Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari ke 2 pengkalan kubur
Alhamdulillah,
Selesai je melontar di pengkalan kubur kami pun menuju ke Kota Bharu. Kalau ikut plan asal nak pi ke Pantai Senok tapi bila masuk kota Bharu je jalan jem jadi terpaksa tukar plan. Terus je check in Hotel yang kami dah booking.
Hotel tersebut sebenarnya dekat dan sebelah je dengan Pasar Siti Khatijah tapi jalan nak masuk ke situ tu macam lalu jalan belakang. 2 kali kami meronda nak cari jalan masuk dan park depan Hotel.
Pakai waze tau je lah sekejap ke sana sekejap ke sini. Ngeri juga tenguk Iejay memandu sebab bila tukar lane je dia main masuk je. Aku ada perasan ada satu kereta putih macam marah kat kita orang bila menyelit tanpa beri signal. Perasannya sebab dia macam menghimpit rapat-rapat kereta sewa kami. Tapi ingatkan takde apa-apa lah.
Akhirnya sampai lah hotel tersebut. Hotel tersebut berada di tingkat 1. Aduhaiiii nak bawa beg naik tangga memang azab le. Tapi bila masuk bilik terus seronok. hehehehe
Biliknya luas dengan katil double n single. Lepas tu berdepan dengan Pasar Siti Khatijah pulak tu. Memang nampak orang lalu-lalang depannya. Tapi masa kami sampai pasar dah nak tutup. Jadi besok lah cadangannya nak menyinggah.
Nasib baik bilik kita orang aras 1 je. Kalau kena naik lagi huhuhu bercinta tau nak heret beg. Hah kat sanun tu ada meja diletakkan cawan dan pinggan. ada roti juga. kalau ada sesiapa lapar tengah malam boleh lah buat air panas cecah biskut ke roti ke.
Hotel dekat hot spot memang meriah, seronok lokasi dekat dengan pasar Siti Khatijah, pernah gi sekali, seingatnya cantik dan kemas. Bagus tu sempat bersedekah dengan staff hotel..
ReplyDeleteMemang sesuai sekali dok situ. Dekat dengan Pasar Siti Khatijah. Hotel pun ok memang best lah
DeleteHotel takde lif bercinta sikitla nak bawak beg. Nampak selesa dan senang sebab dekat hotspot
ReplyDeleteMula-mula masuk je tapi bila dah masuk bilik selesa. Agaknya kalau tak kemana-mana memang shopping kat Pasar Siti Khatijah sampai pengsan agaknya. hehehehe
DeleteLetih la hotel tak dok lift.. (eh bakpo kecek klate pulok ni)
ReplyDeleteTahu takpe tapi nasib baik depan pasar jadi terubat sikit hati. Wah terer sih kecek klate
DeleteAduussss.... Nyeret beg pulak dah. Tak apalah, keluar peluh sikit. Berbaloi pula bila tengok bilik ok.
ReplyDeleteBila Iejay kata kena naik tangga hah aduhaiiii tapi bila dapat bilik depan pasar terus rasa best
Deletebest hotel ni....mmg suka skodeng, tgk aktiviti kat jalan depan tu...
ReplyDeletehahahaha kita sama le. Macam le orang kat bawah tu tak nampak kita kat atas. skodeng salah satu aktiviti sampingan. hahaha
Delete