Suasana pagi semasa sarapan hari akhir di kashmir
Assalamualaikum,
Hari ni dah nak balik ke Delhi lah pulak. Alahaiii habis lah sessi pengembaraan di kashmir. Seronok juga dok rumah bot tapi tak tahan dengan penjual hari hari datang rumah. Almaklumlah tuan rumah rupanya tokeh besor dia. emmm patutler....tak berganjak dari rumah bot kami. Itu kaknoor yang maklumkan pada aku. Sebab dia tengok buntil (Ahaks ayat kampung sungguh) jualan banyak kat bawah meja setiap pagi.
Malam semalam dek kerana sejuk sangat dan dah penat memang request tak nak di ganggu oleh penjaja. Lepas tu ada catuan letrik pulak tu. Jadi malam tu selesai makan malam terus lah sessi mengemas barang. Tengah menyusun barang dalam beg tiba-tiba terus gelap rupanya letrik di catu apa lagi semua pun bergelap. Tapi selesai lah juga beg besar. Tinggal nak gosok baju dipakai untuk esok. Jadi letak barang siap-siap kat satu penjuru. Beg besar dah siap kemas tinggal yang kecik-kecik barang nak sumbat mana tengah pening...hehehehe dah bergolap emmm marilah kita tidor....dengan cuaca sejuk lagi memang tarik selimut sungguh lah. Takut tak sedar lah pulak pagi esok.
Pagi bila bangun nasib baik letrik dah ada. Dah le semalam hujan bangun pagi ni memang sejuk....huhuhu. Jadi sebelum mandi iron lah baju dulu. Jadi bila dah siap semuanya kiranya iron tu last barang lah . Jadi aku masukkan dalam bagpack sebab beg besar dah penuh sendat. Rupanya wassalam lah iron kecik aku tu. huhuhuhu itu lah kali akhir aku melihat iron kesayangan aku yang selalu dibawa untuk travel. Nasib baik harga Rm30 aku beli kalau mahal macam iron travel philips yang baru aku beli harga Rm100 lebih memang menangis bucu tiang ler....hehehe Iron Philips tu beli baru sebab iron untuk travel dah kena humban dalam tong oleh kastam kashmir. Padan tang muka aku terlupa kalau iron kena simpan dalam beg besar tak boleh hand luggage. huhuhu
Masa sarapan aku mengadu lah sejuk sangat tak tahan. Sekali hah ko dia keluarkan heater yang mengunakan tong gas. Tu dia ko terpegun melihat antiknya heater pakai gas masak. hehehehe tu model maksu ti yang keluar dari bilik nak sarapan.
Pagi-pagi sarapan roti dengan air teh panas-panas emmm sedapnya. menikmati sarapan akhir di kashmir. macam biasa ada roti bakar. Ada puri dengan kuah dhal. Makan panas-panas bila pai-pagi sejuk memang sedap. Makanlah sekenyangnya sebab lepas ni perjalanan balik ke Delhi.
Ni tukang masak kami. Lembut je orangnya dan selalu tanya makan ok ke tak ok . Makanan sedap je sebab bila sejuk makanan apa pun sedap bila lauk panas-panas di hidangkan. Yang aku suka chai dia yang di letakkan safron atasnya. Memang suka layan chai tu sampai kan tuan rumah tanya nak tak beli tea yang aku selalu minum setiap hari. Aku kata ok ja.Tapi lupa dah harga berapa sebungkus tea tu siap dengan sekotak safron. Tapi safron dia kualiti rendah sikit lah di bandingkan di kedai safron sebelum ni.
