Delhi kashmir 2019 hari ke 2 Indira Gandhi Tulip Garden
Assalamualaikum,
Pagi subuh sapee dah terjaga. Ya Allah sejuknya kashmir. Subuh masuk dalam pukul 4.34 pagi. Matahari naik pula pada pukul 6.01 pagi. Pagi nak ambil air sembahyang pun perghh air macam air batu. Sejuk tapi alam sungguh mendamaikan. Terdengar suara azan berkumandang di masjid berhampiran. Dengar suara je tapi tak nampak pun masjidnya di mana.
Hari ni kami akan ke pergunungan Gulmarg....hah naik kereta kabel ya. Walaupun masa ni dah musim bunga tapi di Gulmarg masih ada lagi salji. Untungnya kami dapat pi musim bunga tapi merasa main salji.
Semalam dah testing kot yang di jual tapi takde size. emm pakai apa yang ada lah ya.
Selepas sarapan keluar lah melihat keindahan alam di sekeliling rumah bot. Nampak cuaca macam mendung ja. Haiiiiyaaa
Antara rumah bot yang terletak berhampiran. Tenguk sekali imbas je Tak berani nak menjenguk mungkin tuannya tak sama. Tapi tak nampak orang lain kecuali group kami ja.
Wah nampak kak mon dan bang mat di tepi jetty....dating ke apa tu.....Oh ada bot jual pokok bunga dan benih
Lah kak mon tu dah kenapa gelak besar sambil pegang buku. Bang mat bagi bunga ka.
Oooo memilih bunga rupanya
Tapi yang ni memang sweet sangat couple dari Brunei ni.
Tak lama kemudian Kak afza, Kak su dan Yah datang menjenguk.
Baguslah penjual bunga ni siap ada buku sepecial tentang bunga. Aku pun tak tenguk buku tu tentang apa.
Nampak cantik dan subur pokok bunga kecik kecik tu. Fresh nampaknya.
Kak su tu ambil gambar dari tadi tak habis-habis. Yang kak mon dok belek buku tentang bunga tak habis-habis. Yah dok menyibuk tak habis-habis...hahahahaha
Posing depan House bot yang aku tinggal. Cantik ukiran kayunya.
Kak noor sedang mencuba kot yang penjual tu jual. Pagi-pagi kita orang baru habis sarapan pun depa dah menjenguk. Memang tak bagi can sungguh nak lepak kat hall depan. Semalam tak dapat kot yang ada size aku....puh jenuh dia carikan kot yang size untuk aku. Jadi pagi-pagi lagi dah bawa kot tersebut. Bila acu je muat. Akhirnya aku dapat kot warna purple. Besar dan tebal. Harga dalam Rm 330 dalam 5,500 rupee. Pejam mata je lah beli kot kat kashmir ni. Bukan senang nak dapat size yang sesuai.
Tak dapat pi mexico dapat pi new mexico pun jadi lah ya. Tapi tuan rumahnya sungguh scary. Nampak sungguh ganaz dan ala-ala samseng kampung dusun. Kak noor lah selalu memerhatikan kelakuan orang tu. Aku pulak takdenya kisah orang tu buat apa. Aku buat hal aku sendiri ja. Sebab hati selalu sangka baik tak nak syak wasangka kat orang. Lagi pun kan semuanya orang Islam.
Halahaiiiiii kak noor dari tadi tak habis dok membelek kot yang ada. Ni dari dalam rumah bot. Hah nampak tak bawah meja tv tu barang bungkusan jualan mereka.
Mak su ti dah membelek batu intan permata. Aku pandang dan lihat je lah. Jari comel sangat sebab tu tadak size.. pandang jo laa Tapi ada batu-batu dia yang cantik dan bersinar-sinar. Kat rumah bot kak su dari semalam lagi dah bershopping dalam rumah.
Suasana semakin meriah dengan shikari yang membawa penumpang. Kita orang pun berkumpul pada pukul 8.30 pagi untuk ke jetty nun seberang daratan.
