Delhi kashmir hari ke 6 Qutub Minar
Assalamualaikum,
Lena punya tidur dek kepenatan jadi tak tahu apa ada di luar bas. Rasanya perjalanan lama juga sebab jauh. Lalu highway jalan selesa je. Bila sedar tenguk dah gelap. Masa ni lalu tol eh cantik pulak bentuk tol bayaran dia. Rupanya kami dah hampir Bandar Agra. Tapi sebab dah malam tak nampak sangat apa di luar. Akhirnya bas berhenti....oh dah sampai hotel rupanya.
Macam biasa bila masuk hotel mesti gaya kat airport...hehehehe kena scan beg dan barang serta orang sekali. Dah penat tak larat nak ambil pintu masuk hotel. hehehe Hotel dia besor ko dan cantik.
Tu dia bunga dia tinggi....serba kuning.
Model nak berposing juga walaupun sudah dalam kepenatan seharian berjalan dari Kashmir terus ke Agra.
Masuk je kami dipakaikan bunga malai cheh macam VIP je bila dipakaikan bunga malai tu. ...
Lepak kat lobi dahulu sebelum dapat kunci...masing-masing dah kepenatan dengan dah lapar lagi.
Ni barang hiasan tapi tenguk le batu permata dia... merah mengilap ko.
Alhamdulillah masuk lobi je dapat air sejuk. Rasa nyaman je dapat minum air sejuk dan manis. Tak ingat air apa tapi sedap lah.
Posing ala-ala model India gitu. hehehe
Laluan dia panjang.....kiri dan kanan....tapi cantik je
Nampak gambar kawasan sekitar hotel dalam pc yang dijadikan model memperomosikan hotel. sekejap gambar lain sekejap gambar lain. dapat snap gambar yang ini je sebab warna kehijauan dia daripada luar mengamit mata.
Masa ni bagi kunci bilik dan tag beg sebab kami nak pergi makan malam. Jadi dah tahu nombor bilik letak kat tag beg masing-masing. Pihak hotel akan hantar ke bilik kami sambil kami menikmati juadah larut malam. Dah lapor semuanya.
Masuk dewan makan dia...emm besar maklumlah hotel berbintang-bintang. Cari meja dulu baru kita melilau tenguk juadah ya. Aku suka tenguk botol warna warni yang dijadikan deko sebab warna biru ada.
Kalau tak nak makan berat makan macam ni pun ok. Ala-ala sarapan di waktu malam. hehehe
Malam-malam makan sup pun sedap kan. Ada macam-macam jenis lauk pauk dalam periuk tu tapi aku cuma jengah je mencari apa nak makan.
Pencuci mulut dan manisan ada macam-macam. Suka tenguk hiasan makanan di hotel dari pada mata turun ke tekak. Alahaiiiiii
hah lagi pencuci mulut. Geram je aku tenguk... tu sedap ni sedap rambang mata. Perut ko satu je weiii
dia buat dalam cawan macam tu comel je kan.
Pasta pun ado hah nak apo
Tu dia macam-macam ado....keju, yogurt emm yang lain-lain aku tak tahu. Macam-macam boleh di jadikan juadah sampingan untuk di gu kan dengan makanan lain. Rasanya ini boleh digaul dengan salad rasanya.
Juadah masakan India
Akhirnya ini yang aku ambil. Dok rambang mata sampaikan tak tahu nak makan apa. Jadi ambil tu sikit ni sikit nak rasa. Ada papadom besor ko.
Ni pun sedap juga ni makan tapi lupa nak tanya kak Su makan dengan apa.
Suka tenguk botol warna warni dia.
Sampai kat bilik tenguk bilik dia biasa je dah rasa macam kat kl juga. deko dalam bilik biasa-biasa je. tapi tenguk tilam tu emmm rasa nak lepak je. Tapi malam ni kena siapkan baju untuk besok. Oleh kerana Iron aku dah kena tinggal kat Kashmir....jadi kena share ramai-ramai lah. Tunggu yah dan yang lain dah guna kami guna yang last sekali. Jadi Iron tu boleh berlama-lama dalam bilik kami.
Kita orang pakat pakai baju kurung bila ke Taj Mahal. Jadi malam ni kena seterika siap-siap baju untuk esok. Lepas tu besok juga lepas selesai kat Taj Mahal...tengahari kena check out dan malamnya balik Malaysia. dah rindu tanah air. Besok pun kena bangun awal sebab nak pergi pagi ke Taj Mahal...alahaiiii akhirnya jejak kaki ke Taj Mahal ya.
Berbagai juadah ada, rasa hungry pula tengok... Gaya airport ye scan hehe.. Menarik tu pakai baju kurung bila travel.. Alhamdulillah dah sampai Taj mahal, cheq ja belum..
ReplyDeleteMat salleh tenguk kita orang berbaju kurung datang usha kita orang nak bergambar. Insya allah ada rezeki babypose nanti. Aamiin
DeleteAduh.. menu dessert dia buat Sha yang rambang mata.. hahaha.. mau mengulang makan dessert je.. kikiki..
ReplyDeleteDesert dia macam-macam sampaikan rambang mata tenguk. Semua nak rasa
Deletebagus layanan hotel dia. sampai dah tengah malam pun masih disediakan macam-macam juadah. Tak sabar nak tunggu entry Taj Mahal!
ReplyDeleteHotel 5 bintang sal kena lah bagus layanannya tapi ada sesuatu yang buat kami terkilan.
DeleteApo tu? Ce cite. Ce cite
DeleteAduhai Notie... kalungan bunga tu mengimbau kenangan kami pergi Nepal. Sukanya saya tengok gambar-gambar di hotel ni.
ReplyDeleteHotel kat sana memang sambut kita orang macam tu kan tapi kat kashmir je takde bunga malai. Hotel dia besar tak dan nak tenguk keliling
Deletepelbagai menunya ya sedap semuanya
ReplyDeleteMacam-macam ada sis. Makan dengan tidak je. Tak pun ambil sikit buat rasa.
Deleteadudu sedapnya food
ReplyDeletedah lapor semua pun nampak sedap
Deletewahh bestnyer Taj Mahal, kat msia pun ada Ros Mahal., hehehe
ReplyDeletewah ros mahal ada ye wak...kat mana tu
Delete