Wednesday, June 23, 2021

Muar pernah ada jajaran Kereta Api





 Muar pernah ada jajaran kereta api?


1. Terdahulu, Muar atau juga kini dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja sebuah bandar yang pernah mempunyai rangkaian sistem landasan kereta api. Rangkaian sistem landasan kereta api tersebut diberi nama sebagai Kereta Api Kerajaan Muar atau Muar State Railways (M.S.R).

2. Pada ketika itu, Muar menjadi bandar pertama di Tanah Melayu yang mempunyai sistem kereta api sendiri. Sistem kereta api Muar ini telah wujud sekitar tahun 1889, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama 36 tahun sahaja dan berakhir pada tahun 1925.

3. Untuk makluman, bandar Muar pada masa tersebut merupakan jajahan yang terbesar dan terpenting di Johor serta ia juga menjadi bandar pertama yang dibangunkan secara signifikan oleh Johor.

4. Parit Jawa adalah kawasan tumpuan dan terpenting di mana ketika itu penduduknya mengusahakan tanaman seperti gambir, kelapa, pinang dan tanaman komersial lain sekitar abad ke-19. Pada jangka masa tersebut, industri pertanian terutama gambir, kelapa dan pinang sedang berkembang dengan pesat.

5. Faktor ini secara tidak langsung menyebabkan pembinaan sistem landasan kereta api Muar. Tujuan utama pembinaan landasan ini adalah untuk memudahkan urusan pengangkutan hasil tanaman ke bandar dan ke pelabuhan.

6. Kenapa tidak menggunakan jalan darat atau laut? Agak sukar pada ketika itu kerana perjalanan laut terpaksa menghadapi ancaman lanun sementara perjalanan darat pula tidak digunakan atas faktor jalan perhubungan darat kurang baik dan tidak mempunyai kenderaan bersesuaian pada masa itu.

7. Manakala tenaga buruh yang digunakan sepanjang pembinaan landasan kereta api Muar adalah tenaga buruh yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu dan orang Jawa. Kerja-kerja peringkat awal seperti pemasangan rel dan enjin yang dibekalkan dari Eropah mula dijalankan pada tahun 1889-1890.

8. Pada 1890, Muar mencipta sejarah apabila Kereta Api Kerajaan Muar (M.S.R) mula mengadakan perkhidmatannya sebagai ‘kereta api ringan’ dari Jalan Sulaiman di Bandar Muar ke Parit Jawa. Manakala beberapa tahun selepas itu landasan kereta api ini disambungkan sejauh 3 batu lagi sehingga menghubungkan Sungai Pulai. Sebagai rekod kereta api ini menjalankan perkhidmatannya sebanyak lima kali dalam sehari.

9. Menjelang 1918, perkhidmatan kereta api Muar sangat menguntungkan ini disebabkan dua jenis perkhidmatan iaitu trem penumpang dan trem pengangkutan barang. Bagaimanapun selang beberapa tahun kemudian keuntungan ini mulai merosot disebabkan kelemahan enjin dan kos yang ditampung untuk membaikpulih stesen juga menelan belanja yang besar.

10. Pada tahun 1925 perkhidmatan kereta api Muar terpaksa diberhentikan sebagai alat perhubungan ke selatan bandar Muar ketika itu. Faktor lain menyebabkan perkhidmatan ini dihentikan terus adalah faktor pembukaan jalan raya ‘Jalan Abd. Rahman’ yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dengan Parit Jawa.

11. Dapat disimpulkan bahawa sistem Kereta Api Kerajaan Muar pada zaman dahulu memberi impak signifikan kepada bandar Muar. Malah memberi sumbangan besar dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial dari tahun 1889 sehinggalah tahun 1925.

Sekian. 


kredit Fb Anak jati muar



Assalamualaikum,

Tak sangka kan rupanya ada jalan keretapi di muar. Patutlah aku pelik napa ada kepala keretapi kat Tanjung Mas. Rupanya salah silah sejarah muar dahulu kala terdapatnya perkhidmatan Keretapi tapi dah lama lah.  Bila terbaca sejarah muar barulah tahu. Kiranya muar dulu femes juga tau. Jadi bila pergi ke Tanjung Mas nampak kepala keretapi ni janganlah terkezut tau. Itu merupakan tanda peninggalan sejarah lama muar.

16 comments:

  1. Kat muar ada ke tinggalan keretapi ni? Ke takde bukti sejarah? Almaklumla saya Muar celup, ic kl. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sal cuba terjah kat Tanjung Mas ada kepala keretapi ni.

      Delete
    2. Tu jelah kan? Lain rasanya tak pernah nampak

      Delete
    3. Kepala keretapi je yang tinggal. jalan keretapi dah takde bila jalan abdul rahman dah wujud.

      Delete
    4. Oh ok.. Thanks atas pencerahan

      Delete
  2. Replies
    1. Sesekali layan sejarah sis supaya tahu asal usul sesuatu tempat.

      Delete
  3. Ada eh.. baru tahu.. TQ Share pasal fakta sejarah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah ahkak pun baru tahu....hampeh sungguh kan. hehehehe

      Delete
    2. Kikiki.. Okaylah tu kak.. Akak baru tau, share kat kami.. kami pun tau juga.. hehehe.. Aduh rindunya nak ke Muar makan asam pedas..

      Delete
  4. bagus ada info sejarah mcm ni...teringin nak gi jalan2 Muar lepas ni..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sesekali kena tahu sejarah silam hehehehe

      Delete
  6. Replies
    1. sesekali kena gali ni sejarah lama-lama. hehehe

      Delete