Monday, August 23, 2021

Hari ke 5 photo challenge - Mekah Mukaramah

 

Today is Day 5 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 5 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Bit Cwazywabbit to take up this travel photo challenge without any explanation.

Assalamualaikum,

Pengalaman yang ini memang akan sentiasa aku rindui. Alhamdulillah Allah rezekikan aku dapat mengunjungi rumahNya pada tahun 2017. Mudahan ada rezeki Allah jemput lagi aku menunaikan ibadah haji sebelum aku pencen. Aamiin. 

Bila tenguk kat tv hijrah setiap hari siaran langsung di Mekah.  Ya Allah seronoknya kalau dapat tawaf keliling Kaabah waktu sekarang sebab tak ramai orang cuma tak dapat lah nak kucup Hajarul Aswad sebab laluan di tutup. Tapi memang seronok buat tawaf banyak kali.


Masa Kak Ijah ajak adik - adiknya buat umrah bersama dia...Ya Allah syukur Allah jentikkan hati aku nak ikut bersama. Masa tu rasa macam meronta-ronta hati nak pergi walaupun hati rasa risau dan takut atas dosa-dosa aku selama ini tapi bila sampai depan Kaabah Ya Allah berjurai airmata aku.... Syukur Allah jemput aku datang ke rumah NYA. Alhamdulillah. Mudahan Allah limpahkan rezeki dapat buat haji pula. Aamiin.

Gambar atas umrah pertama kali kami buat bila sampai di Mekah


Ni selepas selesai tawaf dan selesai solat sunat tawaf. Lepas tu buat saie pula


Indah sungguh bangunan di Mekah dengan suasana terang benderang sentiasa 24 jam orang tidak putus-putus mengunjunginya.



Masa ni dah selesai buat umrah ke tiga. Jadi aku dah jumpa satu port tempat solat yang boleh nampak kaabah depan mata. Jadi selepas selesai umrah sementara menunggu magrib aku pun terus cari port yang bila pandang depan je aku nampak kaabah. 


Tersorok di balik tiang tapi seronok walaupun berhimpit sebab rasa dekat dengan kaabah.



Hari akhir kami solat subuh atas bumbung. Selesai subuh diadakan kuliah subuh oleh pihak Kembara Umrah JDT. 



Kami 4 beradik dan yang tepi belah kanan tu kak Anim. Dia sponsor Kak ijah dan aruah abang ipar buat umrah. Kami yang lain  guna duit sendiri lah. Banyak pahala kak Anim dapat sponsor orang lain buat umrah.  Kak Anim ni anak saudara Abang Ipar aku.

Seronok nya dapat buat umrah adik beradik, abang ipar dan anak saudara. Kami berempat satu bilik. Sampaikan menantu kak Ijah cemburu dengan mak mertuanya. Dia ingat nak satu bilik dengan mak mertuanya. Padahal Kak ijah sudah tentulah nak satu bilik dengan adik beradiknya.  Masa tu kat Madinah. Kami sampai Madinah dulu baru masuk Mekah.  Masam je muka Lin bila jumpa Mak mertuanya. Kak ijah pun gundah gulana juga bila menantunya buat dek je kat dia. Tapi kami sabarkan juga almaklumlah kan kami sedang berada di tempat yang berkah. 

Seronok bila satu bilik adik beradik. Masa tu Kak Jal belum lagi dapat menunaikan haji jadi bila dah ada pengalaman datang ke Mekah bila nama dia naik pada tahun 2019 mudahlah walaupun seorang. dah tahu mana tempat-tempatnya dan pengalaman berada di Mekah.

Kak ijah dan Kak nong dah ada pengalaman menunaikan haji manakala aku dan kak Jal masa tu belum pernah jejak kaki jadi banyaklah pertanyaan semasa di sana. Yang kelakornya tu bila balik malam setelah selesai ibadah, sambil bersembang tiba-tiba senyap je. Sekali aku tenguk kakak-kakak aku dah nyenyak tidur kepenatan.  