Bergambar dengan tuan rumah dan dayang-dayang dia. Tenguk lah tu gaya samseng cerita tamil ja. Yang tepi dok bersandar kat tepi tiang tu lah tukang layan kami masa makan. Dia sediakan makanan atas meja lepas tu tanya nak apa dan sebagainya. Apa yang kurang beritahu je dia. Dia tak pandai speaking jadi kadang guna bahasa isyarat. Aku ada bawa sambal hitam dan juga pack 3 in 1 ovaltine jadi bila nak balik benda tu ada lagi terus aku bagi kat dia. Suka dia. Bila tenguk gambar ni dalam group whatssup ryn kata dia gerun tenguk yang tukang layan makan kita orang tapi kita orang kata dia lah paling baik daripada tuan rumah dan kuncu-kuncu dia. hehehehe
Lepas tu pack gula-gula yang tak habis lagi aku agih kat mereka semasa kami nak keluar dari rumah bot , habis aku bagi kat depa. Yang tukang masak tu mula-mula bagi yang aku pack kecik2 sekali dia kata untuk anak dia. hah aku terus beri 1 pack yang belum buka. Suka dia. Bila dah macam ni kalau tahu bawak gula-gula lebih sikit. Kalau ada paket biskut yang pack kecik2 tu pun bagus juga bagi kat mereka. Gula-gula untuk anak-anak mereka tapi orang dewasa pun suka je. Berebut kalau aku bagi kat mereka.
Ni rumah bot Kaksu. Cantik ukiran kat atas tu.
Ni laluan dalam bilik rumah bot. Belah kiri bilik . Rumah bot ni kiranya memanjang ke belakang. Depan hall lepas tu tempat makan dan dalamnya bilik-bilik.
Geng kak su bersama tukang masak
Tu dia tenguk lah buat roti bakar special bakar atas tong gas . Tempat pembakar dia memang unik sekali
Yang ni tuan rumah Ryn dan geng Brunei. Nampak klasik rumah dia
Tenguk lah lampu chandelier dia nampak mewah sungguh tu.
Keindahan di depan rumah bot. Pasti rindu dengan keindahan suasana di Tasik Dal dan Rumah bot yang ada.
Posing sebelum balik....huhuhu walaupun suka di kashmir tapi dah nak balik rasa seronok sangat, dah rindu malaysia. Tapi kena pi Agra dulu baru misi tercapai.
Kak mon dan ryn dah siap nak naik shikara.
Dah siap angkat barang dan letak kat tempat port shikara, kami pun naik shikara buat kali akhir sebelum balik ke delhi.
Shikara memang best.....mesti akan rindu suasana di kashmir nanti terutamanya di rumah bot.
Keindahan dan kedamaian Tasik Dhal.
Keindahan rumah bot yang terdapat di Tasik Dhal.....rindu nak datang lagi.
Masa nak naik ke bas ada lah penjaja menjual dompet kulit. Kami dah lah kelam-kabut nak balik. Tapi kesian juga. Sempat lah juga aku beli beg kulit panjang 6 dalam harga 1000 rupee. Lepas tu ada pulak yang tayang kat aku beg comel 4 keping dalam harga rm50. Yang ni oleh-oleh untuk anak buah aku yang perempuan. Beli melalui tingkap bas je. hehehe kira last kopek shopping kat kashmir le.
Masa dalam bas Mr Abdul kata kami akan di periksa banyak kali sebelum sampai di airport. Yang ni memang aku dah terbaca blog Dj. Tapi alhamdulillah Mr Abdul dah kawtim dengan pihak airport jadi hanya sekali je kami di periksa dengan beg masing-masing yang dah beranak pinak tu. hehehehe. Kalau tak jenuh le kami nak turun bas naik bas. Bag besar kami pun dah tunggang langgan di susun depan kerusi dalam bas.
Alahaiiiii lepas ni mesti rindu nak ke kashmir lagi. Seronok 4 malam di Kashmir.
Ahli rombongan kecuali Azam sebab dia tukang ambil gambar.
Kat sini sibuk lah kami isi form sebelum nak check in . Jenuh juga nak menjawap soalan dalam form tu.
