Assalamualaikum,
Apa khabar semua. Diharap semua rakyat Malaysia bertabah lah menghadapi PKP 3.0. Apa pun juga rintangan dan ujian, kita semua bersatu hati menghadapi dugaan tersebut. Semuga semua virus Covid 19 dapat kita singkirkan dan nyah kan dari muka bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Kita start PKP 3.0 pada 1hb Jun 2021 dan habis pada 14hb Jun 2021. Lepas tu kita sambung semula selama 2 minggu lagi pada 15hb Jun sehingga 28hb Jun 2021. Dengan wad semakin penuh dan ICU lagi lah kritikal . Kematian apa lagi mencanak naik. Yang risau lagi lah BID (Brought In Dead) iaitu kematian di rumah yang bila di uji positif Covid 19 juga naik dan ini menggusarkan DG. Walaupun angka kes baru masih lagi dalam lingkungan 5,000 tapi sudah nampak angka mula nak surut. Kalau tak hari tu hampir mencecah 10k. Kita orang warga KKM pun dah mula naik risau bila kes baru naik dan naik. Kesian pada warga Hospital sebab bila naik kes kemasukan juga bertambah apa lagi yang memerlukan bantuan oksigen.
Fasa ke 2 ni kita tenguk data dia macamana. Adakah mula nak surut ataupun statik je macam tu. Mudahan kes baru mula lah turun dan turun. Kalau tak huh berapa lama nak kena hadap PKP ni. Kesian juga buat mereka yang kehilangan pekerjaan dan terputus mata pencarian. Kalau kena sambung macamana lah nak cari rezeki kan. Kesian sungguh. Apa pun kita doa lah banyak-banyak ye semuga semua rakyat malaysia cepat dapat vaksin dan cepat lah virus tersebut pergi dari muka bumi ini.
Ok kita tenguk perbandingan kes
Kredit FB KKM
Berikut adalah kes Brought-In-Dead (BID) bagi jangkitan #COVID19 di Malaysia yang direkodkan sejak 14 Mei - 14 Jun 2021.
Jumlah BID tertinggi dilaporkan pada 11 Jun yang lepas.
Harap dengan vaksinasi yang semakin giat, kes boleh diturunkan. Ganas varian kali ni, badan lemah sikit je terus kena attack.
ReplyDeleteKuman dia cepat bermutasi sehinggakan menjadi ganas dengan lebih cepat. Tu yang menakutkan apabila terkena pada warga emas memang terus stage 5. Kesian mereka. Bagi mereka yang imunisasi rendah memang azab le diserang habis habisan. Ya Allah dijauhkan lah terkena jangkitan tersebut buat orang yang kita sayang.
DeleteBanyak usaha dan ikhtiar sudah dan sedang dilakukan untuk mengekang wabak ini. Marilah teruskan berdoa semoga berakhir dengan yang baik-baik saja.
ReplyDeleteSemuga usaha dan ikhtiar kita berjaya akhirnya. Aamiin Aamiin Aamiin kita terus berdoa
Deletebaca laporan kes kovid ni takut nak keluar kemana mana kalau dijangkiti ramai yg terkait sama
ReplyDeleteSis kalau ada macam-macam penyakit dapatkan vaksin dulu seblum keluar kemana2. Take care sis
Delete