Aku jadi tukang masa selalu bagitahu pagi pukul berapa. Ada sekali tu dek kerana penat sangat selepas beribadah masing-masing tidur lena sungguh, dah pukul 4 pagi nak ke masjid aku terjaga....bila aku kejutkan dah pukul 4 pagi...Kakak-kakak aku dengar lepas tu sambung tidur lagi. Aku dah siap mandi bila pukul 4.30 pagi eh napa depa tak nak bangun ke. Yang kelakornya Kak Ijah bangun lepas tu nak solat dalam bilik nak qadho subuh sekali aku kata belum masuk subuh lagi.....baru Kak Nong dan Kak Jal kelam kabut bangun. Rupanya bila sambung lagi tidur depa dengar dah pukul 7 Pagi. Kiranya kes terlambat bangun lah ingatnya rupa-rupanya belum subuh pun. aduhaiiii masing-masing pun gelak.

Lepas tu bab shopping, aku usik Kak jal beli beg baru tambahan hah sekali aku pun kena beli juga beg baru sebab barang dah terlebih, Kak jal pulak gelakkan aku. Jadi kat sana berhati-hatilah dengan niat dan percakapan. Makbul semuanya.



Masa turun escalator ni kak ijah punya takut sebab turun dari belakang dulu bukannya dari depan. Ada cara nak turun escalator kalau naik kerusi roda ni.


Sedap aiskrim di Mekah


         Kak ijah bersama aruah Abang win dan 2 anak lelakinya. Al fatihah buat abang win


YA Allah semuga semua pembaca blog aku dan aku,  Allah limpahkan rezeki dapat menunaikan Haji dan umrah di Mekah. YA Allah Kau jemputlah kami kerumah Mu Ya Allah. Aamiin 

17 comments:

  1. wahh rindu zaman sblm covid gini.,

    ps. tringt makan eskem tengah malam kat mekah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan wak suasana itu. saya tak sempat rasa air tebu dia yang dikatakan viral kat mekah. Cari-cari tak jumpa. Mudahan Allah rezekikan lagi di jemput ke Rumah NYA

      Delete
  2. Allah! Ya Allah! Hanya mampu berangan untuk sampai ke sini lagi. Umrah dulu, habis semua gambar dalam hp terdelete oleh budak kecil Firdaus huhuhuuu. Ya Allah! Berilah kesempatan hamba-Mu untuk jejak kaki lagi ke rumah-MU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin mudahan Allah memakbulkan doa amie. Semuga amie sekeluarga dapat pergi beramai-ramai. Seronok kalau semua ahli keluarga dapat sampai ke sana.

      Delete
  3. Rindunya suasana ni. Aiskrim di Mekah memang sedap kan. Kali pertama pergi dulu saya pun debar-debar jugak sebab takut jadi apa-apa sebab dosa banyak. Selalu dengar cerita orang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat akak pergi Mekah Mukaramah juga yang akak kita rindui selalu. Samalah akak tu sebab bertangguh-tangguh bila dah pergi menyesal kenapa tak pergi dari dolu-dolu lagi. Tapi syukur Allah jemput ke rumah NYA. Mudahan ada rezeki nak pergi lagi tapi kali ini nak buat haji. Mudahan nama naik lah hendaknya.

      Delete
    2. Harap cepat reda Covid agar dapat umat Islam menziarahi kota suci ni

      Delete
    3. Aamiin Mudahan Allah hapuskan kuman tersebut dari muka bumi ini.

      Delete
  4. Allhamdulillah dpt beribadah umrah dgn adik beradik semua..kak pun bercadang nk mekah dgn adik2 kak tahun 22 kalau covid reda insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok pergi adik beradik. Insya Allah mudahan termakbul cadangan sis nak ke Mekah tu. Aamiin

      Delete
  5. Aaminnn ...semoga sampailah ke tanah suci lagi hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semuga Allah makbulkan doa kita

      Delete
  6. Amiin..semoga hajat dimakbul Allah swt..

    Mekah yang dirindui..tengok kat TV, sayu hati tengok lengang je Masjidil Haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenguk tv hijrah setiap hari le bila tenguk lengang rasa nak terbang je pergi. Rindu pun iya juga

      Delete
  7. Aameen Yarabillalameen.. InshaAllah. Rindu juga nak kesana lagi.. Betul berhati-hati bercakap di sana,cepat dimakbulkan subhanAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Kena hati-hati dengan percakapan begitu juga dalam hati. Mudahan allah rezekikan kita dapat ke rumah NYA lagi. Aamiin

      Delete