Jangan takut untuk menderma darah. Bagi yang berminat menderma darah, saringan awal dilakukan kepada bakal penderma iaitu perlu tidak bergejala, negatif COVID 19 atau tidak ada kontak rapat pesakit COVID -19 bagi tempoh 14 hari.
Antara lain adalah memastikan penderma memakai pelitup muka, menjalani ujian suhu badan, mengimbas kod MySejahtera, pengisian borang deklarasi Covid-19 serta mencuci tangan dengan sabun atau pembasmi kuman sepanjang berada di lokasi pendermaan.
Jom Derma, bantu insan lain..Anda warga prihatin.
#hpjprihatin
#KeluargaMalaysia
#Malaysia Prihatin
#dermadarah
#Putrajayasihat
#putrajayaprihatin
Assalamualaikum,
Buat semua warga Putrajaya boleh lah datang menderma darah. Darah memang sedang kritikal apa lagi di musim pandemik ni memang orang yang menderma berkurangan di bandingkan dengan tahun sebelumnya.
Aku kan kumpul data dari Bloodbank jadi memang nampak le penurunan pemgumpulan darah pada tahun 2019 dan juga pada tahun ini. Tahun ini yang memang drastik sekali turunnya. Jadi ni dah beralih fasa kalau ada sesiapa yang layak dan nak menderma di galakkan lah ya. Darah anda amat berharga dan bernilai untuk orang yang memerlukannya. Malahan dapat menyelamatkan orang lain jadi dermalah darah anda ya.
eh aku bukan vampire nak sedut darah hehehehe aku cuma jaga data darah je. Jom derma dara eh darah lah...
good program..time pkp, tak ramai yg derma darah..
ReplyDeleteTu yang PDN kekurangan darah. Kena buat seruan menderma darah sebab jumlah dalam simpanan semakin merosot
DeleteAlhamdulillah atas peringatan, patut diwar-warkan. InshaAllah
ReplyDeleteTu lah kena viral kan ni. Penting untuk menyelamatkan nyawa manusia
DeleteNak derma juga.. tak berjaya lagi menderma.. Pernah cuba sekali tapi tak boleh sebab ada masalah rendah apa ntah.. lupa.. hehehe
ReplyDeleteDarah rendah ke. Selalunya sebelum nak derma dia check dulu kesihatan samada sesuai atau tidak. Kalau ada penyakit memang Doktor tak bagi kelulusan lah.
Deletetu lah.. hb kot rendah dia cakap.. masa tu je berani lepas tu seram.. hahaha.. Tapi nanti nak cuba lagi..Lama dah berangan nak derma darah..
DeleteInsya Allah kalau kesihatan dah ok boleh je. Bagus derma darah ni membuat kebaikan untuk orang lain
Deletebelum pernah derma darah. pernah cuba back in 2006 kalau tak silap..dah isi borang bagai sekali tak boleh derma sebab baru lepas kena demam campak. less than 6 months masa tu. pastu terus terencat hasrat
ReplyDeleteHush bahaya tu sebab baru baik sakit kan. Doktor akan tanya kesihatan kita sebelum derma darah. Darah tu kalau boleh mesti bersih dari segala unsur kuman penyakit supaya orang yang menerima pun selamat tanpa berisiko dapat penyakit lain
Deletesemoga program ni berjaya. nak derma tapi berat badan tak lepas. huhu
ReplyDeleteAlahaiiii siannya. Hah pi JJCM supaya boleh makan banyak dan naik berat badan. hehehe
Deletewak dh lama x derma dara
ReplyDeleteamboiiii wak nak derma anak dara ke
Deletelama nau da x derma...last zaman study..hahahah
ReplyDeletewah lama tu jom jom jom pi derma darah. Tak dapat pi putrajaya boleh pi Pusat Darah Negara
DeleteTak pernah derma darah.
ReplyDeleteFirst time nak derma darah waktu belajar di U dulu, apabila diperiksa nurse kata darah saya tak cukup...pulak!
hahaha sendiri darah tak cukup nak bagi kat orang memang misi tak bagi le derma.
Delete