Wednesday, August 18, 2021

Hari ke 2 photo challenge - Glossop UK

 

                                                Dalam stesyen keretapi Glossop....cool kan deko dia

Today is Day 2 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 8 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Ratu Izyans to take up this travel photo challenge without any explanation.


Assalamualaikum,

Ok sessi terobek lagi...hehehehe buat pengubat hati yang sedang gundah gulana dok terkurung di dalam rumah kan jadi kita buat le sessi terobek kembali sambil mengenang kenangan silam...hehehehe

Kali ni gambar masa aku kursus sambil belajar 2 minggu di United Kingdom pada tahun 2020. Masa ni kami pergi Glossop tempat nun jauh di manchester dan pendalaman macam citer orang putih tu kita pi kat  kampung dia.  Meeting kat Leeds lepas tu naik train ke Manchester lepas tu tukar train ke Glossop. Train dia memang olskoll betul. Tapi lupa nak ambil gambar train dia.  Sampai kat pekan Glossop tu dah petang. 



Kat stesyen keretapi tunggu transport nak ke hotel yang Dr Elyas dah bookingkan untuk kami.

Kita orang sampai hotel dah nak malam.  Jadi tak nampak lah hotel tu dari luar rumah. Tapi macam pi rumah je cuma bila masuk je ada tuan rumah menyambut kami untuk pendaftaran bilik. Baik tuan rumah tu.


Bilik dia comel je tapi nampak sempit. Luas cukup je untuk lalu tepinya. Dek kerana takde kawasan aku solat atas katil. hehehe Tv depan katil. Kalau sampai siang boleh nampak pemandangan kat luar. Belakang macam ada ladang je.


Suasana yang tenang sebab tak ramai orang yang dok hotel tersebut hanya kami berempat sahaja.


 Hah kan betul macam ladang je. Pagi-pagi sempat lah jenguk kat belakang hotel. Best je tenguk alam sekeliling. Tapi dek kejar masa tak sempat nak meround keliling. Lepas sarapan kami terpaksa ke klinik swasta yang merupakan tujuan kami ke Glossop melihat sistem kesihatan klinik swasta dia dan juga bagaimana perkhidmatan kesihatan dikendalikan di tempat tersebut.


Depan hotel 


Tuan rumah nak hantarkan ke klinik jadi kelam - kabut lah naik jip dia. Sekali Doktor elyas kata " kak nampak tak Lhama sebelah tu" hah bila aku toleh jip dah jalan jadi memang le tak nampak. Ala......Doktor kenapa tak cakap awal. Syiok lah hotel tu macam ada kebun binatang sekelilingnya.


Bergambar beramai-ramai bersama Mayor Glossop dan isterinya. Yang pakai rantai tu lah Mayor dia. Beriya dia datang untuk bertemu dengan delegasi dari Malaysia. Sebelah aku Dr Richard Fitton yang mengendalikan pengenalan mengenai Klinik swasta di situ serta perkhidmatan kesihatan di Pekan tersebut. Best lah sebab sungguh pun kecil tapi penduduk dia sangat mengambil berat diantara satu sama lain. Malahan warga tua dia pun memang menjaga kesihatan sungguh.   


Ni lunch kami.... kek macam-macam jenis. Buah-buahan pun. Ada juga sandwich. emm makan ajelah orang dah bagi kan. 


Kami pergi ke Manor Inn dimana selain mendengar ucapan dari mayor kami juga di dengarkan oleh penceramah yang telah di sediakan untuk memberi penerangan kepada kami. Oleh kerana masa terhad jadi Dr Richard guna loceng untuk mengingatkan masa yang telah di berikan. 


Tenguk lah rajin warga tua datang bersama isteri loving sungguh untuk aktiviti di pekan tersebut. Sweet kan.


Walau dah berumur tapi tetap gagah dan sihat


Manor Inn


Ini salah seorang kenalan Dr Richard. Tenguk lah walaupun dah berumur kulit dia tegang lagi dan licin. Bila di tanya apa rahsia dia hah minum air kosong je setiap hari. Umur dia dah 50 lebih.   



Stesyen keretapi Glossop




Sampai di Mancester Picadilly stesyen



                                    Seronok tenguk train yang macam-macam rupa bentuknya


Jumpa kedai pakistani apa lagi lah kita orang terus masuk dan order nasi beriani. emmm sedapnya dapat nasi.



Nasi beriayani Dr elyas.....fuh banjir kuahnya


 Alhamdulillah dapat makan nasi beriyani......licin. Balik London sampai malam.

Ok terobek hari ke 2


10 comments:

  1. Wah! Imbas semula kenangan lama. Best ni... sementara tunggu covid-19 balik kampung!
    Saya merancang ke Loncon, 3 kali tak jadi. Belum rezeki nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mengimbau kenangan lalu gitu. Insya Allah ada rezeki nanti pi london. Saya ni pun sebab kerja kalau pi melancung entah bila dapat pergi. Tapi manalah tahu Allah rezeki kan lagi pergi Europe gitu. Ammiin

      Delete
  2. Bestnya. Saya kalau ke England teringin nak ke kawasan countryside macam ni. Bila lah dapat sampai Liverpool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah seronok tapi masa tak mengizinkan. Jadual pack. Insya Allah ada rezeki nanti

      Delete
    2. Eh..betul ke ni tahun 2020? Ke typo?

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Pengalaman yang seronok.. Sedapnya tengok kek tu..
    Kemain banjir kuah dia..
    Minum air masak je ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengahari makan kek mana nak sama dengan kita yang biasanya makan berat. Sedap kadang makan banjir lauknya. Iya itulah rahsia awet muda minum air masak je sebelum dan selepas bangun tidur

      Delete
    2. Boleh amalkan tu.. Air masak je kan.. Konsisten dengan tak je lah.. 😂😂

      Delete
    3. Tu lah pasal....mula-mula je start lepas tu lupa hahahaha camno nak awet muda

      Delete