Assalamualaikum,
Dalam ekonomi yang tidak ketentuan musim wabak Covid 19 ni banyak dengar syarikat yang bertukar tangan. Teruk kan. Jenama shopping mall yang gah pun banyak berubah nama. Dulu-dulu kat jalan TAR yang femes ialah Globe silk store.....ada sapa-sapa yang ingat. Lagi satu Mun Loong... hah masa tu kalau dapat pi situ shopping kain perghhh dah macam orang kayangan je padahal tempat tu kira untuk orang marhaen sebab murah. Kain cotton kat situ memang bagus dan berkualiti selalu rambang mata kalau shopping time raya. Tapi lah ni dah tutup dah tukar nama lain dan dah tak femes lagi. Yang best kat tingkat atas Globe silk store tu ada tempat makan yang sedap dan murah....ada sapa-sapa yang ingat tak. Rindunya shopping kat Globe tu bila dah penat shopping pi makan kat tingkat atas.
Sekarang Jakel lah pulak yang naik. Aku ingat lagi masa tu kedai Jakel kedai kecik je di Bandar Segamat. Masa tu big boss Jakel sekarang masih muda lagi...ingat lagi anak perempuan dia yang riuh dan peramah bila kita orang pi kedainya. Lepas tu buka kedai baru dan ambil tempat panggung wayang yang dah tutup sebagai stor barang simpanannya. Bila aku pindah KL kedainya semakin maju, semakin maju sehinggalah dah ada wisma Jakel sendiri. Tapi kadang bila masuk emm harga bagaikan di kayangan je... baik pi shopping kain kat kedai kecil yang banyak kat jalan TAR tu lagi murah.
Dulu masa mula Jusco buka wah bestnya rasa gah je...kalau masuk rasa pi jepun sebab dia syarikat jepun kan. Ingatkan makin berkembang..emmm akhirnya tukar nama dan tuan juga.
Nama syabas macam best je tapi alkisahnya macam-macam cerita air di selangor yang tidak habis-habis bencananya. Air kotor lah campur bahan kimia lah.....huh air oh air memang tak habis kat selangor ni.
Dulu kalau masuk careefour rasa macam tak mahu keluar gitu sebab syioknya shopping. adehaiiii boleh berkampung lah dalam carefour tu. Nampak tak dia punya seronok shopping kat carefour...dolu2 le time suka membeli belah....lah ni ada kureng sikit le hehehe macam taubat tu idok le cuma dah kureng minat jo.
Rupanya stesyen minyak pun terkesan juga sampai bertukar-tukar nama.... BP ni aku jeling je tak pernah masuk beli minyak dia. Aku kan peminat Petronas selama-lamanya. hehehehe Patriotik le konon-kononnya
Dulu terjebak masuk web Groupon ni sebab selalu ada diskaun dan macam-macam ado. Pergh kopak juga duit bila selalu terjeling dan terbeli kopon dia. Tapi bila dah tukar fave ni dah lama ahkak tobat ye....nasib baik dia tak macam-macam offer macam Groupun tu. Boleh tergoda u bila tenguk diskaun yang di beri. Terjebak pulak dengan shopee dan lazada....aduhaiiiiii tak boleh dan jangan jeling selalu mahu tak nanti kopak duit dalam bank...aiyooooo godaan sungguh.
Ala sedih bila ntv7 hilang dari radar. Padahal cerita kat situ kadang best juga. Kalau 8tv banyak citer cina, citer kat ntv7 ada macam-macam tapi aku pun dah lupa citer apa best kat situ. hehehehe tapi lah ni boring lah kalau kat rumah pagi-pagi asyik lah wowshop sana wowshop sini....dia ingat kita banyak duit nak beli tu semua. Apa lagi time PKP pelbagai versi ni. Entah kenapa aku lebih suka tenguk Goshop dan beli barang dia daripada masuk wowshop....apa lagi dengan pengacara dia kadang macam terjerit-jerit suruh beli aduhaiiii boleh pekak telinga ahkak kalau macam tu punya gaya nak suruh beli.
Makro ni dulu suka masuk sebab macam-macam barang aku suka beli. Kadang boleh menjaukaui duit poket sebab semua barang nak beli. Seronok entah kenapa tak tahu nak habak....barang-barang rumah yang selalu kita nak guna dan kadang barang-barang dapur dia murah. Tapi dulu kalau tak salah dia buat dalam kuantiti yang banyak. Contoh dalam 1 dozen untuk satu jenis. Kiranya beli untuk stok beberapa bulan. Kalau beli borong lagi murah dari beli satu jenis bila kita kira balik harganya. Tapi beli barang yang memang barang harian lah baru kira jimat. Tu yang pening bila troli penuh hehehehe.
Tesco ni ada 2 kategori iaitu Tesco Extra macam kat atas tu, dia ambil alih Makro dan Tesco je rasanya shopping mall yang besar tapi jualan dia takde lah secara borong dan mungkin syarikat yang sama cuma dia berbeza jenis jualan kut. Itu ikut fahaman aku le. Sebenornya dah lama tak masuk Tesco jalan Ampang tu dan Tesco Extra kat tepi highway MMR2. Padahal laluan yang sama je. Dari putrajaya ke Ampang jumpa Tesco Extra dulu dan kemudian bila terus ke Ampang baru jumpa Tesco Jalan Ampang. Dolu-dolu rajin juga kalau nak shopping masuk kedua-duanya.....tapi lah ni dah rasa kureng masuk mall ni. Alamanda pun boleh di kira aku masuk kalau tidak kerana hal penting nak buat didalamnya. Contohnya nak renew lesen kat pejabat pos. Kalau pi pun dengan geng jalan-jalan cari makan. Kalau pi sorang kalau ada benda penting je yang perlu di cari kalau tak emmm memang tak jejak kakile kat situ.
globe silk store tu mmg nostalgia lah....lps shopping naik atas mkn...
ReplyDeletekan memang syiok shopping kat situ. suka beli kain cotton dia berkualiti dan cantik serta murah
DeleteYork tukar nama Daikin tu baru tau. Brand National memang legend, kalau kat Muar tu boleh kata setiap rumah ada periuk nasi dia. Ntv7 tukar DidikTV saya tak sedih sebab duit masyuk kat Media Prima. Hihi.
ReplyDeletenational memang tiptop barangnya dulu. bila kena tukar panasonic laaaaa macam tak best pulak. eh didiktv tu cam swasta ke buat program untuk media prima
DeleteDidikTV just 'sewa' channel ntv7. Ntv7 kan media prima punya
Deletemacam macam yang dah berubah sekarang..nostalgia sungguh yg ntv7 tu
ReplyDeletekan ntv7 tu sesekali citer dia best
DeleteWow!! Banyak betul perubahan penjenamaan yang berlaku.. Tapi okaylah kalau tukar nama, servis dan produk makin bagus..
ReplyDeleteKan kadang sampai lupa eh ada produk baru ke rupanya penjenamaan baru
Delete