Masa kat pemeriksaan barang aduhaiiiiii sekali beg pack aku sangkut. Kena tahan dan kena selongkar. Rupanya aku lupa nak masuk travel iron dalam beg besar. emmm wasalam le selamat lah kena tinggal kat kashmir. huhuhu sodih juga tu sebab penting kalau pi travel tapi salah sendiri hah padan tang muka. Sebenarnya masa last kunci beg aku dah nak masuk dalam beg besar tapi sebab dah penuh dengan oleh-oleh sampai padat jadi fikir selamat lah selit dalam back pack rupanya tidak ye. Hah ingat tu peringatan buat diri sendiri iron travel kena masuk bilik besar. kalau hand luggage emm memang wasalam le kena tinggal ya. Jangan nak hentak kaki ke apa, mengamuk ke apa hah undang-undang ya. hehehe dah le ramai sungguh askar dalam airport tu apa lagi memang gerun le.
Unik kan payung dia. Ni posing dalam balai menunggu sementara kapalterbang sampai. Lepas tu ada pulak dalam bangunan burung merpati didalamnya. Banyak pulak tu sambil terbang mencari makan.
Yang buat gerun askar pun ramai juga. Agaknya nak balik Delhi kut sama flight dengan kami. Tak berani nak ambil gambar secara sembunyi2 takut kena tangkap. hehehe
Yeh kapalterbang dah sampai dan kami beratur beramai-ramai sebelum masuk dalam kapalterbang. Tak sabar ni nak sampai ke Delhi lah pulak.
Aduh.. Pengalaman yang tak akan dapat dimana-mana kan kak.. Memang nampak menarik sangat rumah bot dia.. Ada tukang layan pula masa makan.. bestnya..
ReplyDeleteMemang syiok sha bagaikan puteri dari kayangan je bila part makan dan minum ada orang layan. hehehehe Syiok sebenarnya duduk rumah bot cuma tak terlayan penjaja yang hari-hari dok menebar jalannya dalam rumah. Tak sempat nak beristirehat kat luar tu.
DeleteKenangan di rumah bot memang tak dapat dilupakan. Sudahlah bilik tidur macam bilik pengantin, layanan di meja makan pula macamlah kita puteri raja! Pernah sekali tu waktu pagi sedang bersiap di dalam bilik. Bila keluar ternampak dua orang penjual dengan buntil-buntilnya di ruang tamu duduk tegak memandang kita. Punyalah saya terkejut sampai berteriak...entah macam apa entah hahahahaha!
ReplyDeleteAmboiiii amir berteriak pagi-pagi buta. Mesti terkejut besar rumah berdekatan suara sapa berteriak pagi-pagi. hehehehe comel je amie terperanjat tu.
Deletecantik betul ukiran rumah bot tu. Memang tak jemu lah memandang, dah la Kashmir memang cantik tempatnya. Sejuk pulak tu
ReplyDeleteRumah bot mereka macam-macam design bergantung kepada tuan rumahnya. Tapi memang cantik2 designnya. kashmir memang cantik dan tenang.
DeleteTauke rumah bot berwajah Sashi Kapoor takde ke? Hihi. Sedih la part iron travel tu. Kat sini kalau takde elektrik,tak boleh tido la sebab panas. Di Kashmir rupanya lagi lena. Suka tengok pemanggang roti tu
ReplyDeleteTakde semuanya serupa samseng citer tamil je. hehehe Iron tu memang padan muka akak. Takpe dia nak guna yang baru. Kat sana sejuk yang....oiiii masa tu hujan emm tak yah pakai aircond pun lena tidur dalam kesejukan. Antik rupa pemanggang roti tu. Nak hidup apa pun boleh je.
DeleteTentu sejuk sangat dalam rumah bot tu, bawah air, hujan pula. Buat aduan sekali bawak heater dengan tong gas ya haha. Bakar roti pun atas tong gas, bagus tu bagi buah tangan buat mereka, happy sangat siap minta lagi untuk anak..
ReplyDeleteSebab hujan le jadi sejuk...kalau tak nyaman-nyaman je kashmir. Hahahaha tu yang kita orang tak leh tahan hah ko heater dengan tong gas sekali kuar. Buah tangan tu terbaca dalam blog DJ dia bawa gula-gula untuk budak2 jadi bawa lah juga tapi budak2 tak jumpa pak budak pulak yang suka. Sukakan hati orang lain kan bagus. Tapi seronok bagi oleh2 dari malaysia buat mereka.
ReplyDelete