Tuesday, February 8, 2022

Fobia positif belum reda kurantine contact rapat lah pulak


 Assalamualaikum,


Apa khabar semua. Lamanya tak jenguk rumah...huhuhu ni bahana kena kurantine sebab contact rapat le buat aku lupa nak menjenguk rumah sendiri apalagi rumah kawan-kawan pun sesekali je muncul.

Aku ni dah le fobia sebab Positif covid 19 dulu tak kebah lagi sekali hah ko kena pakai gelang pink lagi ko..

 emm baru tahun baru dah macam-macam benda berlaku. Yang dulu kurantine kendiri je jadi takde le pergi PKd untuk pakai gelang pink sebab masa tu kes tengah banyak terutamanya di Selangor. Kali ni merasa lah pulak gelang pink....huhuhu walaupun negatif resultnya.

 Alkisahnya hah ni aku nak cerita camno aku kena pakai gelang pink....cheh wah macam cerita hangat antarabangsa je....kononnya ngalah kan Igbal masuk big stage le ni....hehehehe terok kan Asterok...nak cari ranking tinggi sekali di pilihnya Iqbal yang hanya suka mencari bahan supaya di bahankan oleh netizen... eh melalut pulak aku.... bukan apa aku bengang le nak cari penyanyi hebat dengan ramai follower sekali calunnya entah apa-apalah  nyanyi ke laut tapi kononnya follower ramai.. aduhaiiiiii  hancus dunia hiburan sekarang ni. eh aku bukannya minat sangat tenguk cuma sesekali je mengikuti dunia hiburan. Terjebak sat tapi lepas ni maleh le

Awal tahun baru ni opis aku buat bengkel kat mimos....dengan sistem Myhdw yang dah berapa tahun berjalan....dengan ramai staff baru masuk....jadi bengkel ni kiranya nak polish balik ingatan dan juga nak perkenalkan kepada staff baru.

Bengkel start 4 hari dari 10hb Januari sehingga 13hb Januari....tapi kita orang pergi 3 hari je sebab yang akhir lebih kepada pengetahuan buat staff teknikal. Seramai 14 orang staff yang mengikuti bengkel tersebut. Aku suka je walaupun dah start kerja banyak sebab dah lama tak pergi bengkel apa lagi kat Mimos yang separuh perjalanan ke pejabat. Yang best tu sarapan, lunch dan minum petang semuanya Mimos sediakan. Sambil berbengkel luar dari kawasan pejabat sambil pening kepala mengikuti bengkel tersebut. hehehehe

Hari ke 3 kita orang dah seronok sebab dah nak habis bengkel. Yang lagi best tu sebab lunch kali ni Mimos sedia kan chicken chop dengan lamb chop. perghhh seronoknya kami sebab selama ini kursus ke bengkel kat Mimos makan biasa-biasa je tapi kali ni best tu sebab ada lamb chop. Jadi lepas habis sessi pagi hah apa lagi lah masing-masing pilih apa dia nak makan. Aku pilih lamb chop sebab chicken chop dah biasa. Jadi masing-masing pilih dan duduk kat satu meja.  

Kat meja tu aku dok hujung sini manakala belah kiri aku Dr Hafiz dan Dr Soufi. Manakala belah kanan aku encik Azman dan Dr Liew. Di hujung aku pula ayu dengan azmaliza. Seronok makan sambil menyembang, Makan sedap menyembang pun sodap. hehehehe

Jadi pada keesokannya pula aku ada appoitment dental tapi entah macamana bluewy aku tak boleh start hah apa lagi aku pun terus El le. Appoitment tak pergi tunggu Ah Ti check apa yang buat Bluewy aku meragam. Sambil uruskan  bluewy , tiba-tiba whatsupp status message bertalu-talu masuk.

Yang buat aku terkejut bila Timbalan aku kata opis nak kena sanitise dan semua yang terlibat dalam bengkel di mimos buat test kendiri dan maklumkan result masing-masing. ah sudah....memang hari tu busy sebab masing-masing terus buat test. Nasib baik test kit memang dah standby kat rumah. Tapi dalam hati berdebar-debar juga. Alhamdulillah result aku negatif.

 Rupanya pagi tu ayu dapat info cikgu tadika anaknya positif dan dia pun buat lah test kendiri. Sekali dapat result positif padahal masa tu dah sampai pejabat pun dan tiada gejala pun tau. . Yang azmaliza pun buat juga test kendiri dan hasilnya positif juga. Masing-masing pun balik dan inform Timbalan Pengarah kami serta admin. Admin pun terus je inform orang yang nak sanitise opis tu serta admin Pengarah.

Hah apa lagi tiba-tiba kami yang seramai 12 orang admin Pengarah dah buat appoitment untuk buat pcr test kat PKD Putrajaya besoknya. Aduhaiiiiii

Besok paginya hari jumaat kami yang seramai 12 orang pun diberi tempuh untuk datang ke PKD dalam pukul  8.30 pagi sehingga pukul 10.30 pagi untuk buat pcr test. jadi pagi tu aku pun terus lah ke presint 11. Aku ingatkan kat klinik kk di presint 11 sekali masa sampai kat area tersebut....bluewy aku bunyi-bunyi lah pulak. ah sudah. Macamana ni. Dengan PKD tak nampak bayang KK pun aku tak nampak hanya signboard je. dengan bunyi yang semakin kuat aku pun berhenti kat bus stand berhampiran. Talipon iza sebab rumah dia dekat KK. Rupanya aku dah salah. Yang nak buat pcr test kat PKD bukannya KK. Aduhaiiiii. Dah makan langsat tu aku call lah iza jemput aku.     

