Assalamualaikum,
Selesai bayar duit parking yang kena saman kat kaunter depan Pasar Siti Khatijah kami pun teruskan perjalanan. Mula-mula tak tahu iejay nak singgah mana sekali bila turun dari kereta nampak le gerai Ayam percik Yati wah tu dia ayam percik ko. Dah le dari jauh nampak berasap dia bakor ayam. Hish hish cepat-cepat kami cari meja makan.
Tenguk le tu dari luar berasap-asap ko dengan bau lagi emmm memang terus lapor balik. hahahaha
Order nasi kerabu. Dia ada 2 jenis nasi kerabu warna kuning dengan biru. Yang biru dah habis layan je yang kuning. Ayam dengan ikan tu mula-mula tak tahu nak order macamana. Ayam tu macam banyak pulak kalau ambil sampai 3 ketul. Jadi akhirnya iejay minta satu pinggan ikan dengan ayam. Di potong kecil-kecil.
Hah tenguk tu licin semuanya. hehehehe Sodapppppp
Selain daripada nasi kerabu dengan ayam dan ikan percik banyak juga kuih muih tradisional di jual. Oleh kerana tadi dah beli kuih kat Pasar siti Khatijah jadi pandang je lah.
Pekerja kedai sibuk menyediakan makanan yang pelanggan order. Masa ni tunggu iejay order bungkus bawa balik ayam percik tu. Rajin iejay bila makan sedap je dia bungkus bawa balik bagi mak dan ayah dia rasa,
Banyak rupanya menu dia.
Ni bahan-bahan nasi kerabu ni. Telur masin,taugeh, bunga kantan di mayang halus.
Tenguk tu ayam dia.....perghhh di bakar lepas tu di tuang kuah lepas tu bakar lagi.
Kuah untuk percik satu bekas besar tu. entah berapa banyak ayam dan ikan terjual agaknya.
Tang ni aku tenguk dari luar je pun dah telan air liur. Ok lah dah selesai makan dan tapau. Masa bayar harga makanan Iejay nak bayar sebab dia tapau lagi. Sekali bila dah kira macam banyak juga aku topup sikit duit iejay. Alhamdulilllah balik dengan kenyang perut suka hati. Terus kami teruskan perjalanan ke airport.
Saya kalau jejak kaki ke pantai timur, seperti Kelantan dan Terengganu memang rasa nak berlama-lama di situ. Makanannya pelbagai, sedap-sedap!
ReplyDeletekan apa lagi makanan tradisional dia memang asli rasanya. JJCM manjang je ni
DeletePara peniaganya pun sangatlah peramah. Tak beli pun tak apa. Dilayan kita dengan baik. Manis jew air muka.
ReplyDeleteRajin melayan dan menegur sapa kan. Kita tenguk pun terus tergoda dengan jualannya. eh
DeleteMakanan di Kelantan memang banyak sedap dan tak kedekut kan.adoi ni dah dinner pun terliur
ReplyDeleteHaah sal. Akak masih terasa-rasa lagi nasi kerabu dan ayam percik dia.
Deletepilih bayar n makan sedap sangat semuanya kan
ReplyDeletehaah kan apa lagi semua pun nampak menyelerakan semuanya. hehehehe
Deletemengancam sungguh ayam bakar dia.. Memang puas hatilah..
ReplyDeletememang sedap sha sampai menjilat jari.....hehehehe ober sungguh makan
Delete