Kat jetty dah menunggu bas kami. Dalam pada tu banyak je penjual barang-barang semasa kami nak naik bas. Oleh kerana nak cepat takde lah kami nak membelek apa yang di jual. Semua dah masuk bas apa lagi yeh....kita pi Gulmarg.... jauh juga ni hampir 5 jam perjalanan.
Pemandangan sekitar bandar kashmir . Penduduk kashmir mula memulakan aktiviti harian mereka.
Tu dia ko....penuh kayu kayan satu lori kecik. Tak tahu kayu tu untuk apa.
Keadaan jalan yang begitu daif. Sedih aku tenguk. Kalau lah boleh di buat jalan yang selesa kan memudahkan penduduk kashmir dalam kehidupan seharian mereka.
Macam jalan-jalan kat malaysia zaman dolu-dolu masa takde jalan tar. Teruk kan. Sian mereka Bila tenguk macam ni teringat time dolu-dolu naik bas mini wilayah. Bila masa balik kerja fuh padat macam ikan sardin.
Hah kat mana-mana ada je tentera berkawal. Tak sonang sungguh askar ni melihat kedamaian penduduk kashmir.
Mereka menunggu pengangkutan untuk bekerja agaknya.
Kemana lah mereka nak pergi agaknya.
Selepas bandar kashmir kami tinggal kan suasana menghijau di sajikan untuk pandangan mata kami. Terdapat banyak ladang-ladang. Tapi ikut musim lah.
Ni yang warna kuning ni katanya ladang mustard ataupun biji sawi. Macamanalah agaknya biji sawi tu di proses dari pokok tersebut kan. Tertanya-tanya juga aku.
Perkampungan yang kami lalui sepanjang jalan kenangan. hehehe
Nampak di hujung sana. Pergunungan yang masih di selaputi salji. emmm bestnya. cuaca mendung je dengan awan tebal jadi tak nampak cantik. Kalau cuaca terang mesti lagi cantik pergunungan tersebut.
Perkampungan yang terdapat sepanjang perjalanan kami.
Mencari rezeki di tepi-tepi jalan. Gigih mereka mencari rezeki kan.
Oh ada bayaran rupanya kalau masuk kawasan pelancungan. Hah tu terserah pada Mr Abdul lah. Mungkin dah termasuk dalam pakage.
Wah dah nampak salji. Ni dh nak mendaki bukit ni. Jadi sepanjang perjalanan salji yang mencair menjadikan air sungai berarus deras.
seronok tenguk sana putih sini putih... bestnya.
Bas mula mendaki sedikit demi sedikit. Suasana rasa makin sejuk.
Ngeri juga ni laluan ke atas.
Macam hamparan kapas je kan.
Ok lah kita sambung kemudian ya.
Yang diharapkan abang Sashi Kapoor, tapi dapat ruan rumah bot muka ganas ye. Mungkin macam tu kot keadaan orang yang hidup di zon bergolak. Kena nampak kuat supaya tak dibuli. Ewah, pandai aku jadi pakar psikologi. Adoi lama tu 5 jam. Gi muar dah patah balik. Tapi berbaloi kan. DEmi salji di puncak gunung Kashmir. Sambung lagi..rindu baca entry travel musim covid ni
ReplyDeleteEntah le sal. Rupa masing-masing semacam je. Tapi ada juga yang rupa bagaikan ada nur di muka. hehehehe Sabar...tengah cari idea nak mengarang
DeleteBilalah boleh mengulang kembali kenangan di sini. Ladang mustard tu memang cantik betul. Saujana mata memandang dengan warna hijau kuning. Teringat Kajol lari-lari di ladang bersama Shah Rukh Khan dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge... kalau tak silaplah.
ReplyDeleteTu lah bila cerita kat member yang pergi semua pun rindu nak pergi lagi. Terasa tak puas menyelusuri kashmir kan. Tu belum lagi pergi ladang safron, ladang epal. Hah tu lagi best kan.
DeleteINDAH SUGGUH PEMANDANGANNYA
ReplyDeleteBaru sikit ni kak. Tu pun banyak saya tak masukkan.
Deleteoo..nama boathouse tu new mexico..hehe..
ReplyDeleteRumah glemer nama. Ada alaska lah new mexico lah.
Delete