.

      Delete