Dengan bluewy yang sedang sakit aku pun slow-slow ikut iza ke rumahnya dan parking berhampiran rumahnya. Iza yang bawa aku ke PKD untuk buat test dan pakai gelang pink. Selesai je iza bawa aku ke rumahnya. Kepala ni dah macam-macam fikir. Dengan kena kurantine dan pakai gelang pink lepas tu bluewy aku pulak sakit. Aduhaiiiiii dugaan sungguh ni.

Nak bawak bluewy ke hospital Ah ti jauh lagi. Memang aku tak berani lah. Nak check kat area putrajaya aku tak tahu bengkelnya kat mana. Akhirnya aku tinggalkan kunci kat iza dan aku naik grab balik ke Ampang. Tu pun sebelum naik grab tanya dulu driver nak tak ambil patient yang pakai gelang pink. Alhamdulillah dia ok jadi balik lah aku ke Ampang dengan meninggalkan bluewy aku yang tersadai kesakitan. huhuhuhu Balik rumah terus kurantine kendiri. 

Result dapat hari sabtu dan semuanya negatif kecuali ayu dan azmaliza je. Manakala pagi jumaat tu opis kami di sanitise dan tengaharinya semua boleh masuk pejabat semula kecuali kami yang kena kurantine sebab contact rapat.

Kita orang kurantine start pada 12hb Januari sehingga 18hb iaitu 7 hari sebab kami semuanya dah ambil booster. Lepas tu baru keluar arahan baru hanya 5 hari je kurantine. Potong gelang pink pada 19hb kat PKD tersebut juga dan terus pergi kerja bila dah dapat surat pengesahan. 

Manakala Bluewy aku pula  yang tersadai kat putrajaya memang buat aku risau je. Jadi aku call Nan towing yang selalu  aku  call bila tersadai kat tepi jalan kalau bluewy aku sakit. Dia boleh ambil bluewy aku malahan katanya kalau masa kejadian aku call je dia boleh datang. Tapi masa tu tengah bercelaru kepala otak aku dengan nak buat pcr test lah dengan pakai gelang pink lah lepas tu bluewy sakit le emmm memang tengah poning masa tu. Alhamdulillah cuti thaipusam dia tarik bluewy aku bawa ke kedai Ahti. Seminggu juga kena admit. huhu

hah macam tu le ceritanya. Tapi masa tu emm memang havoc juga lah opis kita orang sebab sekali kena kurantine seramai 12 orang. Orang Mimos pun risau juga bila kami yang ramai-ramai pergi bengkel di Mimos kena kurantine. Nasib baik semuanya negatif jadi kurantine tu takde le berdebar sangat seperti kena positif dahulu. emmm apa pun memang memori sungguh di tahun 2022 ni.

Hah sekarang umicron pun semakin meningkat kes. Apa pun semua jaga diri jaga SOP ya. Yang kelakor tu member kat opis gelar kami kluster lamb chop sebab bergembira makan lamb chop sambil berjemaah bersembang. Sekali esoknya hah 2 rakan positif. Aduhaiiii. Seriau juga aku sebab kami semeja dengan tak pakai mask sebab sedang menikmati makanan tengahari kami yang sedap. huhuhu so kawan-kawan sekelian....makan boleh ramai-ramai  tapi jauh-jauh ya. 

Kes pun tengah mencanak naik ni. Ya Allah jauhi kami dan lindungi kami dari virus Omicron. Aamiin



 

10 comments:

  1. Allahu Akbar! Begitu kisahnya ye Notie. Syukur Alhamdulillah, moga baik-baik sahajalah hendaknya selepas ini.
    Memang sekarang mencanak naik jumlah positif Covid-19. Di Sabah pun....aduhai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah mencanak-canak dalam masa seminggu. Jaga diri semua

      Delete
  2. semoga dijauhi drpd wabak bahaya ini..jaga diri notie

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun jaga diri juga. Semuga kita semua di jauhi dari virus covid 19. Aamiin

      Delete
  3. Kes semakin meningkat
    Mudah2an kita dilindungi

    ReplyDelete
  4. Allahu. Saya pun tengah kuarantin kendiri ni sebab positif. Boleh plak dah booster baru kena. Selama ni elok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar....cepat sembuh sal. Buat air chengkih dan air lemon serta madu. Benda nak kena kan walaupun dah berhati-hati. Nampaknya kena sop lebih kuat lagi ni.

      Delete
  5. Allahu.. Dugaan sungguh.. Alhamdulillah negetif..
    semoga kawan sis yang positif, diberi kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat camno dugaan. Alhamdulillah semua dah naik kerja. Tapi tu lah kes sedang mencanak naik ni. Anak sedara akak kat batu pahat sekeluarga positif kecuali maknya. Walaupun kena kurantine sian juga maknya kena jaga anak-anak dan suami yang sedang demam dan tak sihat.

      Delete